Teruja saya menonton rancangan Mari Menari semalam... Dengan theme Bollywood dance, para peserta memang bersunguh2 buat persembahan... Bergoyang jugak la badan saya mengikut lagu dan enjoy tengok rancangan tu.. Kagum saya melihat keberanian mereka menari walaupun disorak atau di BOO oleh penonton.. Kadangkala ada juga steps yang salah tapi mereka tetap senyum dan teruskan langkah... Cayalah..
Saya terbayang kalau saya berada di pertandingan seperti itu, menari bersama suami.. Sure tergagap dan kelam kabut. Walaupun masa sekolah dulu saya adalah penari sekolah dan pernah menjadi penari pelapis untuk Kebudayaan Negeri Pahang, tapi itu dah lama berlalu.. Mungkin kegugupan sekarang tak sama sepertimana dulu.. Hahaha.. tak dapat saya bayangkan bagaimana suami mengangkat dan menghayun saya.. Larat ke tidak dia agaknya?.. Yang penting mampukah kami menari dan mengikut steps yang diajar oleh kareografer, dan menghafalnya dalam sekejap masa?.. Kemungkinan besar boleh kot... Cewahh, macam la nak masuk...
In positive way saya tengok rancangan sebegini ada baiknya.. Dapat mencungkil bakat terpendam dalam diri individu tersebut dan sambil mendekatkan diri dengan pasangan.. Reveal back masa2 bercinta tu.. Sure bestkan, kene peluk, kena angkat, happy together masa practice and perform!!.. Kalau si isteri yang kecil molek tu mungkin senang nak diangkat dan ditimang, kena yang tak berapa kecik, mak oiii.... boleh tahan jugak semput bila nak mengangkatnya.. Tapi mungkin ada teknik dan taktik dari kareografer yang berpengalaman. So, boleh steady je masa angkat isteri tercinta...
Bukan senang nak menghafal step tarian sekaligus maintainkan ekspressi muka. Tambahan jika perform live macam tu dan kita takde pengalaman sebelumnya. Ibarat belajar ABC.. Tapi pihak astro dah sediakan kareografer berpengalaman untuk mengajar dan membantu mereka dari segi fizikal dan mental. Bagi saya bertuah sungguh para peserta ini dapat menimba ilmu dari para kareografer yang profesional dan berpengalaman, so kene la bersungguh2 dan serius dalam mendalami ilmu yang di ajar itu. Peluang hanya datang sekali dan harus direbut secara maksimum. Jika kita sendiri yang nak membayar khidmat nasihat mereka, cuba bayangkan berapa kadar upah yang kita harus keluarkan.
Sebenarnya apa juga pekerjaan haruslah dilakukan dengan bersungguh2 samada minat atau tidak. Jika dilakukan dengan hati yang lapang, kemungkinan minat tu akan datang kemudian seterusnya akan menjadi punca rezeki di masa depan.. Who knows?.. Dalam rancangan Mari Menari ni, mungkin salah seorang dari pasangan yang minat menari, atas dasar 'cinta' pasangannya menurut jugak masuk pertandingan tersebut walaupun 'langkahnya kayu'..Di atas nasihat dan kehandalan pihak pengajar, rasa suka dan minat tu bercambah sehari2.. Saya perasan, pihak juri ada menyatakan yang si polan ni langkah dan hayunannya dah makin baik dari minggu ke minggu.. Tu semua atas usaha, latihan, dan minat yang dah berputik dihati.. Mana tahu, rezeki berpihak kepada mereka dan bakal bergelar juara sekaligus membawa pulang hadiah2 yang lumayan itu.. Kan tuah manusia itu tak siapa yang tahu....
Saya tertanya pada diri sendiri, mampukah saya mengawal gerak langkah dan emosi jika berada di tempat para peserta itu? Bagaimana jika di BOO? ataupun di sorak?.. Rasanya belum cukup yakin saya nak menghadapi perkara2 tersebut. Macam2 yang bermain di minda, tu belum masuk lagi.. hahaha..
Apapun saya mengucapkan syabas dan semoga berjaya kepada peserta2 Mari Menari. Tahniah kerana anda berani mencuba dan berjaya mengenepikan rasa malu di dalam diri. Bukan mudah tetapi anda semua sudah melakukannya. Kalah menang jangan dibicarakan kerana itu adalah rezeki dan nasib, yang penting ilmu dan pengalaman yang anda kutip dan masukkan ke dalam diari kehidupan. Pasti manis kan, dan pastinya ia hanya datang sekali seumur hidup dan takkan ada ulang tayangnya... Abadikan lah pengalaman itu dengan penuh kemanisan walaupun ada pahit yang melingkar...
SALAM CINTA~
No comments:
Post a Comment