Dari minggu lepas, anak sulung saya Latisha @ Lala sibuk tanya jadual cuti sekolah. Kelam kabut je saya tengok. Rupa-rupanya bestfriend nya, Aishah yang telah berpindah ke Rusia pulang bercuti bersama keluarganya. So they plan for meet up la... Kebetulan masa kami pindah ke sini Lala tak dapat berjumpa Aishah, they just update each other at Facebook. Agaknya rindu sangat la tu. Mereka berkawan since dari kindigarden terus ke sekolah rendah. Kadang2 markah exam pun lebih kurang sama je, rendah Lala, rendah la Aishah, tinggi Lala, tinggi la Aishah.. Saya pernah tanya jugak, tiru ke masa exam????.... asyik markah sama je... hehehe...
So semalam, datang la Aishah ke rumah kami, sebab kebetulan kampung ibunya berdekatan dengan rumah saya. Ibunya bagi kebenaran sleep over for one night. Wahh... tak keluar bilik, bersembang sampai tak makan, tak tgk tv, tak keluar main.. Punya la excited, and dah tentu saya faham perasaan Lala bila dapat bertemu Aishah. Macam2 la cerita yang saya dengar, start dari kawan2 kat sana, aktiviti, sekolah, sampai last sekali saya dengar bab cerita hantu pun ada... Terjerit terlolong dalam bilik tu... Saya biarkan je, let them enjoy their time together. Petang tadi pulak Aishah and family bawak Lala tengok wayang. Bukan main happy lagi Lala, balik tadi senyum lebar...
Saya pun pernah mengalami perasaan yang sama seperti yang Lala alami sekarang. Kawan baik saya tiba2 lost contact lepas 3 tahun baru kami dapa berhubung balik. Tapi since masing2 sibuk mengurus kehidupan, kami jarang berjumpa tapi still update each other. Kalau dapat peluang berjumpa tu, bukan main lagi, sembang tak ingat dunia.. Tapi yang membuatkan kami bertahan selama 20 tahun sebagai bestfriend adalah sikap percaya dan menerima terhadap satu sama lain. Saya tak nafikan sepanjang tempoh 20tahun tu samada saya atau dia ada berjumpa dengan orang lain yang boleh bergelar sahabat, tapi dia tetap ada tempat tersendiri dihati saya sebagai sahabat baik begitu la sebaliknya. Dia juga tempat saya minta nasihat, meluahkan perasaan suka, duka, marah ataupun tension. Bila saya membebel dia akan diam sampai la waktu dia bercakap saya pula akan diam. Bestfriend saya ni maintain 'cool' walau pun hidupnya penuh gelora.
Jika dikalangan keluarga pula, saya rapat dengan adik. memandangkan jarak usia kami hanya selang 2 tahun. Since dari kecik kami memang close dan berkongsi apa sahaja cerita ataupun masalah. Keakraban ini masih sampai sekarang walaupun masing2 dah ada keluarga. Sampai suaminya sering bertanya, "apa yang you sembang ngan kakak you tu? hari2 call pun tak abih cerita jugak..." hahahahhaa.....
Bukan saya nak menafikan kebaikkan sahabat2 yang lain, cuma saya menilai erti persahabatan tu dengan persepsi saya sendiri.. Setiap seorang dari mereka ada kelebihan tersendiri so, saya meletakkan mereka di ruang2 yang special dalam hati saya. Maybe sikap saya yang agak terbuka dan simple ini membuatkan mereka selesa untuk berkongsi apa jua story. Pernah kami cancellkan satu perjumpaan yang dah di plan sekian lama kerana saya tak dapat hadir kebetulan ada kecemasan di kampung. Dengan alasan, kalau saya takde, polan tu tak reti nak sembang apa dengan polan ni, lain jika saya ada, saya akan bercakap dengan semua orang so secara tak lansung, mereka akan berinteraksi secara spontan.. Macam2..
Jelasnya saya sangat sayang dan care terhadap sahabat2 saya ni semua tak kira apa jua condition mereka.. Kaya, miskin, gemuk, kurus hanya fizikal luaran yang harus di tolak tepi. Keikhlasan kita menerima mereka dan sentiasa ada disaat mereka memerlukan yang penting. Dan kunci utama sesebuah persahabatan adalah kita menerima mereka as she/he is..Mungkin faktor kehidupan yang sibuk membuatkan kita kurang berinteraksi satu sama lain tapi dengan adanya laman2 sosial yang ada di internet, sekurang-kurangnya kita dapat update situasi mereka yang terbaru samada suka mahupun duka. Paling tidak just to say hye dan bertanya khabar. Mudah kan... Saya tak dapat bayangkan jika satu hari nanti saya akan kehilangan sahabat2 saya ini, kerana ajal maut telah ditentukan. Saya hanya mampu berdoa agar sahabat2 saya ini panjang umur dan sentiasa dalam peliharaan Allah swt. Doa itu lebih baik dari longgokkan wang segunung.. Insyaallah..
Memetik kata2 pengarang buku, "Death ends life, but not a relationship"....
Dan sahabat sejati sepanjang hayat saya adalah suami tersayang.. Terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat selama 12 tahun dan sabar dengan perangai saya yang unpredictable (ni ayat dia). Walaupun kadang2 dia terlepas pandang dan tak update dengan keadaan semasa, saya tutup mata jer laa... heheheh..
Kebahagiaan dan anak2 adalah kurniaan terbesar yang dia berikan kepada saya..
Thanks again, and love you
.
Cipta dan carilah sahabat baru setiap hari kerana ia dituntut dalam agama. Tak salah berbuat baik sesama manusia, walaupun mereka hanya kenalan biasa mana tahu mungkin ada doa yang mereka titipkan secara tak lansung untuk kita sekali. Alhamdulillah.
Jadi, dimanakah anda meletakkan nilai persahabatan? Ukur, timbanglah dan letakkan di paras yang anda mahu samada yang paling atas, pertengahan ataupun yang paling bawah.. Nilai lah dari sudut hati yang paling dalam semoga pilihan anda tepat..
SALAM SAHABAT~
sy suka post ni :) wpun sy mungkin perasan je yg sy adalah salah sorg sahabat awk yg awk citer kt atas tu ya!!! hahahahaha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehmmmm...baru je nak postlaju 1-2 guni duit ni ke penang... tp rs2 doa dr jauh cukup la kan wahai sahabat ku..:P
ReplyDelete* A friend is one who knows you and loves you just the same ;) *
long live fren!!
ReplyDeletekalau nak post duit tu, saya terima je... hehehe.. orang nak bagi, kene terima.. buku bank saya banyak.. maam2 bank adaaaa
ReplyDeleteorang kate berkawan biar seribu... tp bila cek kat dlm hp, ada dua tiga ketul nama yang bernama kawan. hehe
ReplyDeletebetul tu, saya pun sama.. susah nak carik kawan sejati.. harap simpan no dalam fon tapi setahun sekali pun tak penah call.. hahah
ReplyDelete