Assalammualaikum;
SELAMAT HARI IBU saya ucapkan kepada semua wanita. Tak kira anda adalah ibu, mak, maklong, makngah anda tetap 'ibu' so berbangga la meraikannya.. Kebetulan semalam saya meraikan harijadi Hakeef (anak Caca), so mak and abah pun ada sama kat rumah Caca. Even its only small party, tapi memang happening bila ramai budak2 datang menghabiskan makanan..:).. Tak boleh tahan tengok Hakeef yang malu2 kucing orangnya dah become big boy.. Tambah bila dah 'bersatu' dengan Adam dan Jayjay, keluar suara jantan bila bermain... And kak Lyza dengan bermurah hatinya buat kek Hakeef besar dari biasa... Thanks kakak, suku kek tuh saya tapau sebab my kids memang 'cake maniac'.. heheh..
Actually saya tak plan nak attend party si Hakeef tapi memandangkan abah tak boleh nak drive malam2 so saya pun membawa anak2 naik komuter untuk ke rumah Caca di Klang. Riuh mulut Jayjay tanya itu ini semasa dalam train dan bukan senang nak handle 5 kids naik public tranport. Risau je if ada yang tertinggal atau tersepit, nauzubillah!! Semasa dia hentian Sg Buloh, saya nampak seorang perempuan cina (PC) yang berlari2 membawa anaknya (mungkin) nak masuk ke pintu train. Kebetulan dia duduk berhadapan dengan saya. Anak perempuannya berumur dalam lingkungan 6 -7 tahun sibuk mengunyah roti.
Saya perasan yang PC among OKU, dia mungkin sikit terencat tapi bukan yang sangat kritikal. Riak muka dan percakapannya yang agak pelat2 dan kelihatan macam in her own world.. Saya leka perhatikan anak PC yang sihat sempurna, asyik bertanya itu ini, tak duduk diam dan leka makan rotinya, ada ketika dia memeluk PC dan menyuapkan roti sikit ke mulutnya. Setiap pertanyaan anaknya dijawab dengan tenang walaupun dia susah nak bercakap. PC boleh menerangkan nama setiap stesen yang train tu berhenti walaupun tak berapa clear tapi saya masih boleh faham. Yang membuatkan air mata saya bergenang apabila si anak meronta2 nak menyanyi, PC pun mengajar lagu yang dikhendaki tu, sampai senget mulut PC menyanyi untuk anaknya dan satu pelukan dan ciuman tanda terima kasih dihadiahkan oleh anaknya. Bila anaknya meronta, PC akan menyuruhnya diam sambil membelai rambut si anak. Its really touch my feeling!!
PC seorang wanita yang tidak sempurna, tapi manage membawa dan melayan anaknya.. Saya terfikir bagaimanakah dia melalui kehidupanya sebagai ibu dalam kekurangannya itu. Mungkin dengan bantuan keluarga, tapi kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka berdua sangat menyentuh hati saya. Saya yang sempurna ni pun kadang kala mengeluh bila anak2 buat perangai dan sekurang2 nya saya ada suami untuk mengadu ataupun meminta bantuan, bagaimana agaknya PC mengawal keadaan ketika ada masalah untuk menguruskan anaknya.. Dan yang bermain2 di minda saya, bersuamikah PC? Jika dia bersuami sekurangnya dia ada pasangan yang boleh diharap bantuan. Bagaimana jika anak tersebut lahir dari hasil yang tidak sepatutnya (rape), dan PC yang tak tahu apa terpaksa berhempas pulas mengandung, melahirkan dan membesarkan anaknya alone.. Masyaallah.... Agaknya saya terharu sangat sampai jauh berfikir.. Semoga PC diberi kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan anaknya..
"Kasih ibu bawa ke syurga" "Syurga dibawah tapak kaki ibu" adalah ungkapan yang ternyata kebenaran nya. Seorang ibu akan menyanyangi anak2 nya walau apa jua condition.. Jika PC yang tidak sempurna tu boleh menyanyangi anaknya dan mampu membesarkan anaknya dengan kasih sayang, apalagi kita yang sempurna akal dan fizikal.. Bagi saya semua kalau boleh semua yang terbaik ingin saya berikan kepada anak2 tetapi tertakluk atas kemampuan. Wang ringgit bukan segalanya, kasih sayang dan keikhlasan kita memberikan kehidupan kepada mereka akan menghasilkan anak2 sentiasa mengingati dan menghormati kita sampai bila2.. Insyaallah.
Disebabkan mak ada kat rumah saya arini, memang kenyang makan.. Gulai perut muda and nenas, gulai tempoyak daun kayu dah cukup buat saya tersandar kenyang.. Tambah dengan tapai Cik Munah yang dah lama saya idamkan memang sangat awsome..Walaupun hanya 'masak' dan 'makan' bersama mak dan abah dah cukup bermakna sambutan hari ibu saya... My kids pun sibuk wish dan sms Lolo, Ateh, Makngah dan Chu to show they also 'IBU' dihati anak2 saya. Ingatan itu membuatkan saya bangga kerana secara tak lansung apa yang saya ajarkan selama ini telah meresap ke dalam hati dan minda mereka. Alhamdulillah..
Semoga Hari Ibu telah anda sambut dengan bermakna walau hanya lepak berborak dengan ibu, keluarga ataupun anak2.. Berbanggalah kerana kita dilahirkan sebagai seorang wanita dan telah termaktub yang wanita tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t...
SALAM CINTA~
08 May 2011
05 May 2011
LILY'S MACARONI & CHEESE
Assalammualaikum;
Since last post saya, ada yang bertanya resipi macaroni and cheese yang dibuat oleh Lily.. Agaknya gambar macaroni tu menaikkan selera.. hehehe... Jangan sangka makanan kanak2 pun kalau dimasak dan dihias, boleh terliur jugak tuh... Disini, saya kongsi resipi Mac and Cheese Lily...
Selamat Memasak..:)
Bahan-bahan:-
11/2 cawan macaroni kering
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
1 sudu kecil mustard (jika mahu)
11/2 cawan keju Cheedar (diparut)
secubit serbuk buah pala (jika mahu)
secubit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara-Cara:-
Rebus macaroni sehingga kembang dan lembut dgn sedikit garam. Toskan
Panaskan kuali dan cairkan mentega, masukkan tepung gandung dan gaul hingga berbuih dan wangi.
Masukkan susu dan serbuk buah pala dan kacau perlahan2..
Masukkan macaroni yang telah ditos dan juga keju cheedar.. Kacau perlahan2, sehingga sebati keseluruhan macaroni dan keju tersebut. Tutup api.
Hidangkan di atas pinggan dan taburkan serbuk lada hitam mengikut kesukaan anda.
*udang segar dan cendawan butang juga boleh ditambah mengikut selera anda*

Lily's Macaroni and Cheese |
SALAM CINTA~
04 May 2011
WE ARE HAVING FUN!!!
Assalamulaikum,
Lily dan Dada sangat suka melayan siri Junior Masterchef Australia (JMA).. Sampai dipaksanya saya sama2 tengok episod by episod sampai la ke final. Tambahan Lolo menghadiahkan Lily sehelai apron yang ditempah khas on her birthday "JUNIOR MASTERCHEF LILY" dan sebuah buku masakan kanak2.. Bukan main bersemangat semua anak dara saya memasak.. Lepas satu2 nak dicuba.. Hasilnya, Alhamdulillah sedap tapi bila time kemas tu.. semua lari, tu part yang kurengg sikit...
So as they propose, Sunday is Cooking Day.. Saya dan Lolo menyokong dan memberi semangat kepada mereka. Asalkan mereka enjoy dan bangga dengan hasil masakan mereka. Lily dan Dada minta saya hantarkan ke Australia sebab nak masuk Junior Masterchef... huhu.. Kita tunggu Junior Masterchef Malaysia kalau ada, saya akan daftarkan. Tapi memang saya salute peserta JMA, walaupun umur setahun jagung, tapi mampu menghasilkan masakan yang boleh saya tabik.. Tengok je dah terliur, apakan lagi rasanya... Sure sedap!! Itu yang saya cuba terapkan kepada anak2 saya, "COOKING IS FUN".. Dan saya juga harus menambahkan ilmu dalam hal masak memasak ni, dan berazam nak try new resipi yang best2.Mana tahu ada rezeki boleh buka bakery.. haaa.. kan maju tu....
So, saya sarankan anda semua carilah apa saja aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak2.. Tak perlu belanja besar ke hotel mahal atau theme park yang terkenal, sometimes aktiviti yang remeh2 pun menjadi satu kegembiraan buat mereka...Even aktiviti menangkap katak pun..Saya pernah beli anak katak kat petshop dan lepaskan ke kolam ikan dan Adam menangkap anak2 katak tersebut tanpa rasa geli.. Heheh... Sound sangat menggelikan tapi sampai sekarang Adam ingat macamana dia basah lencun sebab kejar katak2 tu.. . Tak salah jika mencuba kan?.. Have Fun!!
Lama tak menulis dek kerana sibuk dengan pelbagai perkara. Even ada 2,3 perkara yang saya rasa boleh dikongsi tapi alahai... tak sempat nak pegang laptop dah terkejar2 ke sana sini..Tambah since pindah ke Rawang semula, line broadband di kawasan rumah saya sangat slow.. makan hati betul... Jujur saya katakan, saya memang gembira bila pulang semula ke Rawang, walaupun it just a small town, mungkin 'hati' saya disini.. Anak2 pun happy dapat jumpa kawan2 lama dan dah start aktif dengan aktiviti mereka semula..
Mungkin sikap saya yang sering memanggil mereka lepak kat dapur dah menerbitkan rasa seronok memasak di hati mereka. Walaupun hanya mengupas bawang atau menggunting cili kering, ianya akan jadi seronok kalau ramai2 didapur.. For sure dapur saya akan berkecah sebab ruang yang sempit, tapi bila kami share cerita, bergurau ataupun mendengar cerita poyo si DADA membuatkan saya rasa puas hati.. Kami berenam didalam dapur yang sempit tapi semua tugas selesai dan disitu juga saya dapat meluangkan quality time bersama mereka..
Rolie Polie |
So as they propose, Sunday is Cooking Day.. Saya dan Lolo menyokong dan memberi semangat kepada mereka. Asalkan mereka enjoy dan bangga dengan hasil masakan mereka. Lily dan Dada minta saya hantarkan ke Australia sebab nak masuk Junior Masterchef... huhu.. Kita tunggu Junior Masterchef Malaysia kalau ada, saya akan daftarkan. Tapi memang saya salute peserta JMA, walaupun umur setahun jagung, tapi mampu menghasilkan masakan yang boleh saya tabik.. Tengok je dah terliur, apakan lagi rasanya... Sure sedap!! Itu yang saya cuba terapkan kepada anak2 saya, "COOKING IS FUN".. Dan saya juga harus menambahkan ilmu dalam hal masak memasak ni, dan berazam nak try new resipi yang best2.Mana tahu ada rezeki boleh buka bakery.. haaa.. kan maju tu....
So, saya sarankan anda semua carilah apa saja aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak2.. Tak perlu belanja besar ke hotel mahal atau theme park yang terkenal, sometimes aktiviti yang remeh2 pun menjadi satu kegembiraan buat mereka...Even aktiviti menangkap katak pun..Saya pernah beli anak katak kat petshop dan lepaskan ke kolam ikan dan Adam menangkap anak2 katak tersebut tanpa rasa geli.. Heheh... Sound sangat menggelikan tapi sampai sekarang Adam ingat macamana dia basah lencun sebab kejar katak2 tu.. . Tak salah jika mencuba kan?.. Have Fun!!
SALAM CINTA~
Subscribe to:
Posts (Atom)