Teruja saya menonton rancangan Mari Menari semalam... Dengan theme Bollywood dance, para peserta memang bersunguh2 buat persembahan... Bergoyang jugak la badan saya mengikut lagu dan enjoy tengok rancangan tu.. Kagum saya melihat keberanian mereka menari walaupun disorak atau di BOO oleh penonton.. Kadangkala ada juga steps yang salah tapi mereka tetap senyum dan teruskan langkah... Cayalah..
Saya terbayang kalau saya berada di pertandingan seperti itu, menari bersama suami.. Sure tergagap dan kelam kabut. Walaupun masa sekolah dulu saya adalah penari sekolah dan pernah menjadi penari pelapis untuk Kebudayaan Negeri Pahang, tapi itu dah lama berlalu.. Mungkin kegugupan sekarang tak sama sepertimana dulu.. Hahaha.. tak dapat saya bayangkan bagaimana suami mengangkat dan menghayun saya.. Larat ke tidak dia agaknya?.. Yang penting mampukah kami menari dan mengikut steps yang diajar oleh kareografer, dan menghafalnya dalam sekejap masa?.. Kemungkinan besar boleh kot... Cewahh, macam la nak masuk...
In positive way saya tengok rancangan sebegini ada baiknya.. Dapat mencungkil bakat terpendam dalam diri individu tersebut dan sambil mendekatkan diri dengan pasangan.. Reveal back masa2 bercinta tu.. Sure bestkan, kene peluk, kena angkat, happy together masa practice and perform!!.. Kalau si isteri yang kecil molek tu mungkin senang nak diangkat dan ditimang, kena yang tak berapa kecik, mak oiii.... boleh tahan jugak semput bila nak mengangkatnya.. Tapi mungkin ada teknik dan taktik dari kareografer yang berpengalaman. So, boleh steady je masa angkat isteri tercinta...
Bukan senang nak menghafal step tarian sekaligus maintainkan ekspressi muka. Tambahan jika perform live macam tu dan kita takde pengalaman sebelumnya. Ibarat belajar ABC.. Tapi pihak astro dah sediakan kareografer berpengalaman untuk mengajar dan membantu mereka dari segi fizikal dan mental. Bagi saya bertuah sungguh para peserta ini dapat menimba ilmu dari para kareografer yang profesional dan berpengalaman, so kene la bersungguh2 dan serius dalam mendalami ilmu yang di ajar itu. Peluang hanya datang sekali dan harus direbut secara maksimum. Jika kita sendiri yang nak membayar khidmat nasihat mereka, cuba bayangkan berapa kadar upah yang kita harus keluarkan.
Sebenarnya apa juga pekerjaan haruslah dilakukan dengan bersungguh2 samada minat atau tidak. Jika dilakukan dengan hati yang lapang, kemungkinan minat tu akan datang kemudian seterusnya akan menjadi punca rezeki di masa depan.. Who knows?.. Dalam rancangan Mari Menari ni, mungkin salah seorang dari pasangan yang minat menari, atas dasar 'cinta' pasangannya menurut jugak masuk pertandingan tersebut walaupun 'langkahnya kayu'..Di atas nasihat dan kehandalan pihak pengajar, rasa suka dan minat tu bercambah sehari2.. Saya perasan, pihak juri ada menyatakan yang si polan ni langkah dan hayunannya dah makin baik dari minggu ke minggu.. Tu semua atas usaha, latihan, dan minat yang dah berputik dihati.. Mana tahu, rezeki berpihak kepada mereka dan bakal bergelar juara sekaligus membawa pulang hadiah2 yang lumayan itu.. Kan tuah manusia itu tak siapa yang tahu....
Saya tertanya pada diri sendiri, mampukah saya mengawal gerak langkah dan emosi jika berada di tempat para peserta itu? Bagaimana jika di BOO? ataupun di sorak?.. Rasanya belum cukup yakin saya nak menghadapi perkara2 tersebut. Macam2 yang bermain di minda, tu belum masuk lagi.. hahaha..
Apapun saya mengucapkan syabas dan semoga berjaya kepada peserta2 Mari Menari. Tahniah kerana anda berani mencuba dan berjaya mengenepikan rasa malu di dalam diri. Bukan mudah tetapi anda semua sudah melakukannya. Kalah menang jangan dibicarakan kerana itu adalah rezeki dan nasib, yang penting ilmu dan pengalaman yang anda kutip dan masukkan ke dalam diari kehidupan. Pasti manis kan, dan pastinya ia hanya datang sekali seumur hidup dan takkan ada ulang tayangnya... Abadikan lah pengalaman itu dengan penuh kemanisan walaupun ada pahit yang melingkar...
SALAM CINTA~
Showing posts with label Ceritaceriti. Show all posts

28 November 2010
22 November 2010
Manis-Manis Masam
Beberapa hari lalu saya terbaca mengenai statistik penceraian di Malaysia, banyak terjadi diantara 3-10 tahun usia perkahwinan. Kajian menyeluruh akan dibuat oleh pihak berkenaan untuk mengetahui apakah punca utama terjadinya kes2 penceraian tersebut. Pelbagai faktor yang harus dinilai dan di ambil kira. Perkara ini sedikit sebanyak merendahkan pandangan masyarakat terhadap institusi perkahwinan dan akan ramai lah yang mengambil mudah dalam memahami konsep perkahwinan.
Cuba kita imbas zaman bercinta, bagaimana kita sering terindu-rindu, ternanti-nanti call, sering memberikan yang terbaik dalam apa juga hal misalnya, beri bunga yang paling cantik dan wangi, hadiahkan coklat yang paling mahal (dalam kedai tu), belikan perfume yang paling latest, kalau belikan baju sure yang paling up to date.. Cakap berdua pun suara takat keluar yang merdu2 je, ada kes sampai tak terkeluar suara pun ada, punyalah nak jaga hati kekasih. Pendek kata memang manis dan indah je. Tu belum masuk bab tuju2 lagu kat radio, bukan main bebunga hati dan jiwa bila si dia siap inform nama manja dan ucapan rindu sayang. Kira2 lagu cinta tu dengar sampai pecah gegendang telinga pun takpe.. Feel tu penting.. hahahaha....
Di awal perkhawinan pun begitu juga, masih terasa lagi kemanisan bercinta. Tambah pulak kenangan berbulan madu. Time ni jugak kita masih dalam proses nak mengenali pasangan dengan lebih mendalam. Sifat malu2 kucing tu masih ada. Bini masak nasik lembik pun makan dengan redha, suami badan berbau pun peluk walaupun hampir biru muka menahan nafas... Sampai nak kentut pun control2 takut terlepas bunyi 'bom jangka'.. Semua kekurangan tu kita terima secara perlahan2 sampailah satu tahap dimana kita dah
immune dengan pelbagai bunyi, bau dan rasa..
Sekitar tahun ke 3 perkahwinan, sifat sebenar kita yang kita cuba 'kontrol' tu dah muncul secara 'ansuran'. Dari suara yang lemak merdu dah kurang lemaknya, kalau dulu sehari 10kali call, dah kurang 5 kali je. Bunga pun dah jarang-jarang di terima. Tambah lagi dengan kehadiran cahaya mata yang pertama, segala perhatian dan kepentingan tertumpu pada si kecil. Sampai montel pipi si kecil dicium berkali2 sehari, pipi isteri hanya sekali, itupun sebelum tido ataupun masa nak salam pergi pejabat. Kalau dulu sebelum tido bukan main semerbak harum dek perfume, pada tahap ni tak tersembur perfume, dapat bantal terus terlena.. Kadang2 tertido dengan baju2 kerja sekali... Komunikasi hanya memalui sms, tu pun yang ringkas dan padat. Ada yang save ayat, sebab ayat tu je yang diulang hari2...
Tahun 5-10 adalah kemuncaknya. Dimana ada yang dah start boring dengan rutin harian. Dah boring dengan leteran dan hiruk pikuk si anak2.. Hati melonjak2 nak bebas, nak ulang keseronokkan masa bujang, mata pun dah mula melirik pada si gadis genit dan gedik.. Yang si isteri pun dah bosan tengok perut laki yang makin memboroi. Tiada lagi kata sayang ataupun pujian. Tiada lagi jambangan bunga ataupun kad cinta. Sapaan dan panggilan manja makin jauh kedengaran.. Apa yang kerap dikongsi adalah masalah pejabat, masalah keluarga, kewangan yang tidak pernah cukup dan pendek kata problem, problem,problem!!! Balik kerja atau overtime, terus melingkar didepan tv ataupun terlena sambil tangan diatas dahi..
Adakah ini rutin kehidupan suami isteri yang bakal kita lalui? Apakah corak dan rasanya sama untuk setiap pasangan? Kenapakah yang manis itu tak dikekalkan rasanya sampai ke akhir hayat? Mengapakah harus ada masam masin dan pahit? Mungkin inilah yang dikatakan asam garam rumahtangga, tetapi adakah kita mampu menyatukan asam garam ini di dalam kuali dan akhirnya menghasilkan sejenis lauk yang perfect perisanya? Semuanya adalah bergantung pada hati dan diri kita sendiri. Kita yang mencorakkan zahir dan batin perkahwinan itu, so segala kunci kebahagian mahupun kegagalan adalah di hati kita. Seperti yang biasa kita dengar "it takes two to tango"...
Tidak lari seseorang itu dari membuat kekhilafan, samada suami atau isteri. Mohon la kemaafan dengan hati yan tulus dan jujur. Lontarkan lah sikap keegoan yang membukit didalam diri sejauh mungkin.. Saya akui kadang2 adalah sangat sukar untuk meminta maaf atau menerima maaf selepas hati kita dia sakiti. Tetapi, adakah kita cukup sempurna untuk mempertahankan keegoan kita dalam meminta dan menerima kemaafan..
Tambahan setelah kita hidup sebagai suami isteri bertahun2 lamanya. Banyak yang telah dikongsi dan dilalui bersama. Ada ketika kita harus 'tutup sebelah mata' dengan kekurangan si dia dan kita bersama memperbaiki diri masing2 pada masa akan datang. Ibarat memakan ubat, walaupun ubat tu pahit, demi nak sihat kita makan jugak. Jadi cari la 'ubat' untuk menyembuhkan perhubungan kita, disamping doa berterusan agar terpelihara ikatan perkahwinan sampai saat 'terpejam mata'..
Cari cara untuk refresh back feeling kita yang dah suram tu.. Mungkin cara masa bercinta dah kurang sesuai, so find something interesting and matured. Rancanglah honeymoon kedua, tak semestinya ke luar negara.. Cukup sekadar anda dapat berdua-duaan tanpa gangguan. Pasti lebih menarik kerana masing dah tak perlu malu2 kucing lagi... Menonton wayang, candle light dinner, memancing, panjat gunung, dan banyak lagi cara untuk kita have fun bersama. Aktiviti yang agak gila-gila pun best jugak untuk dicuba..Jangan bangkitkan isu 'kewangan' dalam pada menikmati 'masa emas' itu, ia akan membunuh segala 'rasa' yang ada. Sebaiknya buat perancangan bersesuaian dengan kemampuan kita. Yang penting kita enjoy!!
Banyak perkara yang harus di ambil kira sebelum membina sesebuah perkahwinan. Lengkapkan la diri kita dengan ilmu di dada. Ia bukan semudah mengungkapkan kata 'bersama selamanya' kerana banyak celah, lorong dan jalan rosak yang akan kita tempuh semasa dalam perjalanan ke destinasi kebahagiaan.. Pastikan anda memiliki lesen dan mampu memandu kenderaan tersebut melalui celah, lorong dan jalan rosak sepanjang perjalananan. Berhati-hati ketika memotong dan mencilok, jika terlajak jangan lupa yang anda perlu reverse yea.. Semoga anda selamat sampai ke destinasi cinta yang diimpikan.. Nikmatilah perjalanan anda walaupun ia mengambil masa 20,30 ataupun 50 tahun untuk sampai...

13 November 2010
Menilai Erti Persahabatan
Dari minggu lepas, anak sulung saya Latisha @ Lala sibuk tanya jadual cuti sekolah. Kelam kabut je saya tengok. Rupa-rupanya bestfriend nya, Aishah yang telah berpindah ke Rusia pulang bercuti bersama keluarganya. So they plan for meet up la... Kebetulan masa kami pindah ke sini Lala tak dapat berjumpa Aishah, they just update each other at Facebook. Agaknya rindu sangat la tu. Mereka berkawan since dari kindigarden terus ke sekolah rendah. Kadang2 markah exam pun lebih kurang sama je, rendah Lala, rendah la Aishah, tinggi Lala, tinggi la Aishah.. Saya pernah tanya jugak, tiru ke masa exam????.... asyik markah sama je... hehehe...
So semalam, datang la Aishah ke rumah kami, sebab kebetulan kampung ibunya berdekatan dengan rumah saya. Ibunya bagi kebenaran sleep over for one night. Wahh... tak keluar bilik, bersembang sampai tak makan, tak tgk tv, tak keluar main.. Punya la excited, and dah tentu saya faham perasaan Lala bila dapat bertemu Aishah. Macam2 la cerita yang saya dengar, start dari kawan2 kat sana, aktiviti, sekolah, sampai last sekali saya dengar bab cerita hantu pun ada... Terjerit terlolong dalam bilik tu... Saya biarkan je, let them enjoy their time together. Petang tadi pulak Aishah and family bawak Lala tengok wayang. Bukan main happy lagi Lala, balik tadi senyum lebar...
Saya pun pernah mengalami perasaan yang sama seperti yang Lala alami sekarang. Kawan baik saya tiba2 lost contact lepas 3 tahun baru kami dapa berhubung balik. Tapi since masing2 sibuk mengurus kehidupan, kami jarang berjumpa tapi still update each other. Kalau dapat peluang berjumpa tu, bukan main lagi, sembang tak ingat dunia.. Tapi yang membuatkan kami bertahan selama 20 tahun sebagai bestfriend adalah sikap percaya dan menerima terhadap satu sama lain. Saya tak nafikan sepanjang tempoh 20tahun tu samada saya atau dia ada berjumpa dengan orang lain yang boleh bergelar sahabat, tapi dia tetap ada tempat tersendiri dihati saya sebagai sahabat baik begitu la sebaliknya. Dia juga tempat saya minta nasihat, meluahkan perasaan suka, duka, marah ataupun tension. Bila saya membebel dia akan diam sampai la waktu dia bercakap saya pula akan diam. Bestfriend saya ni maintain 'cool' walau pun hidupnya penuh gelora.
Jika dikalangan keluarga pula, saya rapat dengan adik. memandangkan jarak usia kami hanya selang 2 tahun. Since dari kecik kami memang close dan berkongsi apa sahaja cerita ataupun masalah. Keakraban ini masih sampai sekarang walaupun masing2 dah ada keluarga. Sampai suaminya sering bertanya, "apa yang you sembang ngan kakak you tu? hari2 call pun tak abih cerita jugak..." hahahahhaa.....
Bukan saya nak menafikan kebaikkan sahabat2 yang lain, cuma saya menilai erti persahabatan tu dengan persepsi saya sendiri.. Setiap seorang dari mereka ada kelebihan tersendiri so, saya meletakkan mereka di ruang2 yang special dalam hati saya. Maybe sikap saya yang agak terbuka dan simple ini membuatkan mereka selesa untuk berkongsi apa jua story. Pernah kami cancellkan satu perjumpaan yang dah di plan sekian lama kerana saya tak dapat hadir kebetulan ada kecemasan di kampung. Dengan alasan, kalau saya takde, polan tu tak reti nak sembang apa dengan polan ni, lain jika saya ada, saya akan bercakap dengan semua orang so secara tak lansung, mereka akan berinteraksi secara spontan.. Macam2..
Jelasnya saya sangat sayang dan care terhadap sahabat2 saya ni semua tak kira apa jua condition mereka.. Kaya, miskin, gemuk, kurus hanya fizikal luaran yang harus di tolak tepi. Keikhlasan kita menerima mereka dan sentiasa ada disaat mereka memerlukan yang penting. Dan kunci utama sesebuah persahabatan adalah kita menerima mereka as she/he is..Mungkin faktor kehidupan yang sibuk membuatkan kita kurang berinteraksi satu sama lain tapi dengan adanya laman2 sosial yang ada di internet, sekurang-kurangnya kita dapat update situasi mereka yang terbaru samada suka mahupun duka. Paling tidak just to say hye dan bertanya khabar. Mudah kan... Saya tak dapat bayangkan jika satu hari nanti saya akan kehilangan sahabat2 saya ini, kerana ajal maut telah ditentukan. Saya hanya mampu berdoa agar sahabat2 saya ini panjang umur dan sentiasa dalam peliharaan Allah swt. Doa itu lebih baik dari longgokkan wang segunung.. Insyaallah..
Memetik kata2 pengarang buku, "Death ends life, but not a relationship"....
Dan sahabat sejati sepanjang hayat saya adalah suami tersayang.. Terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat selama 12 tahun dan sabar dengan perangai saya yang unpredictable (ni ayat dia). Walaupun kadang2 dia terlepas pandang dan tak update dengan keadaan semasa, saya tutup mata jer laa... heheheh..
Kebahagiaan dan anak2 adalah kurniaan terbesar yang dia berikan kepada saya..
Thanks again, and love you
.
Cipta dan carilah sahabat baru setiap hari kerana ia dituntut dalam agama. Tak salah berbuat baik sesama manusia, walaupun mereka hanya kenalan biasa mana tahu mungkin ada doa yang mereka titipkan secara tak lansung untuk kita sekali. Alhamdulillah.
Jadi, dimanakah anda meletakkan nilai persahabatan? Ukur, timbanglah dan letakkan di paras yang anda mahu samada yang paling atas, pertengahan ataupun yang paling bawah.. Nilai lah dari sudut hati yang paling dalam semoga pilihan anda tepat..
SALAM SAHABAT~

06 November 2010
Best of 80an & 90an
Semalam saya melayan radio Suria fm. Dj Linda Onn menemuramah Dato Shah Rezza sempena MIFF Festival yang akan berlansung di JWW Marriot pada 17November ini.. Dato telah menjemput artis2 yag seangakatan pada zamanya untuk permon pada malam tersebut. Teruja saya apabila Linda memutarkan lagu 'Kerinduan' dendangan Razis Ismail.. Lama saya tak dengar lagu ni,eventhough lagu ni top masa saya masih kecil tapi saya still ingat dan suka.
So saya nak share pasal artis dan lagu2 dari zaman 80an & 90an. Pada masa itu,org yang banyak mempengaruhi saya dalam melayan lagu2ni adalah kakak sulung saya. Setiap lagu yang meletup masa tu dia akan menyanyi dan ajar kami (saya &adik). Saya masih ingat lagu pertama yang saya tulis lirik dan hafal ialah lagu Kumpulan Pelangi (A.Ali&John Goh) lagu bertajuk 'Lukisan Wajah Cinta'..tak silap tahun 1986.. Satu lagi lagu top kumpulan ni ialah 'Biarku Menjadi Lilin'.. Then masa tu antara artis popular terdiri daripada Siti Fairuz,FranciscaPeter, Razis Ismail, Ramlah Ram, Norkumalasari,Allahyarham Sudirman,Dato Khatijah Ibrahim, kumpulan Alleycats,Jamal Abdillah,Rahimah Rahim,Zaiton Sameon dan banyak lagi.. ni antara artis yang saya ingat kehadiran mereka dalam industri seni pada zaman tu..
Ramlah Ram dan Zaiton Sameon boleh dikatakan sebagai yang paling top. Lagu 'Kau Kunci Hatiku Dalam HatiMu telah berjaya menjadi lagu terbaik Juara Lagu 1988. Zaiton Sameon pula dengan lagu Menaruh Harapan dan Kabut Serangkai Mawar..(lagu favourite ).. Terbayang Zaiton pakai mini dress dengan rambut panjang menggerbang.. Seksi giler...:D.. Kira-kira masa tu kalau cikgu tanya saya apa ambition besar nanti, saya jawab nak jadi Ramlah Ram..hehehhe... punya la fanatik! Tak dinafikan bila saya dengar lagu dari artis2 80an ni,memang meremang bulu roma.. Bukan ape, its a bit nostalgic to me. Anyway, saya nak ucapkan thank you LOLO! (kakak sulung saya)
Then menular pulak zaman rock kapak. Jiwang karat abih dan memang best.Antara kumpulan yang top, Search, Wings,BumiPutraRockers,Lefthanded,May,Medicine,Bloodsheed,HeavyMachine,Gersang, U-thopia, Sweetcharity, DRyhadh,Crossfire, Desire,Febian dan banyak lagi....Powernya lagu2 rock kapak ni, semua bertanding di Juara Lagu. Ynag masih saya ingat, BPR dgn lagu 'Keunggulan Cinta', Wings dengan Sejati (awie rambut rasta) Search dgn Isabella. Ayai dari kumpulan Ilusi pakai jaket ala2 Inpector Gadget. May dengan lagu Sendiri, suara Mus memang maintain dari dulu sampai sekarang.. dan saya percaya lagu2 ni antara pilihan popular kat karaoke.. hehheh...
Tak tahu apa rahsia komposer2 masa tu hingga mampu melahirkan lagu yang boleh dikategorikan sebagai berhantu &evergreen..Mungkin ini yang dikatakan MAGIS!! Cukup rasa liok lentoknya, pilihan penyanyi yang tepat dan mampu mengalunkan lagu dengan penuh perasaan dan penghayatan. Sampai ke hari ni,bila dalam kereta, tetiba DJ putarkan lagu2 ni, saya ataupun suami akan diam dan layannn....Mungkin masing2 ada nostalgia tersendiri, so layan feeling laa... hehehhe...
Naik ke area 90an, oowhh..ni zaman remaja saya..(dah pandai time ni)..Ekamatra, Exist,Damasutra, Hattan, Aris Ariwatan,Fotograf,Iklim,Massa, To'ki, Yantzen, Roy, Rahim Maarof, Fauziah Latiff,Ella,Shima, Aishah,Spring, CRK, Wings pun masih belum hilang taring time ni. Mega, XPDC, Blackrose, Terra Rossa, Kris... kalau nak ikut berjela list blog ni nanti..heheh.. Tanyalah sapa yang tak tahu lagu Suci Dalam Debu dan Gerhana Cinta Luka nyanyian suara emas Saleem Iklim.. Album ni meletup letap di seluruh negara dan di pasarkan ke Indonesia jugak.. Memang hebat penangan Iklim pada masa tu..KRU, Feminin, Msteen berjaya memperkenalkan genre baru di arena seni. Jadi kegilaan para teenagers termasuk la saya dan kawan2.. Di pertengahan 90an, tak lain tak bukan, Diva Negara, Dato Siti Nurhaliza pula berjaya mencipta auranya tersendiri.. Ella pun berjaya mengembalikan popularitinya dengan album ELLA USA..album ni memang superb! Begitu juga dengan kumpulan Ukays dengan lagu 'Disana Menanti Disini Menunggu'...pun lagu ni mendapat hati para pendengar .
Pada time ni jugak lagu rock kapak bersaing hebat dengan rock leleh..Komposer lagu leleh terunggul sampai ke hari ni, Eddie Hamid berjaya melahirkan beberapa kumpulan.Antara yang saya ingat, Olan,Gamma,Dinamik, New Boyz, Spin, Scoin. Honestly, saya memang anti lagu rock leleh time tu, tapi nowdays kalau dengar lagu leleh kat radio, boleh je layaannn....dalam pada tak suka tu boleh nyanyi lagi....
Apa2 pun sebenarnya apa saje genre muzik semuanya ok..Macam kata orang 'seni itu indah' saya rasa ada kebenaranya.. Yang membuatkan kita rasa suka adalah kerana 'nostalgia' yang kita imbas pada masa tu.. Samada manis, masam ataupun pahit tetap ada penanganya sendiri....So, kita ENJOY!!!
Salam Cinta~
So saya nak share pasal artis dan lagu2 dari zaman 80an & 90an. Pada masa itu,org yang banyak mempengaruhi saya dalam melayan lagu2ni adalah kakak sulung saya. Setiap lagu yang meletup masa tu dia akan menyanyi dan ajar kami (saya &adik). Saya masih ingat lagu pertama yang saya tulis lirik dan hafal ialah lagu Kumpulan Pelangi (A.Ali&John Goh) lagu bertajuk 'Lukisan Wajah Cinta'..tak silap tahun 1986.. Satu lagi lagu top kumpulan ni ialah 'Biarku Menjadi Lilin'.. Then masa tu antara artis popular terdiri daripada Siti Fairuz,FranciscaPeter, Razis Ismail, Ramlah Ram, Norkumalasari,Allahyarham Sudirman,Dato Khatijah Ibrahim, kumpulan Alleycats,Jamal Abdillah,Rahimah Rahim,Zaiton Sameon dan banyak lagi.. ni antara artis yang saya ingat kehadiran mereka dalam industri seni pada zaman tu..
Ramlah Ram dan Zaiton Sameon boleh dikatakan sebagai yang paling top. Lagu 'Kau Kunci Hatiku Dalam HatiMu telah berjaya menjadi lagu terbaik Juara Lagu 1988. Zaiton Sameon pula dengan lagu Menaruh Harapan dan Kabut Serangkai Mawar..(lagu favourite ).. Terbayang Zaiton pakai mini dress dengan rambut panjang menggerbang.. Seksi giler...:D.. Kira-kira masa tu kalau cikgu tanya saya apa ambition besar nanti, saya jawab nak jadi Ramlah Ram..hehehhe... punya la fanatik! Tak dinafikan bila saya dengar lagu dari artis2 80an ni,memang meremang bulu roma.. Bukan ape, its a bit nostalgic to me. Anyway, saya nak ucapkan thank you LOLO! (kakak sulung saya)
Then menular pulak zaman rock kapak. Jiwang karat abih dan memang best.Antara kumpulan yang top, Search, Wings,BumiPutraRockers,Lefthanded,May,Medicine,Bloodsheed,HeavyMachine,Gersang, U-thopia, Sweetcharity, DRyhadh,Crossfire, Desire,Febian dan banyak lagi....Powernya lagu2 rock kapak ni, semua bertanding di Juara Lagu. Ynag masih saya ingat, BPR dgn lagu 'Keunggulan Cinta', Wings dengan Sejati (awie rambut rasta) Search dgn Isabella. Ayai dari kumpulan Ilusi pakai jaket ala2 Inpector Gadget. May dengan lagu Sendiri, suara Mus memang maintain dari dulu sampai sekarang.. dan saya percaya lagu2 ni antara pilihan popular kat karaoke.. hehheh...
Tak tahu apa rahsia komposer2 masa tu hingga mampu melahirkan lagu yang boleh dikategorikan sebagai berhantu &evergreen..Mungkin ini yang dikatakan MAGIS!! Cukup rasa liok lentoknya, pilihan penyanyi yang tepat dan mampu mengalunkan lagu dengan penuh perasaan dan penghayatan. Sampai ke hari ni,bila dalam kereta, tetiba DJ putarkan lagu2 ni, saya ataupun suami akan diam dan layannn....Mungkin masing2 ada nostalgia tersendiri, so layan feeling laa... hehehhe...

Pada time ni jugak lagu rock kapak bersaing hebat dengan rock leleh..Komposer lagu leleh terunggul sampai ke hari ni, Eddie Hamid berjaya melahirkan beberapa kumpulan.Antara yang saya ingat, Olan,Gamma,Dinamik, New Boyz, Spin, Scoin. Honestly, saya memang anti lagu rock leleh time tu, tapi nowdays kalau dengar lagu leleh kat radio, boleh je layaannn....dalam pada tak suka tu boleh nyanyi lagi....
Apa2 pun sebenarnya apa saje genre muzik semuanya ok..Macam kata orang 'seni itu indah' saya rasa ada kebenaranya.. Yang membuatkan kita rasa suka adalah kerana 'nostalgia' yang kita imbas pada masa tu.. Samada manis, masam ataupun pahit tetap ada penanganya sendiri....So, kita ENJOY!!!
Salam Cinta~
Subscribe to:
Posts (Atom)