23 November 2010

Hidup dan Pengorbanan

 Salam AidilAdha, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkannya. Semoga apa juga bentuk pengorbanan kita akan mendapat limpahan dari Allah swt.. Insyallah..

Sekali lagi, segala perancangan yang saya dah buat untuk balik ke kampung tak berjalan dengan lancar. Walaupun saya selamat sampai ke PD, tapi macam2 halangan dan dugaan muncul. Hujan yang turun 2 hari berturut2 membuatkan banyak baju yang tak kering, which is baju2 tu harus saya pack dalam beg. Tambah menyakitkan hati, anak kucing Adam telah membuat 'kerja' diatas tilam toto, 2 helai lak tu!! Nak hantar ke dobi hari pulak hujan, so saya basuh sendiri aje. Tak tahu la bila keringnya, tapi asalkan dah terampai ok la tu. Anak-anak pulak buat perangai, stokin hilang la, kasut koyak la.. Dah terpaksa membawa mereka ke Jusco membeli apa yang perlu. Dalam kekalutan packing barang untuk dibawa balik, tiket keretapi pulak hilang!!! Puas saya mancari merata tempat tak jumpa. So terpaksalah kami membeli tiket yang baru untuk perjalanan keesokkan harinya. Rasa bersalah kat Lolo dan anak2 sebab punahkan harapan mereka nak naik keretapi yang ada katil. Memang kecuaian saya..

 Aidiladha kami sambut dengan sederhana sahaja. Kesemua adik beradik ada berkumpul dirumah emak. Merasa la makan rendang dan lontong... Seronok dapat berkongsi cerita dan bergurau senda dengan adik beradik setelah lama tak jumpa. Dapat la saya melampiaskan rindu kat mereka dan anak2 buah.. Geram tengok telatah Alyssa (anak adik) yang dah petah bercakap.. Last sekali saya jumpa dulu, baru ada bunyi aa..iii.. je. Perangai pun dah makin nakal dan paling penting dia tersenyum lebar bila nampak saya. Means dia masih ingat la kat MOMMY RWG ni..(panggilan anak2 buah kepada saya).

Tak lengkap kalau balik PD, tak bawak anak2 mandi laut. Walaupun saya kurang suka mandi laut, tapi terpaksa la melayan karenah anak2. Cukup sekadar duduk di tepi pantai dan  melihat mereka bergembira mandi di dalam laut tu. Alangkah indah kalau masa tu dapat diputarkan, dan yang mandi gembira dalam laut tu adalah saya yang berumur 8 tahun. Mandi, menjerit, dan bergurau tanpa perlu memikirkan apa2 masalah hidup. Tak perlu nak rasa bersalah atas kehilangan  tiket train, tak perlu nak jaga hati polan tu, tak perlu nak fikir apa yang nak di masak hari2 dan banyak lagi yang "tak perlu di fikir".. Tapi itu semua fasa kehidupan yang telah lalu dan mustahil akan diulang lagi. Life must go on dan saya juga akan berterusan memikirkan perkara2 yang bakal datang.

 Selagi ada "kehidupan" selama itulah ia menuntut pengorbanan. Apa jua bentuk pengorbanan itu yang nyatanya, itu adalah hitam putih kehidupan. Sepertimana kita dilahirkan, ibarat kain putih dan suci. Semakin membesar, titik2 hitam akan meninggalkan kesannya dan apabila sampai tahap matang tompokan hitam itu akan jelas kelihatan, samada sikit, banyak, bulat, segi empat ataupun ia melitupi keseluruhan kain putih tersebut..Dan tidak dinafikan adakalanya palitan2 hitam itu terhasil disebabkan tuntutan pengorbanan.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan menilai.

Jadi walaupun pengorbanan itu kadang kala agak payah untuk dilakukan tetapi kita harus redha dan lontar jauh segala  prasangka yang berlegar di minda. Usah menantikan balasan dalam sekelip mata, kerana keikhlasan adalah kunci setiap pengorbanan. Yang nyata, keindahan sesebuah pengorbanan itu akan kita nikmati jua akhirnya.. Mungkin bila saat nya tiba tak terungkap dek kata2, hanya air mata bangga atau gembira yang mengiringi.. Ucapkan Alhamdulillah, tanda syukur kepadaNya..


SALAM CINTA~

No comments:

Post a Comment