24 December 2010

Mampukah Kita...

Leka saya bila Nana call dan menceritakan kisah posting nya ke rumah orang2 tua (home).. Nana mengambil jurusan fisioterapi di Masterskill Kolej. Dia menceritakan kisah bagaimana dia dia diludah oleh 'POPO'  yan dah berumur dalam lingkungan 70an..  Bagaimana dia berjaya mengawal emosi dan hanya tersenyum walau dimaki hamun oleh olongan warga emas tersebut. Banyak lagi yang dia kongsikan tetapi yang paling menyentuh hati saya  adalah seorang 'uncle' tua yang rela hati dihantar ke  home tersebut kerana 'kesunyian'.. Tiada isteri dan anak2 menemaninya menghabiskan sisa2 hidupnya.. Anak2 sudah berkeluarga, manakala isterinya dah meninggal beberapa tahun lepas. Oleh kerana beliau  mempunyai pencen, so dia masuk ke home bertujuan ada kawan2 yang boleh berkongsi suka duka sementara masih ada nyawa..

Cerita Nana menyebabkan saya teringat kepada mak dan abah.. Adakah mak dan abah pun merasa perkara yang sama seperti mana uncle tu? Walaupun mereka ada kerja yang  dilalukan, tapi adakah mencukupi menahan kerinduan terhadap anak2? Then saya dapat pulak berita yang ibu mertua sedang bermurung kerana beliau tidak berapa sihat, beliau mengidap penyakit 'urinary incontience' (lost of bladder control). She feel down kerana tidak dapat menguruskan dirinya seperti dulu, which is sekarang ayah mertua saya yang akan menguruskannya bila dia tak larat. Kesian pulak bila ayah mertua call dan mengadu keadaan mak yang tidak mahu makan minum dan bercakap dengan orang. She really depressed.. Suami cuma mampu memujuk dan memberi semangat kepadanya dari jauh. Saya faham mungkin dia tertekan dan merasa kekurangan dengan keadaannya. So just give her time untuk menyesuaikan diri dengan kekurangan itu. Saya dah nasihatkan ayah untuk membawa mak ke hospital untuk rawatan dan mengambil ubat. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya. Saya juga dah bercadang nak balik dan melawat sambil memujuk mak. Insyaallah.

Pernah saya berkongsi pengalaman dengan kawan2 yang menjaga ibu bapa yang sakit. Memang perlu kesabaran yang tinggi dalam melayan dan mengambil hati mereka. Tambahan jika ibu bapa yang kurang semangat untuk melawan penyakitnya. Tak tahan bila dengar rintihan dan esakan tangis mereka apabila penyakitnya menyerang. Luluh hati tuhan yang tahu... Bila ajal menjemput, ada mereka yang merasa lega, bukan kerana dah lepas beban, tetapi dah tak sanggup melihat ibu bapa yang disayangi menahan penderitaan penyakitnya.. Semoga mereka tenang di alam barzakh.

Sejujurnya saya akui saya takut jika 'masa' itu sampai .Tak dapat saya bayangkan jika mak atau abah terlantar tak bermaya.. Tak mampu bergerak, bercakap dan ketawa.. Hanya kesakitan yang terpancar di mata  ataupun sendu tangis dalam melawan penyakit.. Bukan saya takut ataupun geli untuk menguruskan mereka, tetapi saya takut jika saya tak dapat menahan perasaan sedih pilu ataupun saya gagal menjalankan tanggungjawap itu dengan sempurna. Apakah yang terdetik di hati mak abah ketika itu? Adakah saya akan digelar anak derhaka? Mampukah saya menguruskan mereka sepertimana yang dah mereka lakukan dari saya lahir hingga kini? . Cukup  baguskah saya menjalankan tugas sebagai anak dan adakah jasa mereka telah saya balas? Apakah saya masih kuat 'berdiri' jika mereka tiada nanti?.

   Saya bukan anak yang manja, peluk mak abah pun jarang2.. Tapi setiap kali mereka ada masalah ataupun khabar gembira, sayalah orang pertama yang akan dihubungi. Bukan main mak gelak besar kalau ada hal yang lucu yang nak dikongsi. Tambah bila beliau berjaya rekacipta resepi yang sedap, bukan main lagi eksen bercerita, tujuannya nak suruh saya balik dan rasa masakkan nya tu..  Pernah mak isikan topup fon saya, kerana saya dah lama tak call.. So tu salah satu cara nak saya call la tu...hahaha... Kerana kesibukkan, terlupa nak tanya khabar mak dan dari situ saya tahu mak rindukan saya. Abah pulak sentiasa menjadi tempat rujukan saya dan suami dalam segala segi. He is very liberal and open minded... Abah juga mempunyai pengetahuan yang luas kerana sikap suka membaca beliau. Tanya la apa saje topik ataupun hal2 semasa yang latest, semua dia tahu. Abah juga seorang pencinta alam semula jadi dan binatang, so anak2 saya akan refer kat 'atok' jika nak tahu tentang hal ehwal binatang ni.. Bukan binatang biasa2, yang luar biasa pun abah tahu, and knowledge tu dia share dengan semua cucunya.. Pendek kata kalau kami semua balik, memang riuh sebab masing2 sibuk nak bercakap. Berjam2 bersidang kat meja makan, nescafe sampai 3,4 kali refill...
Tu belum masuk yang lepak kedai nasik lemak kat PD...

Saya merasa bersyukur kerana dengan didikan dan terapan kasih sayang mak abah, kami adik beradik tak pernah bermasam muka. Bergaduh dan selisih faham tu biasa, tetapi tak pernah lama.. Paling tidak  seminggu je.. Saya berharap hubungan ini akan sentiasa aman walaupun sesudah ketiadaan mereka nanti... Jika pada waktu sekarang jika saya teringat atau rindu pada mak abah boleh diubat dengan call atau sms, bagaimana jika mereka tiada nanti? Bagaimanakah saya nak menyatakan dan melepaskan rasa rindu itu? Memang doa adalah kiriman terbaik untuk mereka dialam sana, tapi mampukah doa itu menghilangkan rasa rindu saya pada mereka? Tidak akan saya nikmati dan dengari lagi hilaian gelak tawa mak dan kata2 nasihat dari abah pada waktu itu..Tiada lagi dapat saya nikmati masakkan air tangan mak dan berkongsi cerita 'karut' abah.. Hanya gambar dan memori bersama mereka saja akan menjadi  tatapan dan 'sajian' bila balik ke rumah mak nanti..  Ya Allah.. kuatkah saya untuk menghadapi situasi itu.. Tapi itu adalah janjiNya, setiap yang hidup pasti akan kembali, hanya masa yang akan menentukan.. Semoga bila tiba saatnya, mereka 'pergi' dalam keadaan aman dan dipermudahkan..Amin.

Sejauh mana kasih sayang saya pada mak abah, begitu juga kepada anak2 tersayang. Kadang2 bila memikirkan masa depan anak2, saya menjadi takut untuk 'melepaskan' mereka. Tapi saya harus akur dengan kitaran kehidupan, mereka berhak mengejar dan mencari kehidupan mereka sendiri. Sebagai ibu, saya berusaha memberikan mereka pendidikan yang sempurna baik sudut akademik ataupun agama. Jangan mereka tersasar dari landasan dan batasan kehidupan yang sepatutnya. Saya tak mengimpikan 'happy life' seperti cerita dongeng, cukup sekadar mereka berjaya mengharungi hidup sebaik mungkin dan tidak mengabaikan orang tua. Itu sudah cukup bermakna bagi saya. Saya cukup yakin dengan pepatah,  "what you give you get back"...
Setiap perbuatan baik dan buruk ada balasannya, jadi buatlah pilihan anda....
Semoga Allah merahmati kedua orang tua kita.. Amin..


SALAM CINTA~