Assalammualaikum,
Lama tak menulis, since cuti sekolah saya sibuk dengan pelbagai kegiatan.. Dan macam2 perkara terjadi samada yang saya kehendaki mahupun tidak. Puas mengelak tapi kalau nak kena takleh nak buat apa... Paling saya 'penat' bila Adam kena admit wad seminggu sebelum sekolah bermula.. Aduhai, memang mencabar kesabaran saya, terpaksa tinggalkan anak2 yang lain sendirian dirumah. Hanya telefon menjadi perhubungan saya untuk intruct apa yang perlu mereka buat. Nasib baik suami curi2 masa balik utk menjenguk mereka. Alhamdulillah Adam dah Ok, yang jadi lama tu sebab dia tak duduk diam kat wad. Seronok jumpa kawan2 yang sama 'semput' cam dia.. hahaha....Saya teringat seorang wanita yang sedang daftarkan babynya yg berusia 8 bulan sebabkan asma juga.Apabila doktor tanya siapakah antara dia dan suaminya yang ada asma, dia jawab "arwah suami saya". "Suami saya meninggal 4 bulan lepas, tempat kerja meletup doktor"..Hati saya sebak dan saya terus mengusap kepala babynya. Bagaimanakan dia nak menjaga baby yang sakit, dengan anak lagi 2 dirumah tanpa suami untuk membantu..Semoga dia diberi kekuatan untuk harung segala cabaran hidup yang datang.
Kadangkala manusia hanya pandai berkata2 dan menasihati, tapi apabila kena ke batang hidung sendiri boleh hilang arah dibuatnya. Saya pun tak terlepas jadi macam tu.. Tambah kalau masalah tu agak kronik (bg saya)
mulalah cari 'shoulder to cry on'.. tapi syukur saya ucapkan kerana saya dikelilingi oleh insan2 yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Mereka sentiasa mengingatkan saya agar tidak putus harap dan sentiasa berdoa. Hanyalah padaNya saya bermohon dan berdoa agar diberi kekuatan dan juga akal fikiran yang waras untuk mencari jalan keluar. Itulah juga punca kekuatan saya untuk terus tegak berdiri dan berjalan mengharungi 'laluan' yang telah ditentukan olehNya.
Acapkali apabila kita didatangi atau diduga dengan cubaan, nasihat dan kata pujuk yang sering kita dengar adalah "insyaallah, mungkin ada hikmah".. Tapi adakah hikmah yang dimaksudkan itu harus ditunggu kedatangannya atau dicari?.. Adakah setiap ujian yang didatangkan kepada kita itu mempunyai hikmahnya? Atau berkemungkinan ianya adalah balasan keatas perbuatan atau dosa2 lampau kita?..Persoalan ini kadangkala bermain2 di minda, dan nyatanya sebagai hambaNya yang sangat kerdil saya tiada jawapan untuk persoalan itu. Disitu lah juga saya sedar betapa besarnya kuasaNya, dimana setiap kejadian atau soalan pasti ada solutionnya. Saya hanya nak memikirkan satu persoalan yang kecil pun terpinga2 nak mencari jawapan..
Subahanallah, Allah Maha Sempurna....
Setiap kali hati atau diri saya mengeluh dengan masalah yang ada, forsure ada benda yang related dengan apa yang saya keluhkan muncul secara tak lansung bahkan lagi berat dari yang saya rasa.. Serius, bukan sekali dua, bahkan apa yang terdetik kat hati ni, pasti ada yang akan saya lihat ataupun dengar secara tak sengaja.. Seolah Dia bagi 'hint' apa yang saya rasa itu tak seberat orang lain, ataupun dia nak saya sentiasa bersyukur dengan apa yang terjadi tak kira apa jua situasi ataupun 'rasa'nya. Disitu lah saya dapat rasakan nikmat HIKMAH setiap kejadian ataupun dugaan yang saya hadapi.
Bagi saya 'hikmah' yang dimaksudkan tidak akan datang mengetuk pintu di pagi hari.. Kita juga tak akan jumpa 'hikmah' di kedai emas ataupun di Midvalley...Cuma bila tiba masanya kita sendiri akan "merasa" dan sangat menghargai saat itu. Pasti apabila ia tiba, kita diselubungi rasa syukur yang tak terucap..Tambahan jika kita sedar itu lah "hikmah" yang sebenar seperti yang sering diucapkan. Saya juga pernah merasa momen tersebut, dan sejujurnya saya masih merasa 'kemanisannya'. Walaupun sedikit dan halus, saya sangat bersyukur.. Saya sedar walaupun diri ini tak sempurna dan patuh dalam mengerjakan segala suruhanNya, Dia tetap mendengar dan memberikan apa yang kita pinta.... Alhamdulillah.
Jadi rasa dan nikmatilah setiap hikmah, kurniaan dan rezeki yang diberikan kepada kita. Walaupun kadangkala ia menuntut kesabaran yang tinggi dan adakala menumpahkan air mata kecewa, yakinlah bahawa satu hari nanti kita pasti akan dapat nikamati "rasa" itu..
~SALAM CINTA~