24 December 2010

Mampukah Kita...

Leka saya bila Nana call dan menceritakan kisah posting nya ke rumah orang2 tua (home).. Nana mengambil jurusan fisioterapi di Masterskill Kolej. Dia menceritakan kisah bagaimana dia dia diludah oleh 'POPO'  yan dah berumur dalam lingkungan 70an..  Bagaimana dia berjaya mengawal emosi dan hanya tersenyum walau dimaki hamun oleh olongan warga emas tersebut. Banyak lagi yang dia kongsikan tetapi yang paling menyentuh hati saya  adalah seorang 'uncle' tua yang rela hati dihantar ke  home tersebut kerana 'kesunyian'.. Tiada isteri dan anak2 menemaninya menghabiskan sisa2 hidupnya.. Anak2 sudah berkeluarga, manakala isterinya dah meninggal beberapa tahun lepas. Oleh kerana beliau  mempunyai pencen, so dia masuk ke home bertujuan ada kawan2 yang boleh berkongsi suka duka sementara masih ada nyawa..

Cerita Nana menyebabkan saya teringat kepada mak dan abah.. Adakah mak dan abah pun merasa perkara yang sama seperti mana uncle tu? Walaupun mereka ada kerja yang  dilalukan, tapi adakah mencukupi menahan kerinduan terhadap anak2? Then saya dapat pulak berita yang ibu mertua sedang bermurung kerana beliau tidak berapa sihat, beliau mengidap penyakit 'urinary incontience' (lost of bladder control). She feel down kerana tidak dapat menguruskan dirinya seperti dulu, which is sekarang ayah mertua saya yang akan menguruskannya bila dia tak larat. Kesian pulak bila ayah mertua call dan mengadu keadaan mak yang tidak mahu makan minum dan bercakap dengan orang. She really depressed.. Suami cuma mampu memujuk dan memberi semangat kepadanya dari jauh. Saya faham mungkin dia tertekan dan merasa kekurangan dengan keadaannya. So just give her time untuk menyesuaikan diri dengan kekurangan itu. Saya dah nasihatkan ayah untuk membawa mak ke hospital untuk rawatan dan mengambil ubat. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya. Saya juga dah bercadang nak balik dan melawat sambil memujuk mak. Insyaallah.

Pernah saya berkongsi pengalaman dengan kawan2 yang menjaga ibu bapa yang sakit. Memang perlu kesabaran yang tinggi dalam melayan dan mengambil hati mereka. Tambahan jika ibu bapa yang kurang semangat untuk melawan penyakitnya. Tak tahan bila dengar rintihan dan esakan tangis mereka apabila penyakitnya menyerang. Luluh hati tuhan yang tahu... Bila ajal menjemput, ada mereka yang merasa lega, bukan kerana dah lepas beban, tetapi dah tak sanggup melihat ibu bapa yang disayangi menahan penderitaan penyakitnya.. Semoga mereka tenang di alam barzakh.

Sejujurnya saya akui saya takut jika 'masa' itu sampai .Tak dapat saya bayangkan jika mak atau abah terlantar tak bermaya.. Tak mampu bergerak, bercakap dan ketawa.. Hanya kesakitan yang terpancar di mata  ataupun sendu tangis dalam melawan penyakit.. Bukan saya takut ataupun geli untuk menguruskan mereka, tetapi saya takut jika saya tak dapat menahan perasaan sedih pilu ataupun saya gagal menjalankan tanggungjawap itu dengan sempurna. Apakah yang terdetik di hati mak abah ketika itu? Adakah saya akan digelar anak derhaka? Mampukah saya menguruskan mereka sepertimana yang dah mereka lakukan dari saya lahir hingga kini? . Cukup  baguskah saya menjalankan tugas sebagai anak dan adakah jasa mereka telah saya balas? Apakah saya masih kuat 'berdiri' jika mereka tiada nanti?.

   Saya bukan anak yang manja, peluk mak abah pun jarang2.. Tapi setiap kali mereka ada masalah ataupun khabar gembira, sayalah orang pertama yang akan dihubungi. Bukan main mak gelak besar kalau ada hal yang lucu yang nak dikongsi. Tambah bila beliau berjaya rekacipta resepi yang sedap, bukan main lagi eksen bercerita, tujuannya nak suruh saya balik dan rasa masakkan nya tu..  Pernah mak isikan topup fon saya, kerana saya dah lama tak call.. So tu salah satu cara nak saya call la tu...hahaha... Kerana kesibukkan, terlupa nak tanya khabar mak dan dari situ saya tahu mak rindukan saya. Abah pulak sentiasa menjadi tempat rujukan saya dan suami dalam segala segi. He is very liberal and open minded... Abah juga mempunyai pengetahuan yang luas kerana sikap suka membaca beliau. Tanya la apa saje topik ataupun hal2 semasa yang latest, semua dia tahu. Abah juga seorang pencinta alam semula jadi dan binatang, so anak2 saya akan refer kat 'atok' jika nak tahu tentang hal ehwal binatang ni.. Bukan binatang biasa2, yang luar biasa pun abah tahu, and knowledge tu dia share dengan semua cucunya.. Pendek kata kalau kami semua balik, memang riuh sebab masing2 sibuk nak bercakap. Berjam2 bersidang kat meja makan, nescafe sampai 3,4 kali refill...
Tu belum masuk yang lepak kedai nasik lemak kat PD...

Saya merasa bersyukur kerana dengan didikan dan terapan kasih sayang mak abah, kami adik beradik tak pernah bermasam muka. Bergaduh dan selisih faham tu biasa, tetapi tak pernah lama.. Paling tidak  seminggu je.. Saya berharap hubungan ini akan sentiasa aman walaupun sesudah ketiadaan mereka nanti... Jika pada waktu sekarang jika saya teringat atau rindu pada mak abah boleh diubat dengan call atau sms, bagaimana jika mereka tiada nanti? Bagaimanakah saya nak menyatakan dan melepaskan rasa rindu itu? Memang doa adalah kiriman terbaik untuk mereka dialam sana, tapi mampukah doa itu menghilangkan rasa rindu saya pada mereka? Tidak akan saya nikmati dan dengari lagi hilaian gelak tawa mak dan kata2 nasihat dari abah pada waktu itu..Tiada lagi dapat saya nikmati masakkan air tangan mak dan berkongsi cerita 'karut' abah.. Hanya gambar dan memori bersama mereka saja akan menjadi  tatapan dan 'sajian' bila balik ke rumah mak nanti..  Ya Allah.. kuatkah saya untuk menghadapi situasi itu.. Tapi itu adalah janjiNya, setiap yang hidup pasti akan kembali, hanya masa yang akan menentukan.. Semoga bila tiba saatnya, mereka 'pergi' dalam keadaan aman dan dipermudahkan..Amin.

Sejauh mana kasih sayang saya pada mak abah, begitu juga kepada anak2 tersayang. Kadang2 bila memikirkan masa depan anak2, saya menjadi takut untuk 'melepaskan' mereka. Tapi saya harus akur dengan kitaran kehidupan, mereka berhak mengejar dan mencari kehidupan mereka sendiri. Sebagai ibu, saya berusaha memberikan mereka pendidikan yang sempurna baik sudut akademik ataupun agama. Jangan mereka tersasar dari landasan dan batasan kehidupan yang sepatutnya. Saya tak mengimpikan 'happy life' seperti cerita dongeng, cukup sekadar mereka berjaya mengharungi hidup sebaik mungkin dan tidak mengabaikan orang tua. Itu sudah cukup bermakna bagi saya. Saya cukup yakin dengan pepatah,  "what you give you get back"...
Setiap perbuatan baik dan buruk ada balasannya, jadi buatlah pilihan anda....
Semoga Allah merahmati kedua orang tua kita.. Amin..


SALAM CINTA~

28 November 2010

MARI MENARI!!

  Teruja saya menonton rancangan Mari Menari semalam... Dengan theme Bollywood dance, para peserta memang bersunguh2 buat persembahan... Bergoyang jugak la badan saya mengikut lagu dan enjoy tengok rancangan tu.. Kagum saya melihat keberanian mereka menari walaupun disorak atau di BOO oleh penonton.. Kadangkala ada juga steps yang salah tapi mereka tetap senyum dan teruskan langkah... Cayalah..

  Saya terbayang kalau saya berada di pertandingan seperti itu, menari bersama suami.. Sure tergagap dan kelam kabut. Walaupun masa sekolah dulu saya adalah penari sekolah dan pernah menjadi penari pelapis untuk Kebudayaan Negeri Pahang, tapi itu dah lama berlalu.. Mungkin kegugupan sekarang tak sama sepertimana dulu.. Hahaha.. tak dapat saya bayangkan bagaimana suami mengangkat dan menghayun saya.. Larat ke tidak dia agaknya?.. Yang penting mampukah kami menari dan mengikut steps yang diajar oleh kareografer, dan  menghafalnya dalam  sekejap masa?.. Kemungkinan besar boleh kot... Cewahh, macam la nak masuk...

  In positive way saya tengok rancangan sebegini ada baiknya.. Dapat mencungkil bakat terpendam dalam diri individu tersebut dan sambil mendekatkan diri dengan pasangan.. Reveal back masa2 bercinta tu.. Sure bestkan, kene peluk, kena angkat, happy together masa practice and perform!!.. Kalau si isteri yang kecil molek tu mungkin senang nak diangkat dan ditimang, kena yang tak berapa kecik, mak oiii.... boleh tahan jugak semput bila nak mengangkatnya.. Tapi mungkin ada teknik dan taktik dari kareografer yang berpengalaman. So, boleh steady je masa angkat isteri tercinta...

  Bukan senang nak menghafal step tarian sekaligus maintainkan ekspressi muka. Tambahan jika perform live macam tu  dan kita takde pengalaman sebelumnya. Ibarat belajar ABC.. Tapi pihak astro dah sediakan kareografer berpengalaman untuk  mengajar dan membantu mereka dari segi fizikal dan mental. Bagi saya bertuah sungguh para peserta ini dapat menimba ilmu dari para kareografer yang profesional dan berpengalaman, so kene la bersungguh2  dan serius dalam mendalami ilmu yang di ajar itu. Peluang hanya datang sekali dan harus direbut secara maksimum. Jika kita sendiri yang nak membayar khidmat nasihat mereka, cuba bayangkan berapa kadar upah yang kita harus keluarkan.

Sebenarnya apa juga pekerjaan haruslah dilakukan dengan bersungguh2 samada minat atau tidak. Jika dilakukan dengan hati yang lapang, kemungkinan minat tu akan datang kemudian seterusnya akan menjadi punca rezeki di masa depan.. Who knows?.. Dalam rancangan Mari Menari ni, mungkin salah seorang dari pasangan yang minat menari, atas dasar 'cinta' pasangannya menurut jugak masuk pertandingan tersebut walaupun 'langkahnya kayu'..Di atas nasihat dan kehandalan pihak pengajar, rasa suka dan minat tu bercambah sehari2.. Saya perasan, pihak juri ada menyatakan yang si polan ni langkah dan hayunannya dah makin baik dari minggu ke minggu.. Tu semua atas usaha, latihan, dan minat yang dah berputik dihati.. Mana tahu, rezeki berpihak kepada mereka dan bakal bergelar juara sekaligus membawa pulang hadiah2 yang lumayan itu.. Kan tuah manusia itu tak siapa yang tahu....

  Saya tertanya pada diri sendiri, mampukah saya mengawal gerak langkah dan emosi jika berada di tempat para peserta itu? Bagaimana jika di BOO? ataupun di sorak?.. Rasanya belum cukup yakin saya nak menghadapi perkara2 tersebut.   Macam2  yang bermain di minda, tu belum masuk lagi.. hahaha..
Apapun saya mengucapkan syabas dan semoga berjaya kepada peserta2 Mari Menari. Tahniah kerana anda berani mencuba dan berjaya mengenepikan rasa malu di dalam diri. Bukan mudah tetapi anda semua sudah melakukannya. Kalah menang jangan dibicarakan kerana itu adalah rezeki dan nasib, yang penting  ilmu dan pengalaman yang anda kutip dan masukkan ke dalam diari kehidupan. Pasti manis kan, dan pastinya ia hanya datang sekali seumur hidup dan takkan ada ulang tayangnya... Abadikan lah pengalaman itu dengan penuh kemanisan walaupun ada pahit yang melingkar...


SALAM CINTA~

Resepi Hati & Pedal Ayam Masak Tauchu

Ramai antara kita yang tak makan hati dan pedal ayam, tapi bagi saya sekali sekala masak tak jadi masalah. Tambah bila dah kebosanan makan lauk yang biasa je.. Sesekali tukar selera tak salah kan.. Banyak resipi yang boleh di cuba. Kalau di kampung wan saya di Batu Kikir, rendang cili api hati ayam dan pedal dicampur kacang panjang memang di gemari. Tambah makan dengan nasi panas atau nasi himpit.. ermmm... sedap!

  Last two year sepupu saya, kak linda bawak balik lauk hati dan pedal masak tauchu dari kampung suaminya di Batu Pahat. Masakan ni rasanya memang lauk wajib masa raya agaknya. Tapi memang sedap, tak stop makan dibuatnya. Saya ada cuba beberapa kali, sampai la dapat rasa yang hampir2 original resipi. Cuma caranya saya olah mengikut citarasa saya sendiri..  Jangan segan2 cuba ya...:))


RESEPI HATI & PEDAL AYAM MASAK TAUCHU

500g hati ayam & pedal     } dipotong kecil2
3 biji bawang besar
5 biji bawang putih            } dihiris kasar
4 biji cili besar hijau

4 sudu besar  tauchu   (lebihkan jika suka)
Daun bawang sebagai hiasan.


Cara2 memasak :-

Hati & pedal dilumur garam dan kunyit serbuk sikit dan goreng ( jgn garing)
Celur bahan2 yang dihiris dalam air panas selama 5 minit.
Setelah selesai menggoreng hati & pedal, masukkan bahan2 yang dicelur dan tauchu.
Tumis sehingga wangi, masukkan garam dan perisa  (jika mahu)
Campur hati dan pedal kedalam bahan tumis, gaul sekejap..
Taburkan daun bawang, dan tutup api..
Sedia dihidang..

Simple kan....


Happy Cooking!!


SALAM CINTA~

26 November 2010

Resipi Ketam Sweet Sour

                                                    

Ini satu lagi resepi 'sang ketam' favourite saya... No regreat to try...:))

Happy Cooking!


                                             RESEPI KETAM SWEET SOUR







5 ekor ketam (dibersihkan)

2 biji bawang besar
4 biji bawang putih                           }mesin lumat
seketul halia (saiz sederhana)


3 sudu cili boh
5 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
daun bawang
tomato dipotong 4...
Sebiji telur


Cara Memasak..

Tumis bahan yang telah di mesin sampai wangi..
Masukkan cili boh dan biarkan hingga masak cilinya
Masukkan sos tomato dan sos cili dan ketam...
Gaul perlahan2..
Masukkan buah tomato, garam dan bahan perisa (jika mahu)
Setelah ketam masak, pecahkan telur dan biarkan 1 minit.
Kacau sekali lagi dan tutup api..
Taburkan daun bawang sebagai hiasan..
Sedia dimakan..


SALAM CINTA~

Resipi Ketam Stim

 Ketam adalah makanan laut favourite saya. Tambah kalau dapat yang fresh tu.. Alahai, diam je sambil meratah 'sang ketam'.. Ketam yang banyak isinya adalah ketam betina, warnanya agak coklat sedikit, yang kebiruan tu ketam jantan. Menurut kata mak, ketam akan bertelur pada waktu bulan penuh, so saya pun akan membeli ketam pada masa bulan penuh je... Banyak telur ketam tu... hehehhe... Sedap!!

Selalunya, famous resipi ketam ni yang saya buat, sweet sour, ketam masak lemak cili api dgn nenas, ketam stim, ketam goreng cili api dan ketam sup mee sua.... Yang best kalau balik rumah mak makan ramai2.. sebab most of adik beradik saya semua hantu ketam... Tambah lak makan bila 'line clear' (anak tak ganggu).. 2 jam pun tak siap2 lagi mamah ketam tu... hehhehe....

Kita share resipi ketam yang paling mudah.. Rasa2 boring nak makan nasi, ratah ketam stim ni pun ok gak.. Tapi pastikan ada pencicahnya.. Selalunya saya buat pencicah kicap dan cili api je...Tu pun Ok...



RESEPI KETAM STIM



5 ekor ketam segar (dibersihkan)
2 ulas bawang putih (diketuk)
Daun bawang..


Cara Memasak

Lumurkan ketam dengan sedikit garam
Susun ketam dalam loyang dan letakkan bawang putih.
Kukus hingga masak..
Setelah masak, taburkan daun bawang dan tutup periuk dalam 5 minit.
Hidang dan makan panas2..


Happy Cooking~



SALAM CINTA~

23 November 2010

Hidup dan Pengorbanan

 Salam AidilAdha, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkannya. Semoga apa juga bentuk pengorbanan kita akan mendapat limpahan dari Allah swt.. Insyallah..

Sekali lagi, segala perancangan yang saya dah buat untuk balik ke kampung tak berjalan dengan lancar. Walaupun saya selamat sampai ke PD, tapi macam2 halangan dan dugaan muncul. Hujan yang turun 2 hari berturut2 membuatkan banyak baju yang tak kering, which is baju2 tu harus saya pack dalam beg. Tambah menyakitkan hati, anak kucing Adam telah membuat 'kerja' diatas tilam toto, 2 helai lak tu!! Nak hantar ke dobi hari pulak hujan, so saya basuh sendiri aje. Tak tahu la bila keringnya, tapi asalkan dah terampai ok la tu. Anak-anak pulak buat perangai, stokin hilang la, kasut koyak la.. Dah terpaksa membawa mereka ke Jusco membeli apa yang perlu. Dalam kekalutan packing barang untuk dibawa balik, tiket keretapi pulak hilang!!! Puas saya mancari merata tempat tak jumpa. So terpaksalah kami membeli tiket yang baru untuk perjalanan keesokkan harinya. Rasa bersalah kat Lolo dan anak2 sebab punahkan harapan mereka nak naik keretapi yang ada katil. Memang kecuaian saya..

 Aidiladha kami sambut dengan sederhana sahaja. Kesemua adik beradik ada berkumpul dirumah emak. Merasa la makan rendang dan lontong... Seronok dapat berkongsi cerita dan bergurau senda dengan adik beradik setelah lama tak jumpa. Dapat la saya melampiaskan rindu kat mereka dan anak2 buah.. Geram tengok telatah Alyssa (anak adik) yang dah petah bercakap.. Last sekali saya jumpa dulu, baru ada bunyi aa..iii.. je. Perangai pun dah makin nakal dan paling penting dia tersenyum lebar bila nampak saya. Means dia masih ingat la kat MOMMY RWG ni..(panggilan anak2 buah kepada saya).

Tak lengkap kalau balik PD, tak bawak anak2 mandi laut. Walaupun saya kurang suka mandi laut, tapi terpaksa la melayan karenah anak2. Cukup sekadar duduk di tepi pantai dan  melihat mereka bergembira mandi di dalam laut tu. Alangkah indah kalau masa tu dapat diputarkan, dan yang mandi gembira dalam laut tu adalah saya yang berumur 8 tahun. Mandi, menjerit, dan bergurau tanpa perlu memikirkan apa2 masalah hidup. Tak perlu nak rasa bersalah atas kehilangan  tiket train, tak perlu nak jaga hati polan tu, tak perlu nak fikir apa yang nak di masak hari2 dan banyak lagi yang "tak perlu di fikir".. Tapi itu semua fasa kehidupan yang telah lalu dan mustahil akan diulang lagi. Life must go on dan saya juga akan berterusan memikirkan perkara2 yang bakal datang.

 Selagi ada "kehidupan" selama itulah ia menuntut pengorbanan. Apa jua bentuk pengorbanan itu yang nyatanya, itu adalah hitam putih kehidupan. Sepertimana kita dilahirkan, ibarat kain putih dan suci. Semakin membesar, titik2 hitam akan meninggalkan kesannya dan apabila sampai tahap matang tompokan hitam itu akan jelas kelihatan, samada sikit, banyak, bulat, segi empat ataupun ia melitupi keseluruhan kain putih tersebut..Dan tidak dinafikan adakalanya palitan2 hitam itu terhasil disebabkan tuntutan pengorbanan.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan menilai.

Jadi walaupun pengorbanan itu kadang kala agak payah untuk dilakukan tetapi kita harus redha dan lontar jauh segala  prasangka yang berlegar di minda. Usah menantikan balasan dalam sekelip mata, kerana keikhlasan adalah kunci setiap pengorbanan. Yang nyata, keindahan sesebuah pengorbanan itu akan kita nikmati jua akhirnya.. Mungkin bila saat nya tiba tak terungkap dek kata2, hanya air mata bangga atau gembira yang mengiringi.. Ucapkan Alhamdulillah, tanda syukur kepadaNya..


SALAM CINTA~

Resepi Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Api

 Balik ke kampung halaman tak sah kalau tak makan gulai lemak cili api.. Tambah kalau mak yang masak.. Mak oii, 2 kali tambah nasik pun ok lagi.. Tambah pulak ikan yang di bawa oleh Lolo, fresh from sea.. Memang manis  isi nya.. Actually, kalau masak lemak ni sedap kalau ada perencahnya.  Kali ini mak campur buah gelugor muda..  Selalunya pucuk ubi, rebung jeruk, terung telunjuk, ataupun yang paling mudah cili besar hijau..


Masak lemak ni kena berhati2.. Kalau dibiarkan tanpa di jengah akan pecah minyak. Terus spoil!!.. Santan pun kena cukup2, jangan terlebih atau terkurang. Jika anda individu yang mementingkan kiraan kalori, so saya nasihatkan jangan mencuba. Bukan apa, jika dah sekali mencuba risau nak lagi.. hehehhe.... punah diet anda nanti...


Kalau kebaisaan orang masak lemak cili api akan ditambah bawang2, saya hanya menggunakan cili api dan kunyit hidup.. Sound sangat simplekan, tapi hasilnya... hmmm.... lazat tau.. Kat sini saya share resipinya.






RESIPI IKAN JENAHAK MASAK LEMAK CILI API

1  ekor ikan jenahak medium size dipotong dan dibersihkan  (ikan lain pun boleh)

20 biji cili api  ( kurangkan jika tak tahan pedas)      }
seketul kunyit basah                                                } ditumbuk

Santan dari sebiji kelapa
5 keping asam keping


Cara Memasak  :-

Satukan kesemua bahan diatas didalam periuk.
Biarkan dalam 10minit untuk ia mesra.
Setelah itu, didihkan diatas api dan kacau perlahan tanpa henti.
Setelah menggelegak, masukkan garam dan bahan perisa (jika mahu)
Biarkan mendidih dalam 15 minit dan terus kacau perlahan2..
 Tutup api, dan sedia dimakan..


Happy Cooking..


SALAM CINTA~

22 November 2010

Manis-Manis Masam

   Beberapa hari lalu  saya terbaca mengenai statistik penceraian di Malaysia, banyak terjadi diantara 3-10 tahun usia perkahwinan. Kajian menyeluruh akan dibuat oleh pihak berkenaan untuk mengetahui apakah punca utama terjadinya kes2 penceraian tersebut. Pelbagai faktor yang harus dinilai dan di ambil kira. Perkara ini sedikit sebanyak  merendahkan  pandangan masyarakat terhadap institusi perkahwinan dan akan ramai lah yang mengambil mudah dalam memahami konsep perkahwinan.


 Cuba kita imbas zaman bercinta, bagaimana kita sering terindu-rindu, ternanti-nanti call, sering memberikan yang terbaik dalam apa juga hal misalnya, beri bunga yang paling cantik dan wangi, hadiahkan coklat yang paling mahal (dalam kedai tu), belikan perfume yang paling latest, kalau belikan baju sure yang paling up to date.. Cakap berdua pun suara takat keluar yang merdu2 je, ada kes sampai tak terkeluar suara pun ada, punyalah nak jaga hati kekasih. Pendek kata memang manis dan indah je. Tu belum masuk bab tuju2 lagu kat radio, bukan main bebunga hati dan jiwa bila si dia siap inform nama manja dan ucapan rindu sayang. Kira2 lagu cinta tu dengar sampai pecah gegendang telinga pun takpe.. Feel tu penting.. hahahaha....


  Di awal perkhawinan pun begitu juga,  masih  terasa lagi kemanisan bercinta. Tambah pulak kenangan berbulan madu. Time ni jugak kita masih dalam proses nak mengenali pasangan dengan lebih mendalam. Sifat malu2 kucing tu masih ada. Bini masak nasik lembik pun makan dengan redha, suami badan  berbau pun peluk walaupun hampir biru muka menahan nafas... Sampai nak kentut pun control2 takut terlepas bunyi 'bom jangka'.. Semua kekurangan tu kita terima secara perlahan2 sampailah satu tahap dimana kita dah
 immune dengan pelbagai bunyi, bau dan rasa..

  Sekitar tahun ke 3 perkahwinan, sifat sebenar kita yang kita cuba 'kontrol' tu dah muncul secara 'ansuran'.  Dari suara yang lemak merdu dah kurang lemaknya, kalau dulu sehari 10kali call, dah kurang 5 kali je. Bunga pun dah  jarang-jarang di terima. Tambah lagi dengan kehadiran cahaya mata yang pertama,  segala perhatian dan kepentingan  tertumpu pada si kecil. Sampai montel pipi si kecil dicium berkali2 sehari, pipi isteri hanya sekali, itupun sebelum tido ataupun masa nak salam pergi pejabat.  Kalau dulu sebelum tido bukan main semerbak harum dek perfume, pada tahap ni tak tersembur perfume, dapat bantal terus terlena.. Kadang2 tertido dengan baju2 kerja sekali... Komunikasi hanya memalui sms, tu pun yang ringkas dan padat.  Ada yang save ayat, sebab ayat tu je yang diulang hari2...

 Tahun 5-10 adalah kemuncaknya.  Dimana ada yang dah start boring dengan rutin harian. Dah boring dengan leteran dan hiruk pikuk si anak2.. Hati melonjak2 nak bebas, nak ulang keseronokkan masa bujang, mata pun dah mula melirik pada si gadis genit dan gedik.. Yang si isteri pun dah bosan tengok perut laki yang makin memboroi. Tiada lagi kata sayang ataupun pujian. Tiada lagi jambangan bunga ataupun kad cinta. Sapaan dan panggilan manja makin jauh kedengaran.. Apa yang kerap dikongsi adalah masalah pejabat, masalah keluarga, kewangan yang tidak pernah cukup dan pendek kata problem, problem,problem!!!  Balik kerja atau overtime, terus melingkar didepan tv ataupun terlena sambil tangan diatas dahi..


Adakah ini rutin kehidupan suami isteri yang bakal kita lalui? Apakah corak dan rasanya sama untuk setiap pasangan? Kenapakah yang manis itu tak dikekalkan rasanya sampai ke akhir hayat? Mengapakah harus ada masam masin dan pahit? Mungkin inilah yang dikatakan asam garam rumahtangga, tetapi adakah kita mampu menyatukan asam garam ini di dalam kuali dan akhirnya menghasilkan sejenis lauk yang perfect perisanya?      Semuanya adalah bergantung pada hati dan diri kita sendiri. Kita yang mencorakkan  zahir dan batin perkahwinan itu, so segala kunci kebahagian mahupun kegagalan adalah di hati kita.  Seperti yang biasa kita dengar  "it takes two to tango"...

Tidak lari seseorang itu dari membuat kekhilafan, samada suami atau isteri. Mohon la kemaafan dengan hati yan tulus dan jujur. Lontarkan lah sikap keegoan yang membukit didalam diri sejauh mungkin.. Saya akui kadang2 adalah sangat sukar untuk meminta maaf atau menerima maaf selepas hati kita dia sakiti. Tetapi, adakah kita cukup sempurna untuk mempertahankan keegoan kita dalam meminta dan menerima kemaafan..
Tambahan setelah kita hidup sebagai suami isteri bertahun2 lamanya. Banyak yang telah dikongsi dan dilalui bersama. Ada ketika kita harus 'tutup sebelah mata'  dengan kekurangan si dia dan kita bersama memperbaiki diri masing2 pada masa akan datang.  Ibarat memakan ubat, walaupun ubat tu pahit, demi nak sihat kita makan jugak.   Jadi cari la 'ubat' untuk menyembuhkan  perhubungan kita, disamping doa berterusan agar terpelihara ikatan perkahwinan sampai saat 'terpejam mata'..


 Cari cara  untuk refresh back feeling kita yang dah suram tu.. Mungkin cara masa bercinta dah kurang sesuai, so find something interesting and matured. Rancanglah honeymoon kedua, tak semestinya ke luar negara.. Cukup sekadar anda dapat berdua-duaan  tanpa gangguan. Pasti lebih menarik kerana masing dah tak perlu malu2 kucing lagi...  Menonton wayang, candle light dinner, memancing, panjat gunung, dan banyak lagi cara untuk kita have fun bersama. Aktiviti yang agak gila-gila pun best jugak untuk dicuba..Jangan bangkitkan isu 'kewangan' dalam pada menikmati 'masa emas' itu, ia akan membunuh segala 'rasa' yang ada. Sebaiknya buat perancangan bersesuaian dengan kemampuan kita. Yang penting kita enjoy!!

  Banyak perkara yang harus di ambil kira sebelum membina sesebuah perkahwinan. Lengkapkan la diri kita dengan ilmu di dada.  Ia bukan semudah mengungkapkan kata 'bersama selamanya' kerana banyak celah, lorong dan jalan rosak yang akan kita tempuh semasa dalam perjalanan ke destinasi kebahagiaan.. Pastikan anda memiliki lesen dan mampu memandu kenderaan tersebut melalui celah, lorong dan jalan rosak sepanjang perjalananan. Berhati-hati ketika memotong dan mencilok, jika terlajak jangan lupa yang anda perlu reverse yea.. Semoga anda selamat sampai ke destinasi cinta yang diimpikan.. Nikmatilah perjalanan anda walaupun ia mengambil masa 20,30 ataupun 50 tahun untuk sampai...


SALAM CINTA~

13 November 2010

Menilai Erti Persahabatan

 Dari minggu lepas, anak sulung saya Latisha @ Lala sibuk tanya jadual cuti sekolah. Kelam kabut je saya tengok. Rupa-rupanya bestfriend nya, Aishah yang telah berpindah ke Rusia pulang bercuti bersama keluarganya. So they plan for meet up la... Kebetulan masa kami pindah ke sini Lala tak dapat berjumpa Aishah, they just update each other at Facebook. Agaknya rindu sangat la tu. Mereka berkawan since dari kindigarden terus ke sekolah rendah. Kadang2 markah exam pun lebih kurang sama je, rendah Lala, rendah la Aishah, tinggi Lala, tinggi la Aishah.. Saya pernah tanya jugak, tiru ke masa exam????.... asyik markah sama je... hehehe...

 So semalam, datang la Aishah ke rumah kami, sebab kebetulan kampung ibunya berdekatan dengan rumah saya. Ibunya bagi kebenaran sleep over for one night. Wahh... tak keluar bilik, bersembang sampai tak makan, tak tgk tv, tak keluar main..  Punya la excited, and dah tentu saya faham perasaan Lala bila dapat bertemu Aishah.  Macam2 la cerita yang saya dengar, start dari kawan2 kat sana, aktiviti, sekolah, sampai last sekali saya dengar bab cerita hantu pun ada... Terjerit terlolong dalam bilik tu... Saya biarkan je, let them enjoy their time together. Petang tadi pulak Aishah and family bawak Lala tengok wayang. Bukan main happy lagi Lala, balik tadi senyum lebar...

 Saya pun pernah mengalami perasaan yang sama seperti yang Lala alami sekarang. Kawan baik saya tiba2 lost contact lepas 3 tahun baru kami dapa berhubung balik. Tapi since masing2 sibuk mengurus kehidupan, kami jarang berjumpa tapi still update each other. Kalau dapat peluang berjumpa tu, bukan main lagi, sembang tak ingat dunia.. Tapi yang membuatkan kami bertahan selama 20 tahun sebagai bestfriend adalah sikap percaya dan menerima terhadap satu sama lain. Saya tak nafikan sepanjang tempoh 20tahun tu samada saya atau dia ada berjumpa dengan orang lain yang boleh bergelar sahabat, tapi dia tetap ada tempat tersendiri dihati saya sebagai sahabat baik begitu la sebaliknya. Dia juga tempat saya  minta nasihat, meluahkan perasaan suka, duka, marah ataupun tension.  Bila saya membebel dia akan diam sampai la waktu dia bercakap saya pula akan diam. Bestfriend saya ni maintain 'cool'  walau pun hidupnya penuh gelora.

Jika dikalangan keluarga pula, saya rapat dengan adik. memandangkan jarak usia kami  hanya selang 2 tahun.  Since dari kecik kami memang close dan  berkongsi apa sahaja cerita ataupun masalah. Keakraban ini masih sampai sekarang walaupun masing2 dah ada keluarga. Sampai suaminya sering bertanya, "apa yang you sembang ngan kakak you tu? hari2 call pun tak abih cerita jugak..."  hahahahhaa.....

Bukan saya nak menafikan kebaikkan sahabat2 yang lain, cuma saya menilai erti persahabatan tu dengan persepsi saya sendiri.. Setiap seorang dari mereka ada kelebihan tersendiri so, saya meletakkan mereka di ruang2 yang special dalam hati saya. Maybe sikap saya yang agak terbuka dan simple ini membuatkan mereka selesa untuk berkongsi apa jua story. Pernah kami cancellkan satu perjumpaan yang dah di plan sekian lama kerana saya tak dapat hadir kebetulan ada kecemasan di kampung. Dengan alasan, kalau saya takde, polan tu tak reti nak sembang apa  dengan polan ni, lain jika saya ada, saya akan bercakap dengan semua orang so secara tak lansung, mereka akan berinteraksi secara spontan.. Macam2..

Jelasnya saya sangat sayang dan care terhadap sahabat2 saya ni semua tak kira apa jua condition mereka.. Kaya, miskin, gemuk, kurus hanya fizikal luaran yang harus di tolak tepi. Keikhlasan kita menerima mereka dan sentiasa ada disaat mereka memerlukan yang penting. Dan kunci utama sesebuah persahabatan adalah kita menerima mereka as she/he is..Mungkin faktor kehidupan yang sibuk membuatkan kita kurang berinteraksi satu sama lain tapi dengan adanya laman2 sosial yang ada di internet, sekurang-kurangnya kita dapat update  situasi mereka yang terbaru samada suka mahupun duka. Paling tidak just to say hye dan bertanya khabar. Mudah kan... Saya tak dapat bayangkan jika satu hari nanti saya akan kehilangan sahabat2 saya ini, kerana ajal maut telah ditentukan. Saya hanya mampu berdoa agar sahabat2 saya ini panjang umur dan sentiasa dalam peliharaan Allah swt. Doa itu lebih baik dari longgokkan  wang segunung.. Insyaallah..

Memetik kata2 pengarang buku, "Death ends life, but not a relationship".... 

 Dan sahabat sejati sepanjang hayat saya adalah suami tersayang.. Terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat selama 12 tahun dan sabar dengan perangai saya yang unpredictable (ni ayat dia). Walaupun kadang2 dia  terlepas pandang dan tak update dengan keadaan semasa, saya tutup mata jer laa... heheheh..
Kebahagiaan dan anak2 adalah kurniaan terbesar yang dia berikan kepada saya..
Thanks again, and love you
.

Cipta dan carilah sahabat baru setiap hari kerana ia dituntut dalam agama. Tak salah berbuat baik sesama manusia, walaupun mereka hanya kenalan biasa mana tahu mungkin ada doa yang mereka titipkan secara tak lansung untuk kita sekali. Alhamdulillah.
Jadi, dimanakah anda meletakkan nilai persahabatan? Ukur, timbanglah dan letakkan di paras yang anda mahu samada yang paling atas, pertengahan ataupun yang paling bawah.. Nilai lah dari sudut hati yang paling dalam semoga pilihan anda tepat..


SALAM SAHABAT~

11 November 2010

Den Anak Nogori~

 Aidiladha bakal menjelang seminggu lagi, saya dah buat perancangan dengan Lolo nak balik naik keretapi malam with kids. Sure diaorang seronok sebab boleh tido dalam train.(book yang berkatil). Tak sabar nak menikmati rendang, lontong, sayur lodeh masakan mak.. Eeiii.. terasa kat tekak dah nih.. hahaha... Paling utama, saya nak makan nasik lemak pasar dan popia. Nasi lemak tu memang podeh dan popia tu memang superb. Dah merata saya membeli popia, still yang kat PD tu yang paling sedap rasanya. Kalau kat KL, dah beratur orang membeli mcm popia TTDI.

 Break jap story pasal popia, saya nak cerita pasal negeri kelahiran saya, Negeri Sembilan.  Actually saya tak membesar pun kat sini, setakat darjah satu je. Family berpindah sebab abah kena transfer.  Pada tahun 1998 baru la kami berpindah balik ke Port Dickson setelah abah pencen.  Tapi kecintaan dan semangat saya terhadap Negeri Sembilan tetap utuh. Saya bukan la peminat bola sepak, tapi baru2 ni final Piala Malaysia, Negeri Sembilan vs Kelantan tetap saya tengok kat tv.  Walaupun kalah, saya tetap bagi sokongan yang tak berbelah bahagi. (takat jerit masa time gol).


 Setelah pertabalan Yang Dipertuan Besar Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, beberapa perubahan yang dirombak oleh baginda. Tapi yang menarik hati saya untuk share ialah usaha anakanda baginda, YAM Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Mukhriz menggubah dan menyusun  semula lagu  kebesaran negeri,. 'Berkatlah Yang DiPertuan Besar' .  Saya salute dengan inisiatif baginda menggubah lagu ke irama yang lebih sesuai dengan peredaran zaman.  Pada pengetahuan saya belum ada anak raja yang melakukan perkara yang sama. (Ampun di pinta, jika ada dan diluar pengetahuan saya)

  Baginda masih mengekalkan melodi asal cuma liriknya dirombak sedikit, menggunakan perkataan yang lebih sesuai. Asal lagu kebesaran ini dicipta oleh Pegawai British  Sir Andrew Caldecott, yang merupakan Pegawai Daerah Jelebu manakala liriknya di tulis oleh Tunku Zakaria Mambang dan diperkenankan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mohammad pada tahun 1911.

 Setelah 99 tahun lagu kebesaran ini diberi nafas baru oleh baginda Tunku Zain Al-Abidin. Baginda mendapat ilham untuk menggubah dan menyusun lagu kebesaran ini semasa berada di luar negara. Saya sempat menyaksikan Discovery Channel semasa pertabalan YAM Tuanku Mukriz. Ketiga2 anak baginda turun padang dalam memastikan segala persediaan berjalan lancar. Anakanda yang sulung, YAM Tunku Ali Redaudin bertugas memastikan persediaan makanan tetamu dan tatacara menghidang dilakukan mengikut adat dan tertib diRaja. Segala susunan harus terperinci kerana majlis tersebut dihadiri oleh tetamu terhormat dari serata dunia. Anakanda kedua, YAM Tunku Zain Al-Abidin pula bersemangat melatih para pemuzik dalam mengalunkan lagu2 kebesaran dengan sempurna. Pada majlis tersebut juga lagu kebesaran susunan baru telah diperdengarkan. Semestinya, baginda mahu yang terbaik..

Sebagai rakyat biasa, saya bangga melihat kesungguhan anakanda Tuanku Mukhriz  bersama2 membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat jelata. Walaupun tidak banyak yang saya tahu, tapi sebagai Pembesar Negeri baginda telah menjalankan kewajibannya sebaik mungkin dalam masa yang singkat. Harapan saya agar banyak lagi pembaharuan yang beginda bawa untuk kebaikan rakyat jelata..




                                      

                                        'Berkatlah Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan'






                              Berkatlah yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
                             Kurnia sihat dan makmur,
                             Kasihi rakyat lanjutkan umur,
                             Akan berkati sekalian yang setia
                             Musuhnya habis binasa,
                             Berkatlah yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.







AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DI AMPUN.




Salam Cinta~

09 November 2010

Konsert Oh Konsert!!

 Sessi persekolahan 2010 hampir tamat lagi seminggu. Anak2 pun sibuk dengan exam, pemulangan & penggantian buku text (tak sah tak hilang buku!) dan konsert akhir tahun.. Disebabkan kami baru berpindah ke sini so anak2 masih kekok nak menyesuaikan diri, especially dari segi bahasa dan makanan... Letih jugak bila tiap2 hari ada je word yang saya kena explain dalam bahasa melayu biasa. Tapi forsure, budak2 cepat observed  persekitaran baru.. Cuma kene bagi masa je..


Dalam kekalutan saya mengurus dan melayan karenah anak2 nie, anak ketiga, DADA pulak choosen by cikgu untuk perform masa konsert. Dia memang jenis berani kat atas stage, and she's a good dancer too... kalau kat umah, berjoget aje kejenya.. Bagi la lagu ape pun, janji goyang!   Dia kena lead (kunun cam penyanyi utama) her group menyanyi dan menari lagu Justin Bieber  'Baby'... Dah 2 minggu lagu ni berputar2 dalam kepala saya.. ishh ishh..  So kena la jadi pemerhati tetap sebab dia nak saya tambah tolak apa yang perlu.... Saya cuma polish bagi smooth, the rest  dia create sendiri.. Bangga jugak tengok Dada terlentok liuk dengan penuh perasaan.. She is gifted with the talent.. Alhamdulillah..


Anak yang sulung pun macam tu, perform menari jugak, tapi cikgu dah bagi steps.. so, saya jadi pemerhati je la.. Yang no 2  buat fesyen show. Habih dia punggah baju dalam almari nak cari baju yang lain dari yang lain. Lepas jeans, dress, tukar pulak pakai hip hop, tu pun tak puas hati lagi . Last skali cikgu tetapkan tema, Pakaian Tradisional.. Cari pulak baju kurung, tak kena jugak.. At last lepas saya pening tgk bilik yang dah bersepah dengan baju yang dia punggah, saya bagi baju kurung moden raya tahun lepas. Puji2 sikit kata sesuai dengan dia, baru dia akur. Dia memang cerewet, everything must be perfect. Pedih telinga dengar dia membebel kalau benda yang dia nak tu tak kena pada citarasa. Bukan soal murah atau mahal, tapi dia nak yang perfect pada mata dia. Walaupun barang tu harga RM2, kalau ngam kat mata dia okey je.



So, saya harap masa konsert ni berlansung my girls akan perform yang terbaik. Saya tak dapat hadir kerana ini konsert tertutup, so parents tak leh nak tengok. Sebagai ibu saya sentiasa menberikan sokongan dan galakkan. Asalkan mereka gembira dan enjoy. Yang paling penting mereka akan cipta kenangan baru dalam hidup. Which is, kenangan ni akan tersemat dalam memori dan asalkan mereka sedar bahawa setiap memori yang mereka ada, disitu lah adanya 'mommy'..





Memetik kata-kata pengarang buku, Mitch Albom   'When you look into your mother's eyes, you know that is the purest love you can find in this earth'...  Semoga anak2 saya  sentiasa nampak dan sedar akan 'pancaran kasih' dimata saya kerana sampai saatnya nanti  nafas ini akan terhenti dan 'mata' ini akan tertutup untuk selama- lamanya.... Yang tinggal hanyalah memori yang saya cipta bersama mereka, dan 'ada'nya saya dalam  setiap diri mereka..


SALAM CINTA~

08 November 2010

Hari Suram Geram...

Seawal pagi saya dapat khabar sedih, seorang kawan yang berada di rumah lama meninggal dunia. Ijal namannya, masih muda dan baik orangnya..lebih kurang  sebaya.. Meninggal kerana kanser hati. Terkejut dengar khabar itu sebab setahu saya beliau sentiasa sihat dan cergas.. Terbayang wajah isteri dan anak arwah yang masih kecil. Arwah seorang yang ringan tulang dan jujur orangnya. Bila free, selalu la dia datang lepak kat bengkel kami dan tolong apa yang boleh. Nak tambah ilmu katanya..Al-fatihah untuk arwah, semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 yang soleh. Amin.

Sedang saya termangu2 dengan berita kematian arwah, kawan saya, G pulak mengadu, yang telah ditipu hidup2 oleh kenalan dari salah satu laman sosial.. Setelah 2 kali bertemu dan mungkin sudah nak start bunga2 cinta si polan tu pulak buat hal. Lately ni bila G ajak jumpa si polan kerap mengelak. Outstation manjang, tapi dia lupa yang dia pernah add G menjadi followernya di Twitter. Semalam tergerak hati G nak update status twitternya terkejut tgk status si polan ada di salah satu kelab malam yang famous di KL. Padahal dia bagitahu yang outstation ke Kelantan.. hahhahaha... sudah kantoi laa.. Saya nasihat G agar lupakan je la si polan tu. Lagipun usia perkenalan baru sangat, so cepat2 la buang rasa2 yang baru nak bercambah tu.. G takkan rugi ape pun. That guy not worth to be with, dear...moga2 G berjaya melawan 'rasa' hatinya.




Hari ni pulak saya geram dengan perangai anak2 yang make my blood go upstair!.. Si Adam dok swim dengan air softlan dalam mesin basuh (semi auto).  Dah harum dan selembut sutera. Dalam diam2 dia buat kerja, nasib baik air tu tinggal sikit dan plug saya dah off. Dia memang excited tgk air tu memusing baju. Rase nak tersembul bijik mata tgk dia tadi. My girls pulak dengan loklak nya arini. GgRr!!.. tak terkata apa. Appointment saya nak berurut pulak tak jadi, dah half way baru saya diberitahu yang makcik tu takde rumah.. Alahai.. geram betul, padahal pagi tadi dah buat comfirmation yang saya akan datang... Layan pulak radio SuriaFM, topik arini  GERAM...
Saya terpikir, adakah saya telah diejek oleh sang 'hari'?  Tengok pulak status kawan2 di laman FB, ada beberapa orang yang update status  'my bad day'..  Rupanya, bukan saya sorang sahaja yang bengang dan geram, ada juga orang lain yang se'rasa' cuma berbeza situasi.



Saya selalu jugak bertanya  dan mencari info cara2 untuk redakan marah, stress, geram atau bengang ni.. Banyak cara sebenarnya, tapi saya suka yang simple dan praktikal..


Ni antara yang saya selalu buat :-


  • Beristiqfar sebanyak 3 kali or sebanyak mungkin  ( ni marah yang level maximum)
  • Berdiam diri  ( try)
  • Jauhkan diri dari orang yang kita bengang/marah tu (sementara nak cool down)
  • Mandi dengan membasahkan rambut  (kasi cool amarah tu)
  • Berwudhu dan bersolat  (untuk mengelakkan syaitan terus menghasut kita dengan api kemarahan)
  • Tidur walaupun sekejap  (kalau boleh)


Semoga hari esok akan lebih baik dan harap2 saya masih berpeluang menghelakan nafas dan menikmati kehidupan walau apa juga 'rasa'nya...


SALAM CINTA~

07 November 2010

Resepi Sotong Masak Hitam

Arini Sunday malas rasanya nak masak yang berat2. Tetibe teringat semalam ada beli sotong, so nak masak sotong hitam la..Ni antara lauk favourite saya dan adik beradik yang lain.  Masa kecik dulu kalau makan sampai hitam kuku  tangan... hehehe... Lauk ni kalau ada yang tak biasa makan kedengaran agak pelik bunyiknya..  Ramai yang mengatakan yang "ink" sotong  ni racun la, hanyir la, berbau la.. Tapi saya dah 32 tahun, so far makan "ink" sotong ni belum penah mengalami sakit perut ataupun penyakit lain. Senak perut sebab kenyang mungkin ada...hahaha... Saya tak sure masakan ni berasal dari negeri mana, tapi according mak, dulu wan sebelah abah yang ajar dia masak lauk ni. Wan saya menetap lama di Singapore waktu dulu, so maybe berasal dari sana agaknya.


Penah dulu, mak masak lauk nie then hantar kat jiran sebelah which is agak fussy dalam bab makanan orangnya... Esok tu dia datang umah dan tanya mak, 'kenapa lauk sotong tu hitam lain macam yek?' Akak pakai kicap brand apa, sedap la  kak...'   Mak saya sekadar senyum dan menyebut nama sejenis kicap.. Bukan niat dia nak berbohong, tapi kalau bagitahu yang hitam tu ink sotong, risau tetibe migrain pulak si polan tu... As long lauk tu dia kata sedap dan takde sakit2 perut or migrain kira okey laa...


Lauk ni simple je nak buat, pakai bahan2 yang biasa je.. Tapi kalau nak lagi sedap, sotong tu pilih yang fresh.. Sebab bila sotong fresh ni, ink nya pekat.. So lauk  tu  akan cantik, menarik,  dan  tertarik hitamnya... Kalau ikut selera saya, biar kasi pedas sikit. Tapi memandangkan anak2 saya pun dah suka makan, so pedas tu kene kurang la.. Kena pulak makan masa panas2 di tambah  pulak ikan masin jeruk sebagai penambah selera... Perghhh.... memang   ngam sooi!!!



So, ada beran nak cube???..  Tepuk dada tanya selera....










Resepi Sotong Masak Hitam

Bahan-Bahannya:-

6 ekor sotong fresh (dibersihkan dan dipotong, jangan buang ink yer)
5 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili api                    }   bahan A    dikisar
sepotong halia
sepotong kunyit hidup

sebatang serai
setengah cawan air asam jawa


Cara Memasak:-


Tos sotong yang telah dibersihkan.

Tumis bahan A sehingga wangi...

Masukkan  air asam jawa. Kacau  dan biarkan
hingga agak susut airnya... Tambah garam dan bahan perisa (jika mahu)
Masukkan sotong dan gaul hingga agak sebati..
Ketuk serai dan masukkan sekali..
Kacau sotong hingga masak tapi jangan terlalu lama.
Tutup api dan sedia dinikmati...



                                                        ~HAPPY COOKING~




Salam Cinta..


*pastikan anda makan menggunakan sudu garfu. Saya tidak bertanggungjawab ke atas kehitaman kuku anda ataupun bil manicure.* hehehhe..

06 November 2010

Best of 80an & 90an

Semalam saya melayan radio Suria fm. Dj Linda Onn menemuramah Dato Shah Rezza sempena MIFF Festival yang akan berlansung di JWW Marriot pada 17November ini.. Dato telah menjemput artis2 yag seangakatan pada zamanya untuk permon pada malam tersebut. Teruja saya apabila Linda memutarkan lagu 'Kerinduan' dendangan Razis Ismail.. Lama saya tak dengar lagu ni,eventhough lagu ni top masa saya masih kecil tapi saya still ingat dan suka.


So saya nak share pasal artis dan lagu2 dari zaman 80an & 90an. Pada masa itu,org yang banyak mempengaruhi saya dalam melayan lagu2ni adalah kakak sulung saya. Setiap lagu yang meletup masa tu dia akan menyanyi dan ajar kami (saya &adik). Saya masih ingat lagu pertama yang saya tulis lirik dan hafal ialah lagu Kumpulan Pelangi (A.Ali&John Goh) lagu bertajuk 'Lukisan Wajah Cinta'..tak silap tahun 1986.. Satu lagi lagu top kumpulan ni ialah 'Biarku Menjadi Lilin'.. Then masa tu antara artis popular terdiri daripada Siti Fairuz,FranciscaPeter, Razis Ismail, Ramlah Ram, Norkumalasari,Allahyarham Sudirman,Dato Khatijah Ibrahim, kumpulan Alleycats,Jamal Abdillah,Rahimah Rahim,Zaiton Sameon dan banyak lagi.. ni antara artis yang saya ingat kehadiran mereka dalam industri seni pada zaman tu..


Ramlah Ram dan Zaiton Sameon boleh dikatakan sebagai yang paling top. Lagu 'Kau Kunci Hatiku Dalam HatiMu telah berjaya menjadi lagu terbaik Juara Lagu 1988. Zaiton Sameon pula dengan lagu Menaruh Harapan dan Kabut Serangkai Mawar..(lagu favourite ).. Terbayang Zaiton pakai mini dress dengan rambut panjang menggerbang.. Seksi giler...:D.. Kira-kira masa tu kalau cikgu tanya saya apa ambition besar nanti, saya jawab nak jadi Ramlah Ram..hehehhe... punya la fanatik! Tak dinafikan bila saya dengar lagu dari artis2 80an ni,memang meremang bulu roma.. Bukan ape, its a bit nostalgic to me. Anyway, saya nak ucapkan thank you LOLO! (kakak sulung saya)

Then menular pulak zaman rock kapak. Jiwang karat abih dan memang best.Antara kumpulan yang top, Search, Wings,BumiPutraRockers,Lefthanded,May,Medicine,Bloodsheed,HeavyMachine,Gersang, U-thopia, Sweetcharity, DRyhadh,Crossfire, Desire,Febian dan banyak lagi....Powernya lagu2 rock kapak ni, semua bertanding di Juara Lagu. Ynag masih saya ingat, BPR dgn lagu 'Keunggulan Cinta', Wings dengan Sejati (awie rambut rasta) Search dgn Isabella. Ayai dari kumpulan Ilusi pakai jaket ala2 Inpector Gadget. May dengan lagu Sendiri, suara Mus memang maintain dari dulu sampai sekarang.. dan saya percaya  lagu2 ni antara pilihan popular kat karaoke.. hehheh...






Tak tahu apa rahsia komposer2 masa tu hingga mampu melahirkan lagu yang boleh dikategorikan sebagai berhantu &evergreen..Mungkin ini yang dikatakan MAGIS!! Cukup rasa liok lentoknya, pilihan penyanyi yang tepat dan mampu mengalunkan lagu dengan penuh perasaan dan penghayatan. Sampai ke hari ni,bila dalam kereta, tetiba DJ putarkan lagu2 ni, saya ataupun suami akan diam dan layannn....Mungkin masing2 ada nostalgia tersendiri, so layan feeling laa... hehehhe...



Naik ke area 90an, oowhh..ni zaman remaja saya..(dah pandai time ni)..Ekamatra, Exist,Damasutra, Hattan, Aris Ariwatan,Fotograf,Iklim,Massa, To'ki, Yantzen, Roy, Rahim Maarof, Fauziah Latiff,Ella,Shima, Aishah,Spring, CRK, Wings pun masih belum hilang taring time ni. Mega, XPDC, Blackrose, Terra Rossa, Kris... kalau nak ikut berjela list blog ni nanti..heheh.. Tanyalah sapa yang tak tahu lagu Suci Dalam Debu dan Gerhana Cinta Luka nyanyian suara emas Saleem Iklim.. Album ni meletup letap di seluruh negara dan di pasarkan ke Indonesia jugak.. Memang hebat penangan Iklim pada masa tu..KRU, Feminin, Msteen berjaya memperkenalkan genre baru di arena seni. Jadi kegilaan para teenagers termasuk la saya dan kawan2.. Di pertengahan 90an, tak lain tak bukan, Diva Negara, Dato Siti Nurhaliza pula berjaya mencipta auranya tersendiri.. Ella pun berjaya mengembalikan popularitinya dengan album ELLA USA..album ni memang superb! Begitu juga dengan kumpulan Ukays  dengan lagu 'Disana Menanti Disini Menunggu'...pun lagu ni mendapat hati para pendengar .



 Pada time ni jugak lagu rock kapak bersaing hebat dengan rock leleh..Komposer lagu leleh terunggul sampai ke hari ni, Eddie Hamid berjaya melahirkan beberapa kumpulan.Antara yang saya ingat, Olan,Gamma,Dinamik, New Boyz, Spin, Scoin. Honestly, saya memang anti lagu rock leleh time tu, tapi nowdays kalau dengar lagu leleh kat radio, boleh je layaannn....dalam pada tak suka tu boleh nyanyi lagi....



Apa2 pun sebenarnya apa saje genre muzik semuanya ok..Macam kata orang 'seni itu indah' saya rasa ada kebenaranya.. Yang membuatkan kita rasa suka adalah kerana 'nostalgia' yang kita imbas pada masa tu..  Samada manis, masam ataupun pahit tetap ada penanganya sendiri....So, kita ENJOY!!!





Salam Cinta~



Gulai Tempoyak Daun Kayu

Pagi ni saya dapat call dari mak yang berada di PD. As usual soalan favorite dia, 'masak ape harini?'.. Lepas abih sembang, saya tetibe teringat ke lauk favorite saya bila balik ke PD.. Gulai Tempoyak Daun Kayu.. Perghhh.. memang sedap.. Tapi proses menyediakan agak leceh skit..Kene cukup bahan daun2nya, dan di racik halus2.. Sehalus mungkin...


Saya memang salute mak dalam bidang masak memasak nie, air tangan beliau memang superb dan sering jadi kerinduan saya dan family serta adik beradik yang lain. Kecintaannya terhadap dunia masakan memang tinggi, dan paling best mak boleh ejaz masakan yang complicated jadi simple tapi masih mengekalkan rasa yang sama, kadang2 lagi sedap!!..hahahha.. tu la magis nya MAK saya..






RESIPI GULAI TEMPOYAK DAUN KAYU


Bahan2nya

10biji cili api       
2 ketul kunyit hidup
2 ikat daun pucuk ubi kayu
2 ikat serai
5 helai daun kunyit
5 helai pucuk kaduk
3 papan petai, ambil isinya
5 helai pucuk labu
3 helai daun kemangi
santan dari sebiji kelapa


Cara2 memasak


Racik daun kayu halus2
Kisar cili api dan kunyit
Satukan semua bahan2 racik dalam periuk bersama santan dan tempoyak
Dengan api sederhana, kacau gulai sehingga menggelegak.
Tambah garam, gula mengikut citarasa..
Apabila gulai agak pekat tutup api dan sedia di makan...




~Happy Cooking~




Salam Cinta