10 June 2011

APA GUNA BERJANJI





Assalammualaikum;




Pagi2 lagi saya dihambat dengan sakit perut yang teramat dan muntah2.. Salah makan agaknya walaupun semalam hanya makan nasik lemak yang diberi oleh kawan.. Bangun jer dari tido, rasa lapar yang amat so saya melayan cantonese ying yang kat Restoran Adnan Lee sorang2.. Tengah makan saya terdengar lagu Apa Guna Berjanji nyanyian Biduanita Saloma. Disebabkan sorang saya layan lirik lagu tu secara dalam. Walaupun it just a simple wording tapi ada makna tersirat yang perlu ada dalam diri kita..
                                   
                                      Apa guna berjanji
                                                  Kalau tak ditepati
                                                  Kelak meracun hati
                                                  Tuan sendiri
                                                  Mengigit jari


Ini antara bait2 lirik dan sure ramai diantara kita yang dah tau lagu ni.  Apa yang saya nak sampaikan betapa tingginya nilai JANJI yang kita buat. Tak kira janji kepada sesiapa pun, samada suami, isteri, anak, ibu bapa, kawan mahupun Tuhan.. Janji harus ditepati dan jika ditakdirkan kita tidak mampu melaksanakannya harus memohon maaf dan memberikan alasan yang boleh diterima pakai.

Mulut dan hati harus seiring perjalannya, jika ucapan janji hanya dimulut dan tidak sertakan niat dihati apalah gunanya. Walaupun kadangkala apa yang tersirat dihati itu akan membuatkan hati lain terluka sekurangnya kita jujur dan berserah sahaja apa saja kemungkinan yang datang.. Saya paling takut untuk berjanji, kerana kadangkala sebagai manusia biasa tak lari daripada memungkirinya. Tambahan apabila berjanji dengan anak2 dan tidak dapat penuhi pulak tu.. Pelbagai rasa yang timbul tapi mujur apabila diterangkan sebab musababnya, mereka OK tapi dalam hati mereka hanya Allah yang mengetahui. Pastinya ada terdetik rasa kecewa dan marah tapi mereka tidak tahu bagaimana nak ekpresikannya...

Tapi apa yang pastinya janji yang paling agung adalah janji Allah kepada hambanya.. Dia sentiasa menunaikan janjiNya kepada kita tak kira samada kita menurut segala perintahNya ataupun tidak. Segala permintaan dan doa kita akan diperkenankan hanya cepat atau lambat, mungkin bergantung kepada diri kita bagaimana untuk memohon dan berserah sepenuh jiwa.. Kadangkala kita tak sedar Dia mengirimkan kesedaran secara halus tanpa kita sedari. Walaupun kadangkala ianya hanya sepintas lalu bagi yang menyedarinya ia mungkin adalah rahmat dan hidayah dariNya. 

Jadi, kita sentiasalah berhati2 bila menaburkan kata2 dan juga janji. Jangan sampai diri termakan dengan kata2 dan janji yang telah diucapkan. Jangan sampai ada hati yang tambah terluka, ada luka yang tambah parah dan ada kepercayaan yang hilang selama-lamanya..



SALAM CINTA~

08 May 2011

SELAMAT HARI IBU

Assalammualaikum;

SELAMAT HARI IBU saya ucapkan kepada semua wanita. Tak kira anda adalah ibu, mak, maklong, makngah anda tetap 'ibu' so  berbangga la meraikannya.. Kebetulan semalam saya meraikan harijadi Hakeef (anak Caca), so mak and abah pun ada sama kat rumah Caca. Even its only small party, tapi memang happening bila ramai budak2 datang menghabiskan makanan..:)..  Tak boleh tahan tengok Hakeef yang malu2 kucing orangnya dah become big boy.. Tambah bila dah 'bersatu' dengan Adam dan Jayjay, keluar suara jantan bila bermain... And kak Lyza dengan  bermurah hatinya buat kek Hakeef besar dari biasa... Thanks kakak, suku kek tuh saya tapau sebab my kids memang 'cake maniac'.. heheh..

Actually saya tak plan nak attend party si Hakeef tapi memandangkan abah tak boleh nak drive malam2 so saya pun membawa anak2 naik komuter untuk ke rumah Caca di Klang. Riuh mulut Jayjay tanya itu ini semasa dalam train dan bukan senang nak handle 5 kids naik public tranport. Risau je if ada yang tertinggal atau tersepit, nauzubillah!!  Semasa dia hentian Sg Buloh, saya nampak seorang perempuan cina (PC) yang berlari2 membawa anaknya (mungkin) nak masuk ke pintu train. Kebetulan dia duduk berhadapan dengan saya. Anak perempuannya berumur dalam lingkungan 6 -7 tahun sibuk mengunyah roti.

Saya perasan yang PC among OKU, dia mungkin sikit terencat tapi bukan yang sangat kritikal. Riak muka dan percakapannya yang agak pelat2 dan kelihatan macam in her own world.. Saya leka perhatikan anak PC yang sihat sempurna, asyik bertanya itu ini, tak duduk diam dan leka makan rotinya, ada ketika dia memeluk PC dan menyuapkan roti sikit ke mulutnya. Setiap pertanyaan anaknya dijawab dengan tenang walaupun dia susah nak bercakap. PC boleh menerangkan  nama setiap stesen yang train tu berhenti walaupun tak berapa clear tapi saya masih boleh faham. Yang membuatkan air mata saya bergenang apabila si anak meronta2 nak menyanyi, PC pun mengajar lagu yang dikhendaki tu, sampai senget mulut PC menyanyi untuk anaknya dan satu pelukan dan ciuman tanda terima kasih dihadiahkan oleh anaknya. Bila anaknya meronta, PC akan menyuruhnya diam sambil membelai rambut si anak. Its really touch my feeling!!

PC seorang wanita yang tidak sempurna, tapi manage membawa dan melayan anaknya.. Saya terfikir bagaimanakah dia melalui kehidupanya sebagai ibu dalam kekurangannya itu. Mungkin dengan bantuan keluarga, tapi kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka berdua sangat menyentuh hati saya. Saya yang sempurna ni pun kadang kala mengeluh bila anak2 buat perangai dan sekurang2 nya saya ada suami untuk mengadu ataupun meminta bantuan, bagaimana agaknya PC mengawal keadaan ketika ada masalah untuk menguruskan anaknya.. Dan yang bermain2 di minda saya, bersuamikah PC? Jika dia bersuami sekurangnya dia ada pasangan yang boleh diharap bantuan. Bagaimana jika anak tersebut lahir dari hasil yang tidak sepatutnya (rape), dan PC yang tak tahu apa terpaksa berhempas pulas mengandung, melahirkan dan membesarkan anaknya alone.. Masyaallah.... Agaknya saya terharu sangat sampai jauh berfikir.. Semoga PC diberi kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan anaknya..

"Kasih ibu bawa ke syurga" "Syurga dibawah tapak kaki ibu" adalah ungkapan yang ternyata kebenaran nya. Seorang ibu akan menyanyangi anak2 nya walau apa jua condition.. Jika PC yang tidak sempurna tu boleh menyanyangi  anaknya dan mampu membesarkan anaknya dengan kasih sayang, apalagi kita yang sempurna akal dan fizikal.. Bagi saya semua kalau boleh semua yang terbaik ingin saya berikan kepada anak2 tetapi tertakluk atas kemampuan. Wang ringgit bukan segalanya, kasih sayang dan keikhlasan kita memberikan kehidupan kepada mereka akan menghasilkan anak2 sentiasa mengingati dan menghormati kita sampai bila2.. Insyaallah.

Disebabkan mak ada kat rumah saya arini, memang kenyang makan.. Gulai perut muda and nenas, gulai tempoyak daun kayu dah cukup buat saya tersandar kenyang.. Tambah dengan tapai Cik Munah yang dah lama saya idamkan memang sangat awsome..Walaupun hanya 'masak' dan 'makan' bersama mak dan abah dah cukup bermakna sambutan hari ibu saya... My kids pun sibuk wish dan sms Lolo, Ateh, Makngah dan Chu to show they also 'IBU' dihati anak2 saya. Ingatan itu membuatkan saya bangga kerana secara tak lansung apa yang saya ajarkan selama ini telah meresap ke dalam hati dan minda mereka. Alhamdulillah..

Semoga Hari Ibu telah anda sambut dengan bermakna walau hanya lepak berborak dengan ibu, keluarga ataupun anak2.. Berbanggalah kerana kita dilahirkan sebagai seorang wanita dan telah termaktub yang wanita tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t...



SALAM CINTA~

05 May 2011

LILY'S MACARONI & CHEESE

Assalammualaikum;

Since last post saya, ada yang bertanya resipi macaroni and cheese yang dibuat oleh Lily.. Agaknya gambar macaroni tu menaikkan selera.. hehehe... Jangan sangka makanan kanak2 pun kalau dimasak dan dihias, boleh terliur jugak tuh... Disini, saya kongsi resipi Mac and Cheese Lily...

Selamat Memasak..:)


Bahan-bahan:-

11/2   cawan macaroni kering
2        sudu besar mentega
2        sudu besar tepung gandum
2        cawan susu segar
1        sudu kecil mustard (jika mahu)
11/2    cawan keju Cheedar (diparut)

secubit serbuk buah pala (jika mahu)
secubit serbuk lada hitam
garam secukup rasa



Cara-Cara:-


Rebus macaroni sehingga kembang dan lembut dgn sedikit garam. Toskan

Panaskan kuali dan cairkan mentega, masukkan tepung gandung dan gaul hingga berbuih dan wangi.
Masukkan susu dan serbuk buah pala dan kacau perlahan2..
Masukkan macaroni yang telah ditos dan juga keju cheedar.. Kacau perlahan2, sehingga sebati keseluruhan macaroni dan keju tersebut. Tutup api.
Hidangkan di atas pinggan dan taburkan serbuk lada hitam mengikut kesukaan anda.


*udang segar dan cendawan butang juga boleh ditambah mengikut selera anda*




Lily's Macaroni and Cheese












SALAM CINTA~

04 May 2011

WE ARE HAVING FUN!!!

Assalamulaikum,

 Lama tak menulis dek kerana sibuk dengan pelbagai perkara. Even ada 2,3 perkara yang saya rasa boleh dikongsi tapi alahai... tak sempat nak pegang laptop dah terkejar2 ke sana sini..Tambah since pindah ke Rawang semula, line broadband di kawasan rumah saya sangat slow.. makan hati betul... Jujur saya katakan, saya memang gembira bila pulang semula ke Rawang, walaupun it just a small town, mungkin 'hati' saya disini.. Anak2 pun happy dapat jumpa kawan2 lama dan dah start aktif dengan aktiviti mereka semula..




Lily dan Dada sangat suka melayan siri Junior Masterchef Australia (JMA).. Sampai dipaksanya saya sama2 tengok episod by episod sampai la ke final. Tambahan Lolo menghadiahkan Lily sehelai apron yang ditempah khas on her birthday  "JUNIOR MASTERCHEF LILY" dan sebuah buku masakan kanak2.. Bukan main bersemangat semua anak dara saya memasak.. Lepas satu2 nak dicuba.. Hasilnya, Alhamdulillah sedap tapi bila time kemas tu.. semua lari, tu part yang kurengg sikit...
Mac&Cheese



Mungkin sikap saya yang sering memanggil mereka lepak kat dapur dah menerbitkan rasa seronok memasak di hati mereka. Walaupun hanya mengupas bawang atau menggunting cili kering, ianya akan jadi seronok kalau ramai2 didapur.. For sure dapur saya akan berkecah sebab ruang yang sempit, tapi  bila kami share cerita, bergurau ataupun mendengar  cerita poyo si DADA membuatkan saya rasa puas hati.. Kami berenam didalam dapur yang sempit tapi semua tugas selesai dan disitu juga saya dapat meluangkan quality time bersama mereka..

Rolie Polie

So as they propose, Sunday is Cooking Day.. Saya dan Lolo menyokong dan memberi semangat kepada mereka. Asalkan mereka enjoy dan bangga dengan hasil masakan mereka. Lily dan Dada minta saya hantarkan ke Australia sebab nak masuk Junior Masterchef... huhu.. Kita tunggu Junior Masterchef Malaysia kalau ada, saya akan daftarkan. Tapi memang saya salute peserta JMA,  walaupun umur setahun jagung, tapi mampu menghasilkan masakan yang boleh saya tabik.. Tengok je dah terliur, apakan lagi rasanya... Sure sedap!!  Itu yang saya cuba terapkan kepada anak2 saya, "COOKING IS FUN".. Dan saya juga harus menambahkan ilmu dalam hal masak memasak ni, dan berazam nak try                    new resipi yang best2.Mana tahu ada rezeki boleh buka bakery.. haaa.. kan maju tu....



So, saya sarankan anda semua carilah apa saja aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak2.. Tak perlu belanja besar ke hotel mahal atau theme park yang terkenal, sometimes aktiviti yang remeh2 pun menjadi satu kegembiraan buat mereka...Even aktiviti menangkap katak pun..Saya pernah beli anak katak kat petshop dan lepaskan ke kolam ikan dan Adam menangkap anak2 katak tersebut tanpa rasa geli.. Heheh... Sound sangat menggelikan tapi sampai sekarang Adam ingat macamana dia basah lencun sebab kejar katak2 tu.. . Tak salah jika mencuba kan?.. Have Fun!!








SALAM CINTA~


01 March 2011

ADA RASA YANG DIDUGA

Kebelakangan ini saya di hujani dugaan telah  yang agak berat. Saya mengatakan begitu kerana ia telah mempengaruhi keseluruhan emosi saya. Walaupun puas saya menadah tangan berdoa dan mengadu pada Yang Maha Esa, tetapi saya gagal untuk membuang rasa yang melingkari hati dan perasaan saya. Saya cuma mampu bertenang dan memujuk hati tetapi bila 'rasa2' itu datang menyerang emosi gagal dikawal. Ia telah merubah diri saya hampir 50% dari yang sebenar. Memang pedih dan sakit saya rasakan tetapi saya akur kerana ia telah tertulis dan merupakan salah satu warna2 didalam hidup saya.

Disini saya mengakui saya sebagai insan yang sangat kerdil dan lemah. Baru Allah menduga dari segi perasaan, saya dah mengalah dan tunduk kepada kesedihan. Saya tidak menyalahkan nasib atau takdir tetapi saya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu untuk berdiri teguh dan sekaligus menjadi kuat untuk melawan perasaan. Sebagai manusia dan nyatanya saya adalah insan yang bergelar perempuan air mata adalah  teman setia dikala ini. Tanpa sedar ia akan mengalir tanpa saya kehendaki. Acapkali saya bertanya KENAPA  kepadaNya tetapi jawapan itu mustahil saya perolehi. Saya hanya mampu berdoa dan meminta padaNya agar lontarkan segala kekusutan ini secepat mungkin dan berilah petunjuk yang terbaik untuk saya menanganinya.

Setiap manusia ada perasaan halusnya. Contoh seperti kita lihat dikaca TV, seorang gangster mampu membunuh sesiapa yang dia suka, tetapi dia takkan membiarkan sesiapa menggangu keluarganya, samada ibu bapa, isteri ataupun anak2. Jika terlorek walaupun sedikit, pasti membuak amarahnya dan berlaku lah pertumpahan darah. Itu adalah lakonan, tetapi manusia biasa seperti kita yang hidup dialam nyata? Apakah yang seharusnya kita lakukan? Berdiam diri dan menangisi nasib? Menyalahkan takdir? Paling tidak kita hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan secara maksima. Tetapi kekuatan melawan perasaan itu sebenarnya didalam diri kita sendiri. Sebab kita yang menentukan arah dan lorong hidup kita sendiri. Mungkin ianya terjadi sebagai ingatan untuk kita menyedari kekurangan yang ada pada diri kita, jadi dengan hadirnya dugaan tersebut mungkin menjadi titik tolak untuk kita bangkit sambil lebih mengenali siapa diri kita yang sebenar sekaligus  membentuk kita menjadi insan yang lebih sempurna

Seperti yang saya rasakan, kecelaruan dalam membuat  keputusan adalah sesuatu yang sangat sukar pada ketika ini. Saya dibuai dengan kesedihan dan dilagukan dengan perasaan kecewa. Tetapi dalam pada itu saya juga harus berusaha untuk bangun dan  sedar yang saya harus kuat dan tabah. Kekuatan  itulah yang belum saya perolehi pada masa ini walaupun sehabis daya saya saya cuba untuk membina kembali semangat yang hilang. Saya sedar saya tidak harus hanyut melayan segala kekusutan ini, tetapi pedih di hati sangat dalam dan saya akui saya KALAH dalam merawat hati..ASTAGFIRULLAHALAZIM...

Saya mohon agar diberi petunjuk  dan jalan terbaik untuk mencari konklusi dan meredakan kekecewaan saya. Terus terang saya katakan tersangatlah letih untuk berada dalam segala 'rasa' ini. Banyak hati yang perlu dijaga dan dalam ketidakstabilan emosi ini  saya terlalai menjalankan tanggungjawab itu.

Semoga segala kekusutan ini dapat dileraikan dengan sempurna. Saya akur dengan dugaan rasa ini, dan berharap ianya akan berakhir dan melayang dari hati saya seperti angin lalu. Saya akan berusaha untuk mencari diri saya yang telah hilang dan sekaligus untuk menjadi insan yang lebih baik di masa depan   Apapun jua tindakan atau keputusan yang diperolehi saya harap ianya adalah tiupan petunjuk dari Allah swt kerana sesungguhnya dia Maha Mengetahui.



~SALAM CINTA

27 February 2011

CINTA PERTAMA.

Saya terbaca satu artikel "cinta dilanjut usia lebih bermakna".. Penulis mengupas pasangan yang bercinta diusia emas. Kebanyakannya kesunyian setelah berpisah atau kematian pasangan masing2. Tambah bermakna jika yang dijumpa tu kawan lama atau cinta pertama. Bagaimana agaknya perasaan mereka jika kebetulan terjumpa kembali kekasih hati yang telah lama terpisah? Apakah reaksi pertama ataupun kata pertama yang terucap ketika itu? Apakah benar bagai dikata, kita takkan lupakan 'first love', walaupun hanya cinta monyet...

Ada diantara kita yang berjaya mengekalkan cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Ada pula yang terkandas akibat halangan orang tua, kehadiran orang ketiga, perbezaan karektor  dan ada pula yang kekasihnya hilang tanpa sepatah kata. Macam2 lagi jika nak dikupas, tapi penangan cinta pertama itu akan dilalui setiap manusia. Saya juga ada menyimpan kenangan cinta pertama, tapi bagi saya tak perlu dikenang atau diimbas. Tambahan dia pun ntah dimana, so harapnya sedang berbahagia dengan kehidupannya . Cukup sekadar saya menghargai si dia kerana hadir dalam hidup saya pada masa itu.

Saya mendapat pengakuan ikhlas seorang sahabat yang menyatakan dia masih menyanyangi dan menghargai cinta pertamanya. Walaupun masing2 sudah ada kehidupan sendiri tapi cinta pertamanya tetap berbekas di satu sudut yang istimewa dalam hatinya. Bukan niatnya untuk menidakkan kehadiran pasangan yang ada, tapi beliau sukar nak memadamkan rasa sayang dan rindu pada cinta pertamanya. Menurut beliau, cintanya itu hilang tanpa bicara dan mungkin masing2 masih muda so tiada keupayaan untuk menjejak satu sama lain. Secara kebetulan tahun lepas mereka terjumpa semasa menghadiri majlis perkahwinan teman. Beliau sedaya upaya untuk tidak melayan perasaan tapi tidak mampu dan jujur katanya jika ada peluang dimasa hadapan, tak mustahil untuk dia mendapatkan cintanya itu kembali. Hanya masa dan Allah yang menentukan. Paling tidak ada doa yang dititipkan untuk cintanya itu agar sentiasa berbahagia.. Wah, memang menyentuh perasaan...

Tidak salah rasanya jika kita nak mengenang detik manis bersama cinta kita itu, cuma haruslah berpada, agar tiada hati yang terluka. Cukuplah sekadar ia menjadi imbasan di minda ataupun mimpi dimalam hari. Tak perlu la ianya dikongsi dengan pasangan yang sedia ada kerana secara tak lansung akan menerbitkan rasa yang tidak sepatutnya ataupun hilang kepercayaan, Yang lepas itu biarkan berlalu dan simpan didalam kotak lipatan sejarah sebaiknya. Apapun perasaan kita terhadap si cinta pertama itu kunci lah dengan rapi. Mana tahu, mungkin ada jodoh di usia matang.. Mungkin akan lebih bermakna kan...

Anggaplah perpisahan dengan cinta pertama itu sebagai ketentuan Ilahi. Telah ternyata semua aturan kehidupan telah ditentukan dan Dia Maha Mengetahui. Kita seharusnya pasrah dan akur dengan rela hati. Doakan si dia menjalani kehidupan yang bahagia dan sentiasa dilindung Allah swt. Itu adalah hadiah yang paling bermakna dalam kita menghargai sesebuah perhubungan. Andai ada jodoh pasti tak kemana..
CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU


SALAM CINTA~

23 January 2011

Hikmah datang atau dicari?

Assalammualaikum,

 Lama tak menulis, since cuti sekolah saya sibuk dengan pelbagai kegiatan.. Dan macam2 perkara terjadi samada yang saya kehendaki mahupun tidak. Puas mengelak tapi kalau nak kena takleh nak buat apa... Paling saya 'penat' bila Adam kena admit wad seminggu sebelum sekolah bermula.. Aduhai, memang mencabar kesabaran saya, terpaksa tinggalkan anak2 yang lain sendirian dirumah. Hanya telefon menjadi perhubungan saya untuk intruct apa yang perlu mereka buat. Nasib baik suami curi2 masa balik utk menjenguk mereka. Alhamdulillah Adam dah Ok, yang jadi lama tu sebab dia tak duduk diam kat wad. Seronok jumpa kawan2 yang sama 'semput' cam dia.. hahaha....Saya teringat seorang wanita yang sedang daftarkan babynya yg berusia 8 bulan sebabkan asma juga.Apabila doktor tanya siapakah antara dia dan suaminya yang ada asma, dia jawab "arwah suami saya". "Suami saya meninggal 4 bulan lepas, tempat kerja meletup doktor"..Hati saya  sebak dan saya terus mengusap kepala babynya. Bagaimanakan dia nak menjaga baby yang sakit, dengan anak lagi 2 dirumah tanpa suami untuk membantu..Semoga dia diberi kekuatan untuk  harung  segala cabaran hidup yang datang.

Kadangkala manusia hanya pandai berkata2 dan menasihati, tapi apabila kena ke batang hidung sendiri boleh hilang arah dibuatnya.  Saya pun tak terlepas jadi macam tu.. Tambah kalau masalah tu agak kronik (bg saya)
mulalah cari 'shoulder to cry on'.. tapi syukur saya ucapkan kerana  saya dikelilingi oleh insan2 yang sentiasa memberi sokongan dan  dorongan. Mereka sentiasa mengingatkan saya agar tidak putus harap dan sentiasa berdoa. Hanyalah padaNya  saya bermohon dan berdoa agar diberi kekuatan dan juga akal fikiran yang waras untuk mencari  jalan keluar.  Itulah juga punca kekuatan saya untuk terus tegak berdiri dan  berjalan mengharungi 'laluan' yang telah ditentukan olehNya.

Acapkali apabila kita didatangi atau diduga dengan cubaan, nasihat dan kata pujuk yang sering kita dengar adalah "insyaallah, mungkin ada hikmah".. Tapi adakah hikmah yang dimaksudkan itu harus ditunggu kedatangannya atau dicari?.. Adakah setiap ujian yang didatangkan kepada kita itu mempunyai hikmahnya? Atau berkemungkinan ianya adalah balasan keatas perbuatan atau dosa2 lampau kita?..Persoalan ini kadangkala bermain2 di minda, dan nyatanya sebagai hambaNya yang sangat kerdil saya tiada jawapan untuk persoalan itu. Disitu lah juga saya sedar betapa besarnya kuasaNya, dimana setiap kejadian atau soalan pasti ada solutionnya. Saya hanya nak memikirkan satu persoalan yang kecil pun  terpinga2 nak mencari jawapan..
Subahanallah, Allah Maha Sempurna....

Setiap kali hati atau diri saya mengeluh dengan masalah yang ada, forsure ada  benda yang related dengan apa yang saya keluhkan muncul secara tak lansung bahkan lagi berat dari yang saya rasa.. Serius, bukan sekali dua, bahkan apa yang terdetik kat hati ni, pasti ada yang akan saya lihat ataupun dengar secara tak sengaja.. Seolah Dia bagi 'hint' apa yang saya rasa itu tak seberat orang lain, ataupun dia nak saya sentiasa  bersyukur dengan apa yang terjadi tak kira apa jua situasi ataupun 'rasa'nya. Disitu lah saya dapat rasakan nikmat HIKMAH setiap kejadian ataupun dugaan yang saya hadapi.

Bagi saya 'hikmah' yang dimaksudkan tidak akan datang mengetuk pintu di pagi hari.. Kita juga tak akan jumpa 'hikmah'  di kedai emas ataupun di Midvalley...Cuma bila tiba masanya kita sendiri akan "merasa" dan sangat menghargai saat itu. Pasti apabila ia tiba, kita diselubungi  rasa syukur yang tak terucap..Tambahan jika kita sedar itu lah "hikmah" yang sebenar seperti yang sering diucapkan. Saya juga pernah merasa momen tersebut, dan sejujurnya saya masih merasa 'kemanisannya'. Walaupun sedikit dan halus, saya sangat bersyukur..  Saya sedar walaupun diri ini tak sempurna  dan  patuh  dalam mengerjakan segala suruhanNya, Dia tetap mendengar dan memberikan apa yang kita pinta.... Alhamdulillah.
Jadi rasa dan nikmatilah setiap hikmah, kurniaan dan rezeki yang diberikan kepada kita. Walaupun kadangkala ia menuntut kesabaran yang tinggi dan adakala menumpahkan air mata kecewa, yakinlah bahawa satu hari nanti kita pasti akan dapat nikamati "rasa" itu..

~SALAM CINTA~