11 November 2010

Den Anak Nogori~

 Aidiladha bakal menjelang seminggu lagi, saya dah buat perancangan dengan Lolo nak balik naik keretapi malam with kids. Sure diaorang seronok sebab boleh tido dalam train.(book yang berkatil). Tak sabar nak menikmati rendang, lontong, sayur lodeh masakan mak.. Eeiii.. terasa kat tekak dah nih.. hahaha... Paling utama, saya nak makan nasik lemak pasar dan popia. Nasi lemak tu memang podeh dan popia tu memang superb. Dah merata saya membeli popia, still yang kat PD tu yang paling sedap rasanya. Kalau kat KL, dah beratur orang membeli mcm popia TTDI.

 Break jap story pasal popia, saya nak cerita pasal negeri kelahiran saya, Negeri Sembilan.  Actually saya tak membesar pun kat sini, setakat darjah satu je. Family berpindah sebab abah kena transfer.  Pada tahun 1998 baru la kami berpindah balik ke Port Dickson setelah abah pencen.  Tapi kecintaan dan semangat saya terhadap Negeri Sembilan tetap utuh. Saya bukan la peminat bola sepak, tapi baru2 ni final Piala Malaysia, Negeri Sembilan vs Kelantan tetap saya tengok kat tv.  Walaupun kalah, saya tetap bagi sokongan yang tak berbelah bahagi. (takat jerit masa time gol).


 Setelah pertabalan Yang Dipertuan Besar Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, beberapa perubahan yang dirombak oleh baginda. Tapi yang menarik hati saya untuk share ialah usaha anakanda baginda, YAM Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Mukhriz menggubah dan menyusun  semula lagu  kebesaran negeri,. 'Berkatlah Yang DiPertuan Besar' .  Saya salute dengan inisiatif baginda menggubah lagu ke irama yang lebih sesuai dengan peredaran zaman.  Pada pengetahuan saya belum ada anak raja yang melakukan perkara yang sama. (Ampun di pinta, jika ada dan diluar pengetahuan saya)

  Baginda masih mengekalkan melodi asal cuma liriknya dirombak sedikit, menggunakan perkataan yang lebih sesuai. Asal lagu kebesaran ini dicipta oleh Pegawai British  Sir Andrew Caldecott, yang merupakan Pegawai Daerah Jelebu manakala liriknya di tulis oleh Tunku Zakaria Mambang dan diperkenankan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mohammad pada tahun 1911.

 Setelah 99 tahun lagu kebesaran ini diberi nafas baru oleh baginda Tunku Zain Al-Abidin. Baginda mendapat ilham untuk menggubah dan menyusun lagu kebesaran ini semasa berada di luar negara. Saya sempat menyaksikan Discovery Channel semasa pertabalan YAM Tuanku Mukriz. Ketiga2 anak baginda turun padang dalam memastikan segala persediaan berjalan lancar. Anakanda yang sulung, YAM Tunku Ali Redaudin bertugas memastikan persediaan makanan tetamu dan tatacara menghidang dilakukan mengikut adat dan tertib diRaja. Segala susunan harus terperinci kerana majlis tersebut dihadiri oleh tetamu terhormat dari serata dunia. Anakanda kedua, YAM Tunku Zain Al-Abidin pula bersemangat melatih para pemuzik dalam mengalunkan lagu2 kebesaran dengan sempurna. Pada majlis tersebut juga lagu kebesaran susunan baru telah diperdengarkan. Semestinya, baginda mahu yang terbaik..

Sebagai rakyat biasa, saya bangga melihat kesungguhan anakanda Tuanku Mukhriz  bersama2 membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat jelata. Walaupun tidak banyak yang saya tahu, tapi sebagai Pembesar Negeri baginda telah menjalankan kewajibannya sebaik mungkin dalam masa yang singkat. Harapan saya agar banyak lagi pembaharuan yang beginda bawa untuk kebaikan rakyat jelata..




                                      

                                        'Berkatlah Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan'






                              Berkatlah yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
                             Kurnia sihat dan makmur,
                             Kasihi rakyat lanjutkan umur,
                             Akan berkati sekalian yang setia
                             Musuhnya habis binasa,
                             Berkatlah yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.







AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DI AMPUN.




Salam Cinta~

2 comments: