Assalammualaikum;
SELAMAT HARI IBU saya ucapkan kepada semua wanita. Tak kira anda adalah ibu, mak, maklong, makngah anda tetap 'ibu' so berbangga la meraikannya.. Kebetulan semalam saya meraikan harijadi Hakeef (anak Caca), so mak and abah pun ada sama kat rumah Caca. Even its only small party, tapi memang happening bila ramai budak2 datang menghabiskan makanan..:).. Tak boleh tahan tengok Hakeef yang malu2 kucing orangnya dah become big boy.. Tambah bila dah 'bersatu' dengan Adam dan Jayjay, keluar suara jantan bila bermain... And kak Lyza dengan bermurah hatinya buat kek Hakeef besar dari biasa... Thanks kakak, suku kek tuh saya tapau sebab my kids memang 'cake maniac'.. heheh..
Actually saya tak plan nak attend party si Hakeef tapi memandangkan abah tak boleh nak drive malam2 so saya pun membawa anak2 naik komuter untuk ke rumah Caca di Klang. Riuh mulut Jayjay tanya itu ini semasa dalam train dan bukan senang nak handle 5 kids naik public tranport. Risau je if ada yang tertinggal atau tersepit, nauzubillah!! Semasa dia hentian Sg Buloh, saya nampak seorang perempuan cina (PC) yang berlari2 membawa anaknya (mungkin) nak masuk ke pintu train. Kebetulan dia duduk berhadapan dengan saya. Anak perempuannya berumur dalam lingkungan 6 -7 tahun sibuk mengunyah roti.
Saya perasan yang PC among OKU, dia mungkin sikit terencat tapi bukan yang sangat kritikal. Riak muka dan percakapannya yang agak pelat2 dan kelihatan macam in her own world.. Saya leka perhatikan anak PC yang sihat sempurna, asyik bertanya itu ini, tak duduk diam dan leka makan rotinya, ada ketika dia memeluk PC dan menyuapkan roti sikit ke mulutnya. Setiap pertanyaan anaknya dijawab dengan tenang walaupun dia susah nak bercakap. PC boleh menerangkan nama setiap stesen yang train tu berhenti walaupun tak berapa clear tapi saya masih boleh faham. Yang membuatkan air mata saya bergenang apabila si anak meronta2 nak menyanyi, PC pun mengajar lagu yang dikhendaki tu, sampai senget mulut PC menyanyi untuk anaknya dan satu pelukan dan ciuman tanda terima kasih dihadiahkan oleh anaknya. Bila anaknya meronta, PC akan menyuruhnya diam sambil membelai rambut si anak. Its really touch my feeling!!
PC seorang wanita yang tidak sempurna, tapi manage membawa dan melayan anaknya.. Saya terfikir bagaimanakah dia melalui kehidupanya sebagai ibu dalam kekurangannya itu. Mungkin dengan bantuan keluarga, tapi kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka berdua sangat menyentuh hati saya. Saya yang sempurna ni pun kadang kala mengeluh bila anak2 buat perangai dan sekurang2 nya saya ada suami untuk mengadu ataupun meminta bantuan, bagaimana agaknya PC mengawal keadaan ketika ada masalah untuk menguruskan anaknya.. Dan yang bermain2 di minda saya, bersuamikah PC? Jika dia bersuami sekurangnya dia ada pasangan yang boleh diharap bantuan. Bagaimana jika anak tersebut lahir dari hasil yang tidak sepatutnya (rape), dan PC yang tak tahu apa terpaksa berhempas pulas mengandung, melahirkan dan membesarkan anaknya alone.. Masyaallah.... Agaknya saya terharu sangat sampai jauh berfikir.. Semoga PC diberi kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan anaknya..
"Kasih ibu bawa ke syurga" "Syurga dibawah tapak kaki ibu" adalah ungkapan yang ternyata kebenaran nya. Seorang ibu akan menyanyangi anak2 nya walau apa jua condition.. Jika PC yang tidak sempurna tu boleh menyanyangi anaknya dan mampu membesarkan anaknya dengan kasih sayang, apalagi kita yang sempurna akal dan fizikal.. Bagi saya semua kalau boleh semua yang terbaik ingin saya berikan kepada anak2 tetapi tertakluk atas kemampuan. Wang ringgit bukan segalanya, kasih sayang dan keikhlasan kita memberikan kehidupan kepada mereka akan menghasilkan anak2 sentiasa mengingati dan menghormati kita sampai bila2.. Insyaallah.
Disebabkan mak ada kat rumah saya arini, memang kenyang makan.. Gulai perut muda and nenas, gulai tempoyak daun kayu dah cukup buat saya tersandar kenyang.. Tambah dengan tapai Cik Munah yang dah lama saya idamkan memang sangat awsome..Walaupun hanya 'masak' dan 'makan' bersama mak dan abah dah cukup bermakna sambutan hari ibu saya... My kids pun sibuk wish dan sms Lolo, Ateh, Makngah dan Chu to show they also 'IBU' dihati anak2 saya. Ingatan itu membuatkan saya bangga kerana secara tak lansung apa yang saya ajarkan selama ini telah meresap ke dalam hati dan minda mereka. Alhamdulillah..
Semoga Hari Ibu telah anda sambut dengan bermakna walau hanya lepak berborak dengan ibu, keluarga ataupun anak2.. Berbanggalah kerana kita dilahirkan sebagai seorang wanita dan telah termaktub yang wanita tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t...
SALAM CINTA~
Showing posts with label Expressi DiriKu. Show all posts

08 May 2011
01 March 2011
ADA RASA YANG DIDUGA
Kebelakangan ini saya di hujani dugaan telah yang agak berat. Saya mengatakan begitu kerana ia telah mempengaruhi keseluruhan emosi saya. Walaupun puas saya menadah tangan berdoa dan mengadu pada Yang Maha Esa, tetapi saya gagal untuk membuang rasa yang melingkari hati dan perasaan saya. Saya cuma mampu bertenang dan memujuk hati tetapi bila 'rasa2' itu datang menyerang emosi gagal dikawal. Ia telah merubah diri saya hampir 50% dari yang sebenar. Memang pedih dan sakit saya rasakan tetapi saya akur kerana ia telah tertulis dan merupakan salah satu warna2 didalam hidup saya.
Disini saya mengakui saya sebagai insan yang sangat kerdil dan lemah. Baru Allah menduga dari segi perasaan, saya dah mengalah dan tunduk kepada kesedihan. Saya tidak menyalahkan nasib atau takdir tetapi saya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu untuk berdiri teguh dan sekaligus menjadi kuat untuk melawan perasaan. Sebagai manusia dan nyatanya saya adalah insan yang bergelar perempuan air mata adalah teman setia dikala ini. Tanpa sedar ia akan mengalir tanpa saya kehendaki. Acapkali saya bertanya KENAPA kepadaNya tetapi jawapan itu mustahil saya perolehi. Saya hanya mampu berdoa dan meminta padaNya agar lontarkan segala kekusutan ini secepat mungkin dan berilah petunjuk yang terbaik untuk saya menanganinya.
Setiap manusia ada perasaan halusnya. Contoh seperti kita lihat dikaca TV, seorang gangster mampu membunuh sesiapa yang dia suka, tetapi dia takkan membiarkan sesiapa menggangu keluarganya, samada ibu bapa, isteri ataupun anak2. Jika terlorek walaupun sedikit, pasti membuak amarahnya dan berlaku lah pertumpahan darah. Itu adalah lakonan, tetapi manusia biasa seperti kita yang hidup dialam nyata? Apakah yang seharusnya kita lakukan? Berdiam diri dan menangisi nasib? Menyalahkan takdir? Paling tidak kita hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan secara maksima. Tetapi kekuatan melawan perasaan itu sebenarnya didalam diri kita sendiri. Sebab kita yang menentukan arah dan lorong hidup kita sendiri. Mungkin ianya terjadi sebagai ingatan untuk kita menyedari kekurangan yang ada pada diri kita, jadi dengan hadirnya dugaan tersebut mungkin menjadi titik tolak untuk kita bangkit sambil lebih mengenali siapa diri kita yang sebenar sekaligus membentuk kita menjadi insan yang lebih sempurna
Seperti yang saya rasakan, kecelaruan dalam membuat keputusan adalah sesuatu yang sangat sukar pada ketika ini. Saya dibuai dengan kesedihan dan dilagukan dengan perasaan kecewa. Tetapi dalam pada itu saya juga harus berusaha untuk bangun dan sedar yang saya harus kuat dan tabah. Kekuatan itulah yang belum saya perolehi pada masa ini walaupun sehabis daya saya saya cuba untuk membina kembali semangat yang hilang. Saya sedar saya tidak harus hanyut melayan segala kekusutan ini, tetapi pedih di hati sangat dalam dan saya akui saya KALAH dalam merawat hati..ASTAGFIRULLAHALAZIM...
Saya mohon agar diberi petunjuk dan jalan terbaik untuk mencari konklusi dan meredakan kekecewaan saya. Terus terang saya katakan tersangatlah letih untuk berada dalam segala 'rasa' ini. Banyak hati yang perlu dijaga dan dalam ketidakstabilan emosi ini saya terlalai menjalankan tanggungjawab itu.
Semoga segala kekusutan ini dapat dileraikan dengan sempurna. Saya akur dengan dugaan rasa ini, dan berharap ianya akan berakhir dan melayang dari hati saya seperti angin lalu. Saya akan berusaha untuk mencari diri saya yang telah hilang dan sekaligus untuk menjadi insan yang lebih baik di masa depan Apapun jua tindakan atau keputusan yang diperolehi saya harap ianya adalah tiupan petunjuk dari Allah swt kerana sesungguhnya dia Maha Mengetahui.
~SALAM CINTA

27 February 2011
CINTA PERTAMA.
Saya terbaca satu artikel "cinta dilanjut usia lebih bermakna".. Penulis mengupas pasangan yang bercinta diusia emas. Kebanyakannya kesunyian setelah berpisah atau kematian pasangan masing2. Tambah bermakna jika yang dijumpa tu kawan lama atau cinta pertama. Bagaimana agaknya perasaan mereka jika kebetulan terjumpa kembali kekasih hati yang telah lama terpisah? Apakah reaksi pertama ataupun kata pertama yang terucap ketika itu? Apakah benar bagai dikata, kita takkan lupakan 'first love', walaupun hanya cinta monyet...
Ada diantara kita yang berjaya mengekalkan cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Ada pula yang terkandas akibat halangan orang tua, kehadiran orang ketiga, perbezaan karektor dan ada pula yang kekasihnya hilang tanpa sepatah kata. Macam2 lagi jika nak dikupas, tapi penangan cinta pertama itu akan dilalui setiap manusia. Saya juga ada menyimpan kenangan cinta pertama, tapi bagi saya tak perlu dikenang atau diimbas. Tambahan dia pun ntah dimana, so harapnya sedang berbahagia dengan kehidupannya . Cukup sekadar saya menghargai si dia kerana hadir dalam hidup saya pada masa itu.
Saya mendapat pengakuan ikhlas seorang sahabat yang menyatakan dia masih menyanyangi dan menghargai cinta pertamanya. Walaupun masing2 sudah ada kehidupan sendiri tapi cinta pertamanya tetap berbekas di satu sudut yang istimewa dalam hatinya. Bukan niatnya untuk menidakkan kehadiran pasangan yang ada, tapi beliau sukar nak memadamkan rasa sayang dan rindu pada cinta pertamanya. Menurut beliau, cintanya itu hilang tanpa bicara dan mungkin masing2 masih muda so tiada keupayaan untuk menjejak satu sama lain. Secara kebetulan tahun lepas mereka terjumpa semasa menghadiri majlis perkahwinan teman. Beliau sedaya upaya untuk tidak melayan perasaan tapi tidak mampu dan jujur katanya jika ada peluang dimasa hadapan, tak mustahil untuk dia mendapatkan cintanya itu kembali. Hanya masa dan Allah yang menentukan. Paling tidak ada doa yang dititipkan untuk cintanya itu agar sentiasa berbahagia.. Wah, memang menyentuh perasaan...
Tidak salah rasanya jika kita nak mengenang detik manis bersama cinta kita itu, cuma haruslah berpada, agar tiada hati yang terluka. Cukuplah sekadar ia menjadi imbasan di minda ataupun mimpi dimalam hari. Tak perlu la ianya dikongsi dengan pasangan yang sedia ada kerana secara tak lansung akan menerbitkan rasa yang tidak sepatutnya ataupun hilang kepercayaan, Yang lepas itu biarkan berlalu dan simpan didalam kotak lipatan sejarah sebaiknya. Apapun perasaan kita terhadap si cinta pertama itu kunci lah dengan rapi. Mana tahu, mungkin ada jodoh di usia matang.. Mungkin akan lebih bermakna kan...
Anggaplah perpisahan dengan cinta pertama itu sebagai ketentuan Ilahi. Telah ternyata semua aturan kehidupan telah ditentukan dan Dia Maha Mengetahui. Kita seharusnya pasrah dan akur dengan rela hati. Doakan si dia menjalani kehidupan yang bahagia dan sentiasa dilindung Allah swt. Itu adalah hadiah yang paling bermakna dalam kita menghargai sesebuah perhubungan. Andai ada jodoh pasti tak kemana..
CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU

23 January 2011
Hikmah datang atau dicari?
Assalammualaikum,
Lama tak menulis, since cuti sekolah saya sibuk dengan pelbagai kegiatan.. Dan macam2 perkara terjadi samada yang saya kehendaki mahupun tidak. Puas mengelak tapi kalau nak kena takleh nak buat apa... Paling saya 'penat' bila Adam kena admit wad seminggu sebelum sekolah bermula.. Aduhai, memang mencabar kesabaran saya, terpaksa tinggalkan anak2 yang lain sendirian dirumah. Hanya telefon menjadi perhubungan saya untuk intruct apa yang perlu mereka buat. Nasib baik suami curi2 masa balik utk menjenguk mereka. Alhamdulillah Adam dah Ok, yang jadi lama tu sebab dia tak duduk diam kat wad. Seronok jumpa kawan2 yang sama 'semput' cam dia.. hahaha....Saya teringat seorang wanita yang sedang daftarkan babynya yg berusia 8 bulan sebabkan asma juga.Apabila doktor tanya siapakah antara dia dan suaminya yang ada asma, dia jawab "arwah suami saya". "Suami saya meninggal 4 bulan lepas, tempat kerja meletup doktor"..Hati saya sebak dan saya terus mengusap kepala babynya. Bagaimanakan dia nak menjaga baby yang sakit, dengan anak lagi 2 dirumah tanpa suami untuk membantu..Semoga dia diberi kekuatan untuk harung segala cabaran hidup yang datang.
Kadangkala manusia hanya pandai berkata2 dan menasihati, tapi apabila kena ke batang hidung sendiri boleh hilang arah dibuatnya. Saya pun tak terlepas jadi macam tu.. Tambah kalau masalah tu agak kronik (bg saya)
mulalah cari 'shoulder to cry on'.. tapi syukur saya ucapkan kerana saya dikelilingi oleh insan2 yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Mereka sentiasa mengingatkan saya agar tidak putus harap dan sentiasa berdoa. Hanyalah padaNya saya bermohon dan berdoa agar diberi kekuatan dan juga akal fikiran yang waras untuk mencari jalan keluar. Itulah juga punca kekuatan saya untuk terus tegak berdiri dan berjalan mengharungi 'laluan' yang telah ditentukan olehNya.
Acapkali apabila kita didatangi atau diduga dengan cubaan, nasihat dan kata pujuk yang sering kita dengar adalah "insyaallah, mungkin ada hikmah".. Tapi adakah hikmah yang dimaksudkan itu harus ditunggu kedatangannya atau dicari?.. Adakah setiap ujian yang didatangkan kepada kita itu mempunyai hikmahnya? Atau berkemungkinan ianya adalah balasan keatas perbuatan atau dosa2 lampau kita?..Persoalan ini kadangkala bermain2 di minda, dan nyatanya sebagai hambaNya yang sangat kerdil saya tiada jawapan untuk persoalan itu. Disitu lah juga saya sedar betapa besarnya kuasaNya, dimana setiap kejadian atau soalan pasti ada solutionnya. Saya hanya nak memikirkan satu persoalan yang kecil pun terpinga2 nak mencari jawapan..
Subahanallah, Allah Maha Sempurna....
Setiap kali hati atau diri saya mengeluh dengan masalah yang ada, forsure ada benda yang related dengan apa yang saya keluhkan muncul secara tak lansung bahkan lagi berat dari yang saya rasa.. Serius, bukan sekali dua, bahkan apa yang terdetik kat hati ni, pasti ada yang akan saya lihat ataupun dengar secara tak sengaja.. Seolah Dia bagi 'hint' apa yang saya rasa itu tak seberat orang lain, ataupun dia nak saya sentiasa bersyukur dengan apa yang terjadi tak kira apa jua situasi ataupun 'rasa'nya. Disitu lah saya dapat rasakan nikmat HIKMAH setiap kejadian ataupun dugaan yang saya hadapi.
Bagi saya 'hikmah' yang dimaksudkan tidak akan datang mengetuk pintu di pagi hari.. Kita juga tak akan jumpa 'hikmah' di kedai emas ataupun di Midvalley...Cuma bila tiba masanya kita sendiri akan "merasa" dan sangat menghargai saat itu. Pasti apabila ia tiba, kita diselubungi rasa syukur yang tak terucap..Tambahan jika kita sedar itu lah "hikmah" yang sebenar seperti yang sering diucapkan. Saya juga pernah merasa momen tersebut, dan sejujurnya saya masih merasa 'kemanisannya'. Walaupun sedikit dan halus, saya sangat bersyukur.. Saya sedar walaupun diri ini tak sempurna dan patuh dalam mengerjakan segala suruhanNya, Dia tetap mendengar dan memberikan apa yang kita pinta.... Alhamdulillah.
Jadi rasa dan nikmatilah setiap hikmah, kurniaan dan rezeki yang diberikan kepada kita. Walaupun kadangkala ia menuntut kesabaran yang tinggi dan adakala menumpahkan air mata kecewa, yakinlah bahawa satu hari nanti kita pasti akan dapat nikamati "rasa" itu..
~SALAM CINTA~

24 December 2010
Mampukah Kita...
Leka saya bila Nana call dan menceritakan kisah posting nya ke rumah orang2 tua (home).. Nana mengambil jurusan fisioterapi di Masterskill Kolej. Dia menceritakan kisah bagaimana dia dia diludah oleh 'POPO' yan dah berumur dalam lingkungan 70an.. Bagaimana dia berjaya mengawal emosi dan hanya tersenyum walau dimaki hamun oleh olongan warga emas tersebut. Banyak lagi yang dia kongsikan tetapi yang paling menyentuh hati saya adalah seorang 'uncle' tua yang rela hati dihantar ke home tersebut kerana 'kesunyian'.. Tiada isteri dan anak2 menemaninya menghabiskan sisa2 hidupnya.. Anak2 sudah berkeluarga, manakala isterinya dah meninggal beberapa tahun lepas. Oleh kerana beliau mempunyai pencen, so dia masuk ke home bertujuan ada kawan2 yang boleh berkongsi suka duka sementara masih ada nyawa..
Cerita Nana menyebabkan saya teringat kepada mak dan abah.. Adakah mak dan abah pun merasa perkara yang sama seperti mana uncle tu? Walaupun mereka ada kerja yang dilalukan, tapi adakah mencukupi menahan kerinduan terhadap anak2? Then saya dapat pulak berita yang ibu mertua sedang bermurung kerana beliau tidak berapa sihat, beliau mengidap penyakit 'urinary incontience' (lost of bladder control). She feel down kerana tidak dapat menguruskan dirinya seperti dulu, which is sekarang ayah mertua saya yang akan menguruskannya bila dia tak larat. Kesian pulak bila ayah mertua call dan mengadu keadaan mak yang tidak mahu makan minum dan bercakap dengan orang. She really depressed.. Suami cuma mampu memujuk dan memberi semangat kepadanya dari jauh. Saya faham mungkin dia tertekan dan merasa kekurangan dengan keadaannya. So just give her time untuk menyesuaikan diri dengan kekurangan itu. Saya dah nasihatkan ayah untuk membawa mak ke hospital untuk rawatan dan mengambil ubat. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya. Saya juga dah bercadang nak balik dan melawat sambil memujuk mak. Insyaallah.
Pernah saya berkongsi pengalaman dengan kawan2 yang menjaga ibu bapa yang sakit. Memang perlu kesabaran yang tinggi dalam melayan dan mengambil hati mereka. Tambahan jika ibu bapa yang kurang semangat untuk melawan penyakitnya. Tak tahan bila dengar rintihan dan esakan tangis mereka apabila penyakitnya menyerang. Luluh hati tuhan yang tahu... Bila ajal menjemput, ada mereka yang merasa lega, bukan kerana dah lepas beban, tetapi dah tak sanggup melihat ibu bapa yang disayangi menahan penderitaan penyakitnya.. Semoga mereka tenang di alam barzakh.
Sejujurnya saya akui saya takut jika 'masa' itu sampai .Tak dapat saya bayangkan jika mak atau abah terlantar tak bermaya.. Tak mampu bergerak, bercakap dan ketawa.. Hanya kesakitan yang terpancar di mata ataupun sendu tangis dalam melawan penyakit.. Bukan saya takut ataupun geli untuk menguruskan mereka, tetapi saya takut jika saya tak dapat menahan perasaan sedih pilu ataupun saya gagal menjalankan tanggungjawap itu dengan sempurna. Apakah yang terdetik di hati mak abah ketika itu? Adakah saya akan digelar anak derhaka? Mampukah saya menguruskan mereka sepertimana yang dah mereka lakukan dari saya lahir hingga kini? . Cukup baguskah saya menjalankan tugas sebagai anak dan adakah jasa mereka telah saya balas? Apakah saya masih kuat 'berdiri' jika mereka tiada nanti?.
Saya bukan anak yang manja, peluk mak abah pun jarang2.. Tapi setiap kali mereka ada masalah ataupun khabar gembira, sayalah orang pertama yang akan dihubungi. Bukan main mak gelak besar kalau ada hal yang lucu yang nak dikongsi. Tambah bila beliau berjaya rekacipta resepi yang sedap, bukan main lagi eksen bercerita, tujuannya nak suruh saya balik dan rasa masakkan nya tu.. Pernah mak isikan topup fon saya, kerana saya dah lama tak call.. So tu salah satu cara nak saya call la tu...hahaha... Kerana kesibukkan, terlupa nak tanya khabar mak dan dari situ saya tahu mak rindukan saya. Abah pulak sentiasa menjadi tempat rujukan saya dan suami dalam segala segi. He is very liberal and open minded... Abah juga mempunyai pengetahuan yang luas kerana sikap suka membaca beliau. Tanya la apa saje topik ataupun hal2 semasa yang latest, semua dia tahu. Abah juga seorang pencinta alam semula jadi dan binatang, so anak2 saya akan refer kat 'atok' jika nak tahu tentang hal ehwal binatang ni.. Bukan binatang biasa2, yang luar biasa pun abah tahu, and knowledge tu dia share dengan semua cucunya.. Pendek kata kalau kami semua balik, memang riuh sebab masing2 sibuk nak bercakap. Berjam2 bersidang kat meja makan, nescafe sampai 3,4 kali refill...
Tu belum masuk yang lepak kedai nasik lemak kat PD...
Saya merasa bersyukur kerana dengan didikan dan terapan kasih sayang mak abah, kami adik beradik tak pernah bermasam muka. Bergaduh dan selisih faham tu biasa, tetapi tak pernah lama.. Paling tidak seminggu je.. Saya berharap hubungan ini akan sentiasa aman walaupun sesudah ketiadaan mereka nanti... Jika pada waktu sekarang jika saya teringat atau rindu pada mak abah boleh diubat dengan call atau sms, bagaimana jika mereka tiada nanti? Bagaimanakah saya nak menyatakan dan melepaskan rasa rindu itu? Memang doa adalah kiriman terbaik untuk mereka dialam sana, tapi mampukah doa itu menghilangkan rasa rindu saya pada mereka? Tidak akan saya nikmati dan dengari lagi hilaian gelak tawa mak dan kata2 nasihat dari abah pada waktu itu..Tiada lagi dapat saya nikmati masakkan air tangan mak dan berkongsi cerita 'karut' abah.. Hanya gambar dan memori bersama mereka saja akan menjadi tatapan dan 'sajian' bila balik ke rumah mak nanti.. Ya Allah.. kuatkah saya untuk menghadapi situasi itu.. Tapi itu adalah janjiNya, setiap yang hidup pasti akan kembali, hanya masa yang akan menentukan.. Semoga bila tiba saatnya, mereka 'pergi' dalam keadaan aman dan dipermudahkan..Amin.
Sejauh mana kasih sayang saya pada mak abah, begitu juga kepada anak2 tersayang. Kadang2 bila memikirkan masa depan anak2, saya menjadi takut untuk 'melepaskan' mereka. Tapi saya harus akur dengan kitaran kehidupan, mereka berhak mengejar dan mencari kehidupan mereka sendiri. Sebagai ibu, saya berusaha memberikan mereka pendidikan yang sempurna baik sudut akademik ataupun agama. Jangan mereka tersasar dari landasan dan batasan kehidupan yang sepatutnya. Saya tak mengimpikan 'happy life' seperti cerita dongeng, cukup sekadar mereka berjaya mengharungi hidup sebaik mungkin dan tidak mengabaikan orang tua. Itu sudah cukup bermakna bagi saya. Saya cukup yakin dengan pepatah, "what you give you get back"...
Setiap perbuatan baik dan buruk ada balasannya, jadi buatlah pilihan anda....
Semoga Allah merahmati kedua orang tua kita.. Amin..
SALAM CINTA~
Cerita Nana menyebabkan saya teringat kepada mak dan abah.. Adakah mak dan abah pun merasa perkara yang sama seperti mana uncle tu? Walaupun mereka ada kerja yang dilalukan, tapi adakah mencukupi menahan kerinduan terhadap anak2? Then saya dapat pulak berita yang ibu mertua sedang bermurung kerana beliau tidak berapa sihat, beliau mengidap penyakit 'urinary incontience' (lost of bladder control). She feel down kerana tidak dapat menguruskan dirinya seperti dulu, which is sekarang ayah mertua saya yang akan menguruskannya bila dia tak larat. Kesian pulak bila ayah mertua call dan mengadu keadaan mak yang tidak mahu makan minum dan bercakap dengan orang. She really depressed.. Suami cuma mampu memujuk dan memberi semangat kepadanya dari jauh. Saya faham mungkin dia tertekan dan merasa kekurangan dengan keadaannya. So just give her time untuk menyesuaikan diri dengan kekurangan itu. Saya dah nasihatkan ayah untuk membawa mak ke hospital untuk rawatan dan mengambil ubat. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya. Saya juga dah bercadang nak balik dan melawat sambil memujuk mak. Insyaallah.
Pernah saya berkongsi pengalaman dengan kawan2 yang menjaga ibu bapa yang sakit. Memang perlu kesabaran yang tinggi dalam melayan dan mengambil hati mereka. Tambahan jika ibu bapa yang kurang semangat untuk melawan penyakitnya. Tak tahan bila dengar rintihan dan esakan tangis mereka apabila penyakitnya menyerang. Luluh hati tuhan yang tahu... Bila ajal menjemput, ada mereka yang merasa lega, bukan kerana dah lepas beban, tetapi dah tak sanggup melihat ibu bapa yang disayangi menahan penderitaan penyakitnya.. Semoga mereka tenang di alam barzakh.
Sejujurnya saya akui saya takut jika 'masa' itu sampai .Tak dapat saya bayangkan jika mak atau abah terlantar tak bermaya.. Tak mampu bergerak, bercakap dan ketawa.. Hanya kesakitan yang terpancar di mata ataupun sendu tangis dalam melawan penyakit.. Bukan saya takut ataupun geli untuk menguruskan mereka, tetapi saya takut jika saya tak dapat menahan perasaan sedih pilu ataupun saya gagal menjalankan tanggungjawap itu dengan sempurna. Apakah yang terdetik di hati mak abah ketika itu? Adakah saya akan digelar anak derhaka? Mampukah saya menguruskan mereka sepertimana yang dah mereka lakukan dari saya lahir hingga kini? . Cukup baguskah saya menjalankan tugas sebagai anak dan adakah jasa mereka telah saya balas? Apakah saya masih kuat 'berdiri' jika mereka tiada nanti?.Saya bukan anak yang manja, peluk mak abah pun jarang2.. Tapi setiap kali mereka ada masalah ataupun khabar gembira, sayalah orang pertama yang akan dihubungi. Bukan main mak gelak besar kalau ada hal yang lucu yang nak dikongsi. Tambah bila beliau berjaya rekacipta resepi yang sedap, bukan main lagi eksen bercerita, tujuannya nak suruh saya balik dan rasa masakkan nya tu.. Pernah mak isikan topup fon saya, kerana saya dah lama tak call.. So tu salah satu cara nak saya call la tu...hahaha... Kerana kesibukkan, terlupa nak tanya khabar mak dan dari situ saya tahu mak rindukan saya. Abah pulak sentiasa menjadi tempat rujukan saya dan suami dalam segala segi. He is very liberal and open minded... Abah juga mempunyai pengetahuan yang luas kerana sikap suka membaca beliau. Tanya la apa saje topik ataupun hal2 semasa yang latest, semua dia tahu. Abah juga seorang pencinta alam semula jadi dan binatang, so anak2 saya akan refer kat 'atok' jika nak tahu tentang hal ehwal binatang ni.. Bukan binatang biasa2, yang luar biasa pun abah tahu, and knowledge tu dia share dengan semua cucunya.. Pendek kata kalau kami semua balik, memang riuh sebab masing2 sibuk nak bercakap. Berjam2 bersidang kat meja makan, nescafe sampai 3,4 kali refill...
Tu belum masuk yang lepak kedai nasik lemak kat PD...
Saya merasa bersyukur kerana dengan didikan dan terapan kasih sayang mak abah, kami adik beradik tak pernah bermasam muka. Bergaduh dan selisih faham tu biasa, tetapi tak pernah lama.. Paling tidak seminggu je.. Saya berharap hubungan ini akan sentiasa aman walaupun sesudah ketiadaan mereka nanti... Jika pada waktu sekarang jika saya teringat atau rindu pada mak abah boleh diubat dengan call atau sms, bagaimana jika mereka tiada nanti? Bagaimanakah saya nak menyatakan dan melepaskan rasa rindu itu? Memang doa adalah kiriman terbaik untuk mereka dialam sana, tapi mampukah doa itu menghilangkan rasa rindu saya pada mereka? Tidak akan saya nikmati dan dengari lagi hilaian gelak tawa mak dan kata2 nasihat dari abah pada waktu itu..Tiada lagi dapat saya nikmati masakkan air tangan mak dan berkongsi cerita 'karut' abah.. Hanya gambar dan memori bersama mereka saja akan menjadi tatapan dan 'sajian' bila balik ke rumah mak nanti.. Ya Allah.. kuatkah saya untuk menghadapi situasi itu.. Tapi itu adalah janjiNya, setiap yang hidup pasti akan kembali, hanya masa yang akan menentukan.. Semoga bila tiba saatnya, mereka 'pergi' dalam keadaan aman dan dipermudahkan..Amin.
Sejauh mana kasih sayang saya pada mak abah, begitu juga kepada anak2 tersayang. Kadang2 bila memikirkan masa depan anak2, saya menjadi takut untuk 'melepaskan' mereka. Tapi saya harus akur dengan kitaran kehidupan, mereka berhak mengejar dan mencari kehidupan mereka sendiri. Sebagai ibu, saya berusaha memberikan mereka pendidikan yang sempurna baik sudut akademik ataupun agama. Jangan mereka tersasar dari landasan dan batasan kehidupan yang sepatutnya. Saya tak mengimpikan 'happy life' seperti cerita dongeng, cukup sekadar mereka berjaya mengharungi hidup sebaik mungkin dan tidak mengabaikan orang tua. Itu sudah cukup bermakna bagi saya. Saya cukup yakin dengan pepatah, "what you give you get back"...
Setiap perbuatan baik dan buruk ada balasannya, jadi buatlah pilihan anda....
Semoga Allah merahmati kedua orang tua kita.. Amin..
SALAM CINTA~
23 November 2010
Hidup dan Pengorbanan
Salam AidilAdha, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkannya. Semoga apa juga bentuk pengorbanan kita akan mendapat limpahan dari Allah swt.. Insyallah..
Sekali lagi, segala perancangan yang saya dah buat untuk balik ke kampung tak berjalan dengan lancar. Walaupun saya selamat sampai ke PD, tapi macam2 halangan dan dugaan muncul. Hujan yang turun 2 hari berturut2 membuatkan banyak baju yang tak kering, which is baju2 tu harus saya pack dalam beg. Tambah menyakitkan hati, anak kucing Adam telah membuat 'kerja' diatas tilam toto, 2 helai lak tu!! Nak hantar ke dobi hari pulak hujan, so saya basuh sendiri aje. Tak tahu la bila keringnya, tapi asalkan dah terampai ok la tu. Anak-anak pulak buat perangai, stokin hilang la, kasut koyak la.. Dah terpaksa membawa mereka ke Jusco membeli apa yang perlu. Dalam kekalutan packing barang untuk dibawa balik, tiket keretapi pulak hilang!!! Puas saya mancari merata tempat tak jumpa. So terpaksalah kami membeli tiket yang baru untuk perjalanan keesokkan harinya. Rasa bersalah kat Lolo dan anak2 sebab punahkan harapan mereka nak naik keretapi yang ada katil. Memang kecuaian saya..
Aidiladha kami sambut dengan sederhana sahaja. Kesemua adik beradik ada berkumpul dirumah emak. Merasa la makan rendang dan lontong... Seronok dapat berkongsi cerita dan bergurau senda dengan adik beradik setelah lama tak jumpa. Dapat la saya melampiaskan rindu kat mereka dan anak2 buah.. Geram tengok telatah Alyssa (anak adik) yang dah petah bercakap.. Last sekali saya jumpa dulu, baru ada bunyi aa..iii.. je. Perangai pun dah makin nakal dan paling penting dia tersenyum lebar bila nampak saya. Means dia masih ingat la kat MOMMY RWG ni..(panggilan anak2 buah kepada saya).
Tak lengkap kalau balik PD, tak bawak anak2 mandi laut. Walaupun saya kurang suka mandi laut, tapi terpaksa la melayan karenah anak2. Cukup sekadar duduk di tepi pantai dan melihat mereka bergembira mandi di dalam laut tu. Alangkah indah kalau masa tu dapat diputarkan, dan yang mandi gembira dalam laut tu adalah saya yang berumur 8 tahun. Mandi, menjerit, dan bergurau tanpa perlu memikirkan apa2 masalah hidup. Tak perlu nak rasa bersalah atas kehilangan tiket train, tak perlu nak jaga hati polan tu, tak perlu nak fikir apa yang nak di masak hari2 dan banyak lagi yang "tak perlu di fikir".. Tapi itu semua fasa kehidupan yang telah lalu dan mustahil akan diulang lagi. Life must go on dan saya juga akan berterusan memikirkan perkara2 yang bakal datang.
Selagi ada "kehidupan" selama itulah ia menuntut pengorbanan. Apa jua bentuk pengorbanan itu yang nyatanya, itu adalah hitam putih kehidupan. Sepertimana kita dilahirkan, ibarat kain putih dan suci. Semakin membesar, titik2 hitam akan meninggalkan kesannya dan apabila sampai tahap matang tompokan hitam itu akan jelas kelihatan, samada sikit, banyak, bulat, segi empat ataupun ia melitupi keseluruhan kain putih tersebut..Dan tidak dinafikan adakalanya palitan2 hitam itu terhasil disebabkan tuntutan pengorbanan.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan menilai.
Jadi walaupun pengorbanan itu kadang kala agak payah untuk dilakukan tetapi kita harus redha dan lontar jauh segala prasangka yang berlegar di minda. Usah menantikan balasan dalam sekelip mata, kerana keikhlasan adalah kunci setiap pengorbanan. Yang nyata, keindahan sesebuah pengorbanan itu akan kita nikmati jua akhirnya.. Mungkin bila saat nya tiba tak terungkap dek kata2, hanya air mata bangga atau gembira yang mengiringi.. Ucapkan Alhamdulillah, tanda syukur kepadaNya..

11 November 2010
Den Anak Nogori~
Aidiladha bakal menjelang seminggu lagi, saya dah buat perancangan dengan Lolo nak balik naik keretapi malam with kids. Sure diaorang seronok sebab boleh tido dalam train.(book yang berkatil). Tak sabar nak menikmati rendang, lontong, sayur lodeh masakan mak.. Eeiii.. terasa kat tekak dah nih.. hahaha... Paling utama, saya nak makan nasik lemak pasar dan popia. Nasi lemak tu memang podeh dan popia tu memang superb. Dah merata saya membeli popia, still yang kat PD tu yang paling sedap rasanya. Kalau kat KL, dah beratur orang membeli mcm popia TTDI.
Break jap story pasal popia, saya nak cerita pasal negeri kelahiran saya, Negeri Sembilan. Actually saya tak membesar pun kat sini, setakat darjah satu je. Family berpindah sebab abah kena transfer. Pada tahun 1998 baru la kami berpindah balik ke Port Dickson setelah abah pencen. Tapi kecintaan dan semangat saya terhadap Negeri Sembilan tetap utuh. Saya bukan la peminat bola sepak, tapi baru2 ni final Piala Malaysia, Negeri Sembilan vs Kelantan tetap saya tengok kat tv. Walaupun kalah, saya tetap bagi sokongan yang tak berbelah bahagi. (takat jerit masa time gol).
Setelah pertabalan Yang Dipertuan Besar Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, beberapa perubahan yang dirombak oleh baginda. Tapi yang menarik hati saya untuk share ialah usaha anakanda baginda, YAM Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Mukhriz menggubah dan menyusun semula lagu kebesaran negeri,. 'Berkatlah Yang DiPertuan Besar' . Saya salute dengan inisiatif baginda menggubah lagu ke irama yang lebih sesuai dengan peredaran zaman. Pada pengetahuan saya belum ada anak raja yang melakukan perkara yang sama. (Ampun di pinta, jika ada dan diluar pengetahuan saya)
Baginda masih mengekalkan melodi asal cuma liriknya dirombak sedikit, menggunakan perkataan yang lebih sesuai. Asal lagu kebesaran ini dicipta oleh Pegawai British Sir Andrew Caldecott, yang merupakan Pegawai Daerah Jelebu manakala liriknya di tulis oleh Tunku Zakaria Mambang dan diperkenankan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mohammad pada tahun 1911.
Setelah 99 tahun lagu kebesaran ini diberi nafas baru oleh baginda Tunku Zain Al-Abidin. Baginda mendapat ilham untuk menggubah dan menyusun lagu kebesaran ini semasa berada di luar negara. Saya sempat menyaksikan Discovery Channel semasa pertabalan YAM Tuanku Mukriz. Ketiga2 anak baginda turun padang dalam memastikan segala persediaan berjalan lancar. Anakanda yang sulung, YAM Tunku Ali Redaudin bertugas memastikan persediaan makanan tetamu dan tatacara menghidang dilakukan mengikut adat dan tertib diRaja. Segala susunan harus terperinci kerana majlis tersebut dihadiri oleh tetamu terhormat dari serata dunia. Anakanda kedua, YAM Tunku Zain Al-Abidin pula bersemangat melatih para pemuzik dalam mengalunkan lagu2 kebesaran dengan sempurna. Pada majlis tersebut juga lagu kebesaran susunan baru telah diperdengarkan. Semestinya, baginda mahu yang terbaik..
Sebagai rakyat biasa, saya bangga melihat kesungguhan anakanda Tuanku Mukhriz bersama2 membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat jelata. Walaupun tidak banyak yang saya tahu, tapi sebagai Pembesar Negeri baginda telah menjalankan kewajibannya sebaik mungkin dalam masa yang singkat. Harapan saya agar banyak lagi pembaharuan yang beginda bawa untuk kebaikan rakyat jelata..
'Berkatlah Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan'
Berkatlah yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
Kurnia sihat dan makmur,
Kasihi rakyat lanjutkan umur,
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa,
Berkatlah yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DI AMPUN.
Salam Cinta~

09 November 2010
Konsert Oh Konsert!!
Sessi persekolahan 2010 hampir tamat lagi seminggu. Anak2 pun sibuk dengan exam, pemulangan & penggantian buku text (tak sah tak hilang buku!) dan konsert akhir tahun.. Disebabkan kami baru berpindah ke sini so anak2 masih kekok nak menyesuaikan diri, especially dari segi bahasa dan makanan... Letih jugak bila tiap2 hari ada je word yang saya kena explain dalam bahasa melayu biasa. Tapi forsure, budak2 cepat observed persekitaran baru.. Cuma kene bagi masa je..
Dalam kekalutan saya mengurus dan melayan karenah anak2 nie, anak ketiga, DADA pulak choosen by cikgu untuk perform masa konsert. Dia memang jenis berani kat atas stage, and she's a good dancer too... kalau kat umah, berjoget aje kejenya.. Bagi la lagu ape pun, janji goyang! Dia kena lead (kunun cam penyanyi utama) her group menyanyi dan menari lagu Justin Bieber 'Baby'... Dah 2 minggu lagu ni berputar2 dalam kepala saya.. ishh ishh.. So kena la jadi pemerhati tetap sebab dia nak saya tambah tolak apa yang perlu.... Saya cuma polish bagi smooth, the rest dia create sendiri.. Bangga jugak tengok Dada terlentok liuk dengan penuh perasaan.. She is gifted with the talent.. Alhamdulillah..
Anak yang sulung pun macam tu, perform menari jugak, tapi cikgu dah bagi steps.. so, saya jadi pemerhati je la.. Yang no 2 buat fesyen show. Habih dia punggah baju dalam almari nak cari baju yang lain dari yang lain. Lepas jeans, dress, tukar pulak pakai hip hop, tu pun tak puas hati lagi . Last skali cikgu tetapkan tema, Pakaian Tradisional.. Cari pulak baju kurung, tak kena jugak.. At last lepas saya pening tgk bilik yang dah bersepah dengan baju yang dia punggah, saya bagi baju kurung moden raya tahun lepas. Puji2 sikit kata sesuai dengan dia, baru dia akur. Dia memang cerewet, everything must be perfect. Pedih telinga dengar dia membebel kalau benda yang dia nak tu tak kena pada citarasa. Bukan soal murah atau mahal, tapi dia nak yang perfect pada mata dia. Walaupun barang tu harga RM2, kalau ngam kat mata dia okey je.
So, saya harap masa konsert ni berlansung my girls akan perform yang terbaik. Saya tak dapat hadir kerana ini konsert tertutup, so parents tak leh nak tengok. Sebagai ibu saya sentiasa menberikan sokongan dan galakkan. Asalkan mereka gembira dan enjoy. Yang paling penting mereka akan cipta kenangan baru dalam hidup. Which is, kenangan ni akan tersemat dalam memori dan asalkan mereka sedar bahawa setiap memori yang mereka ada, disitu lah adanya 'mommy'..
Memetik kata-kata pengarang buku, Mitch Albom 'When you look into your mother's eyes, you know that is the purest love you can find in this earth'... Semoga anak2 saya sentiasa nampak dan sedar akan 'pancaran kasih' dimata saya kerana sampai saatnya nanti nafas ini akan terhenti dan 'mata' ini akan tertutup untuk selama- lamanya.... Yang tinggal hanyalah memori yang saya cipta bersama mereka, dan 'ada'nya saya dalam setiap diri mereka..

08 November 2010
Hari Suram Geram...
Seawal pagi saya dapat khabar sedih, seorang kawan yang berada di rumah lama meninggal dunia. Ijal namannya, masih muda dan baik orangnya..lebih kurang sebaya.. Meninggal kerana kanser hati. Terkejut dengar khabar itu sebab setahu saya beliau sentiasa sihat dan cergas.. Terbayang wajah isteri dan anak arwah yang masih kecil. Arwah seorang yang ringan tulang dan jujur orangnya. Bila free, selalu la dia datang lepak kat bengkel kami dan tolong apa yang boleh. Nak tambah ilmu katanya..Al-fatihah untuk arwah, semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 yang soleh. Amin.
Sedang saya termangu2 dengan berita kematian arwah, kawan saya, G pulak mengadu, yang telah ditipu hidup2 oleh kenalan dari salah satu laman sosial.. Setelah 2 kali bertemu dan mungkin sudah nak start bunga2 cinta si polan tu pulak buat hal. Lately ni bila G ajak jumpa si polan kerap mengelak. Outstation manjang, tapi dia lupa yang dia pernah add G menjadi followernya di Twitter. Semalam tergerak hati G nak update status twitternya terkejut tgk status si polan ada di salah satu kelab malam yang famous di KL. Padahal dia bagitahu yang outstation ke Kelantan.. hahhahaha... sudah kantoi laa.. Saya nasihat G agar lupakan je la si polan tu. Lagipun usia perkenalan baru sangat, so cepat2 la buang rasa2 yang baru nak bercambah tu.. G takkan rugi ape pun. That guy not worth to be with, dear...moga2 G berjaya melawan 'rasa' hatinya.
Hari ni pulak saya geram dengan perangai anak2 yang make my blood go upstair!.. Si Adam dok swim dengan air softlan dalam mesin basuh (semi auto). Dah harum dan selembut sutera. Dalam diam2 dia buat kerja, nasib baik air tu tinggal sikit dan plug saya dah off. Dia memang excited tgk air tu memusing baju. Rase nak tersembul bijik mata tgk dia tadi. My girls pulak dengan loklak nya arini. GgRr!!.. tak terkata apa. Appointment saya nak berurut pulak tak jadi, dah half way baru saya diberitahu yang makcik tu takde rumah.. Alahai.. geram betul, padahal pagi tadi dah buat comfirmation yang saya akan datang... Layan pulak radio SuriaFM, topik arini GERAM...
Saya terpikir, adakah saya telah diejek oleh sang 'hari'? Tengok pulak status kawan2 di laman FB, ada beberapa orang yang update status 'my bad day'.. Rupanya, bukan saya sorang sahaja yang bengang dan geram, ada juga orang lain yang se'rasa' cuma berbeza situasi.
Saya selalu jugak bertanya dan mencari info cara2 untuk redakan marah, stress, geram atau bengang ni.. Banyak cara sebenarnya, tapi saya suka yang simple dan praktikal..
Ni antara yang saya selalu buat :-
Semoga hari esok akan lebih baik dan harap2 saya masih berpeluang menghelakan nafas dan menikmati kehidupan walau apa juga 'rasa'nya...

- Beristiqfar sebanyak 3 kali or sebanyak mungkin ( ni marah yang level maximum)
- Berdiam diri ( try)
- Jauhkan diri dari orang yang kita bengang/marah tu (sementara nak cool down)
- Mandi dengan membasahkan rambut (kasi cool amarah tu)
- Berwudhu dan bersolat (untuk mengelakkan syaitan terus menghasut kita dengan api kemarahan)
- Tidur walaupun sekejap (kalau boleh)
Semoga hari esok akan lebih baik dan harap2 saya masih berpeluang menghelakan nafas dan menikmati kehidupan walau apa juga 'rasa'nya...
SALAM CINTA~
Subscribe to:
Posts (Atom)