22 November 2010

Manis-Manis Masam

   Beberapa hari lalu  saya terbaca mengenai statistik penceraian di Malaysia, banyak terjadi diantara 3-10 tahun usia perkahwinan. Kajian menyeluruh akan dibuat oleh pihak berkenaan untuk mengetahui apakah punca utama terjadinya kes2 penceraian tersebut. Pelbagai faktor yang harus dinilai dan di ambil kira. Perkara ini sedikit sebanyak  merendahkan  pandangan masyarakat terhadap institusi perkahwinan dan akan ramai lah yang mengambil mudah dalam memahami konsep perkahwinan.


 Cuba kita imbas zaman bercinta, bagaimana kita sering terindu-rindu, ternanti-nanti call, sering memberikan yang terbaik dalam apa juga hal misalnya, beri bunga yang paling cantik dan wangi, hadiahkan coklat yang paling mahal (dalam kedai tu), belikan perfume yang paling latest, kalau belikan baju sure yang paling up to date.. Cakap berdua pun suara takat keluar yang merdu2 je, ada kes sampai tak terkeluar suara pun ada, punyalah nak jaga hati kekasih. Pendek kata memang manis dan indah je. Tu belum masuk bab tuju2 lagu kat radio, bukan main bebunga hati dan jiwa bila si dia siap inform nama manja dan ucapan rindu sayang. Kira2 lagu cinta tu dengar sampai pecah gegendang telinga pun takpe.. Feel tu penting.. hahahaha....


  Di awal perkhawinan pun begitu juga,  masih  terasa lagi kemanisan bercinta. Tambah pulak kenangan berbulan madu. Time ni jugak kita masih dalam proses nak mengenali pasangan dengan lebih mendalam. Sifat malu2 kucing tu masih ada. Bini masak nasik lembik pun makan dengan redha, suami badan  berbau pun peluk walaupun hampir biru muka menahan nafas... Sampai nak kentut pun control2 takut terlepas bunyi 'bom jangka'.. Semua kekurangan tu kita terima secara perlahan2 sampailah satu tahap dimana kita dah
 immune dengan pelbagai bunyi, bau dan rasa..

  Sekitar tahun ke 3 perkahwinan, sifat sebenar kita yang kita cuba 'kontrol' tu dah muncul secara 'ansuran'.  Dari suara yang lemak merdu dah kurang lemaknya, kalau dulu sehari 10kali call, dah kurang 5 kali je. Bunga pun dah  jarang-jarang di terima. Tambah lagi dengan kehadiran cahaya mata yang pertama,  segala perhatian dan kepentingan  tertumpu pada si kecil. Sampai montel pipi si kecil dicium berkali2 sehari, pipi isteri hanya sekali, itupun sebelum tido ataupun masa nak salam pergi pejabat.  Kalau dulu sebelum tido bukan main semerbak harum dek perfume, pada tahap ni tak tersembur perfume, dapat bantal terus terlena.. Kadang2 tertido dengan baju2 kerja sekali... Komunikasi hanya memalui sms, tu pun yang ringkas dan padat.  Ada yang save ayat, sebab ayat tu je yang diulang hari2...

 Tahun 5-10 adalah kemuncaknya.  Dimana ada yang dah start boring dengan rutin harian. Dah boring dengan leteran dan hiruk pikuk si anak2.. Hati melonjak2 nak bebas, nak ulang keseronokkan masa bujang, mata pun dah mula melirik pada si gadis genit dan gedik.. Yang si isteri pun dah bosan tengok perut laki yang makin memboroi. Tiada lagi kata sayang ataupun pujian. Tiada lagi jambangan bunga ataupun kad cinta. Sapaan dan panggilan manja makin jauh kedengaran.. Apa yang kerap dikongsi adalah masalah pejabat, masalah keluarga, kewangan yang tidak pernah cukup dan pendek kata problem, problem,problem!!!  Balik kerja atau overtime, terus melingkar didepan tv ataupun terlena sambil tangan diatas dahi..


Adakah ini rutin kehidupan suami isteri yang bakal kita lalui? Apakah corak dan rasanya sama untuk setiap pasangan? Kenapakah yang manis itu tak dikekalkan rasanya sampai ke akhir hayat? Mengapakah harus ada masam masin dan pahit? Mungkin inilah yang dikatakan asam garam rumahtangga, tetapi adakah kita mampu menyatukan asam garam ini di dalam kuali dan akhirnya menghasilkan sejenis lauk yang perfect perisanya?      Semuanya adalah bergantung pada hati dan diri kita sendiri. Kita yang mencorakkan  zahir dan batin perkahwinan itu, so segala kunci kebahagian mahupun kegagalan adalah di hati kita.  Seperti yang biasa kita dengar  "it takes two to tango"...

Tidak lari seseorang itu dari membuat kekhilafan, samada suami atau isteri. Mohon la kemaafan dengan hati yan tulus dan jujur. Lontarkan lah sikap keegoan yang membukit didalam diri sejauh mungkin.. Saya akui kadang2 adalah sangat sukar untuk meminta maaf atau menerima maaf selepas hati kita dia sakiti. Tetapi, adakah kita cukup sempurna untuk mempertahankan keegoan kita dalam meminta dan menerima kemaafan..
Tambahan setelah kita hidup sebagai suami isteri bertahun2 lamanya. Banyak yang telah dikongsi dan dilalui bersama. Ada ketika kita harus 'tutup sebelah mata'  dengan kekurangan si dia dan kita bersama memperbaiki diri masing2 pada masa akan datang.  Ibarat memakan ubat, walaupun ubat tu pahit, demi nak sihat kita makan jugak.   Jadi cari la 'ubat' untuk menyembuhkan  perhubungan kita, disamping doa berterusan agar terpelihara ikatan perkahwinan sampai saat 'terpejam mata'..


 Cari cara  untuk refresh back feeling kita yang dah suram tu.. Mungkin cara masa bercinta dah kurang sesuai, so find something interesting and matured. Rancanglah honeymoon kedua, tak semestinya ke luar negara.. Cukup sekadar anda dapat berdua-duaan  tanpa gangguan. Pasti lebih menarik kerana masing dah tak perlu malu2 kucing lagi...  Menonton wayang, candle light dinner, memancing, panjat gunung, dan banyak lagi cara untuk kita have fun bersama. Aktiviti yang agak gila-gila pun best jugak untuk dicuba..Jangan bangkitkan isu 'kewangan' dalam pada menikmati 'masa emas' itu, ia akan membunuh segala 'rasa' yang ada. Sebaiknya buat perancangan bersesuaian dengan kemampuan kita. Yang penting kita enjoy!!

  Banyak perkara yang harus di ambil kira sebelum membina sesebuah perkahwinan. Lengkapkan la diri kita dengan ilmu di dada.  Ia bukan semudah mengungkapkan kata 'bersama selamanya' kerana banyak celah, lorong dan jalan rosak yang akan kita tempuh semasa dalam perjalanan ke destinasi kebahagiaan.. Pastikan anda memiliki lesen dan mampu memandu kenderaan tersebut melalui celah, lorong dan jalan rosak sepanjang perjalananan. Berhati-hati ketika memotong dan mencilok, jika terlajak jangan lupa yang anda perlu reverse yea.. Semoga anda selamat sampai ke destinasi cinta yang diimpikan.. Nikmatilah perjalanan anda walaupun ia mengambil masa 20,30 ataupun 50 tahun untuk sampai...


SALAM CINTA~

No comments:

Post a Comment