01 March 2011

ADA RASA YANG DIDUGA

Kebelakangan ini saya di hujani dugaan telah  yang agak berat. Saya mengatakan begitu kerana ia telah mempengaruhi keseluruhan emosi saya. Walaupun puas saya menadah tangan berdoa dan mengadu pada Yang Maha Esa, tetapi saya gagal untuk membuang rasa yang melingkari hati dan perasaan saya. Saya cuma mampu bertenang dan memujuk hati tetapi bila 'rasa2' itu datang menyerang emosi gagal dikawal. Ia telah merubah diri saya hampir 50% dari yang sebenar. Memang pedih dan sakit saya rasakan tetapi saya akur kerana ia telah tertulis dan merupakan salah satu warna2 didalam hidup saya.

Disini saya mengakui saya sebagai insan yang sangat kerdil dan lemah. Baru Allah menduga dari segi perasaan, saya dah mengalah dan tunduk kepada kesedihan. Saya tidak menyalahkan nasib atau takdir tetapi saya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu untuk berdiri teguh dan sekaligus menjadi kuat untuk melawan perasaan. Sebagai manusia dan nyatanya saya adalah insan yang bergelar perempuan air mata adalah  teman setia dikala ini. Tanpa sedar ia akan mengalir tanpa saya kehendaki. Acapkali saya bertanya KENAPA  kepadaNya tetapi jawapan itu mustahil saya perolehi. Saya hanya mampu berdoa dan meminta padaNya agar lontarkan segala kekusutan ini secepat mungkin dan berilah petunjuk yang terbaik untuk saya menanganinya.

Setiap manusia ada perasaan halusnya. Contoh seperti kita lihat dikaca TV, seorang gangster mampu membunuh sesiapa yang dia suka, tetapi dia takkan membiarkan sesiapa menggangu keluarganya, samada ibu bapa, isteri ataupun anak2. Jika terlorek walaupun sedikit, pasti membuak amarahnya dan berlaku lah pertumpahan darah. Itu adalah lakonan, tetapi manusia biasa seperti kita yang hidup dialam nyata? Apakah yang seharusnya kita lakukan? Berdiam diri dan menangisi nasib? Menyalahkan takdir? Paling tidak kita hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan secara maksima. Tetapi kekuatan melawan perasaan itu sebenarnya didalam diri kita sendiri. Sebab kita yang menentukan arah dan lorong hidup kita sendiri. Mungkin ianya terjadi sebagai ingatan untuk kita menyedari kekurangan yang ada pada diri kita, jadi dengan hadirnya dugaan tersebut mungkin menjadi titik tolak untuk kita bangkit sambil lebih mengenali siapa diri kita yang sebenar sekaligus  membentuk kita menjadi insan yang lebih sempurna

Seperti yang saya rasakan, kecelaruan dalam membuat  keputusan adalah sesuatu yang sangat sukar pada ketika ini. Saya dibuai dengan kesedihan dan dilagukan dengan perasaan kecewa. Tetapi dalam pada itu saya juga harus berusaha untuk bangun dan  sedar yang saya harus kuat dan tabah. Kekuatan  itulah yang belum saya perolehi pada masa ini walaupun sehabis daya saya saya cuba untuk membina kembali semangat yang hilang. Saya sedar saya tidak harus hanyut melayan segala kekusutan ini, tetapi pedih di hati sangat dalam dan saya akui saya KALAH dalam merawat hati..ASTAGFIRULLAHALAZIM...

Saya mohon agar diberi petunjuk  dan jalan terbaik untuk mencari konklusi dan meredakan kekecewaan saya. Terus terang saya katakan tersangatlah letih untuk berada dalam segala 'rasa' ini. Banyak hati yang perlu dijaga dan dalam ketidakstabilan emosi ini  saya terlalai menjalankan tanggungjawab itu.

Semoga segala kekusutan ini dapat dileraikan dengan sempurna. Saya akur dengan dugaan rasa ini, dan berharap ianya akan berakhir dan melayang dari hati saya seperti angin lalu. Saya akan berusaha untuk mencari diri saya yang telah hilang dan sekaligus untuk menjadi insan yang lebih baik di masa depan   Apapun jua tindakan atau keputusan yang diperolehi saya harap ianya adalah tiupan petunjuk dari Allah swt kerana sesungguhnya dia Maha Mengetahui.



~SALAM CINTA