27 February 2011

CINTA PERTAMA.

Saya terbaca satu artikel "cinta dilanjut usia lebih bermakna".. Penulis mengupas pasangan yang bercinta diusia emas. Kebanyakannya kesunyian setelah berpisah atau kematian pasangan masing2. Tambah bermakna jika yang dijumpa tu kawan lama atau cinta pertama. Bagaimana agaknya perasaan mereka jika kebetulan terjumpa kembali kekasih hati yang telah lama terpisah? Apakah reaksi pertama ataupun kata pertama yang terucap ketika itu? Apakah benar bagai dikata, kita takkan lupakan 'first love', walaupun hanya cinta monyet...

Ada diantara kita yang berjaya mengekalkan cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Ada pula yang terkandas akibat halangan orang tua, kehadiran orang ketiga, perbezaan karektor  dan ada pula yang kekasihnya hilang tanpa sepatah kata. Macam2 lagi jika nak dikupas, tapi penangan cinta pertama itu akan dilalui setiap manusia. Saya juga ada menyimpan kenangan cinta pertama, tapi bagi saya tak perlu dikenang atau diimbas. Tambahan dia pun ntah dimana, so harapnya sedang berbahagia dengan kehidupannya . Cukup sekadar saya menghargai si dia kerana hadir dalam hidup saya pada masa itu.

Saya mendapat pengakuan ikhlas seorang sahabat yang menyatakan dia masih menyanyangi dan menghargai cinta pertamanya. Walaupun masing2 sudah ada kehidupan sendiri tapi cinta pertamanya tetap berbekas di satu sudut yang istimewa dalam hatinya. Bukan niatnya untuk menidakkan kehadiran pasangan yang ada, tapi beliau sukar nak memadamkan rasa sayang dan rindu pada cinta pertamanya. Menurut beliau, cintanya itu hilang tanpa bicara dan mungkin masing2 masih muda so tiada keupayaan untuk menjejak satu sama lain. Secara kebetulan tahun lepas mereka terjumpa semasa menghadiri majlis perkahwinan teman. Beliau sedaya upaya untuk tidak melayan perasaan tapi tidak mampu dan jujur katanya jika ada peluang dimasa hadapan, tak mustahil untuk dia mendapatkan cintanya itu kembali. Hanya masa dan Allah yang menentukan. Paling tidak ada doa yang dititipkan untuk cintanya itu agar sentiasa berbahagia.. Wah, memang menyentuh perasaan...

Tidak salah rasanya jika kita nak mengenang detik manis bersama cinta kita itu, cuma haruslah berpada, agar tiada hati yang terluka. Cukuplah sekadar ia menjadi imbasan di minda ataupun mimpi dimalam hari. Tak perlu la ianya dikongsi dengan pasangan yang sedia ada kerana secara tak lansung akan menerbitkan rasa yang tidak sepatutnya ataupun hilang kepercayaan, Yang lepas itu biarkan berlalu dan simpan didalam kotak lipatan sejarah sebaiknya. Apapun perasaan kita terhadap si cinta pertama itu kunci lah dengan rapi. Mana tahu, mungkin ada jodoh di usia matang.. Mungkin akan lebih bermakna kan...

Anggaplah perpisahan dengan cinta pertama itu sebagai ketentuan Ilahi. Telah ternyata semua aturan kehidupan telah ditentukan dan Dia Maha Mengetahui. Kita seharusnya pasrah dan akur dengan rela hati. Doakan si dia menjalani kehidupan yang bahagia dan sentiasa dilindung Allah swt. Itu adalah hadiah yang paling bermakna dalam kita menghargai sesebuah perhubungan. Andai ada jodoh pasti tak kemana..
CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU


SALAM CINTA~